Connect with us

PREMIER LEAGUE

Van Dijk: Nunez Pemain Yang Sukar Dihadapi, Kami Akan Membantunya

Published

on

Virgil van Dijk mengakui penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez, pemain yang ‘sukar untuk dihadapi’ selepas tampil cemerlang ketika menentang Manchester City.

Pemain yang ditandatangani pada musim panas itu berjaya menjaringkan gol yang mengsesahkan kemenangan The Reds pada perlawanan Community Shield dengan menewaskan City 3-1.

Ia dilihat sebagai persediaan terbaik Nunez bagi penampilan sulungnya dalam Liga Perdana pada Sabtu ini bertemu Fulham di Craven Cottage.

Van Dijk ketika diminta mengulas penampilan Nunez dalam perlawanan tersebut, beliau harapan agar Nunez boleh ‘menunjukkan itu untuk sepanjang musim’.

“Ia adalah penting (impak Nunez),” kata Van Dijk. “Pertama saat mendapatkan sepakan penalti. Ia adalah tandukan yang bagus, saya tidak tahu sama ada ia akan masuk atau tidak.

“Dia sukar untuk dihadapi. Berharap, dia dapat menunjukkannya sepanjang musim ini dan kami semua akan membantunya dalam beberapa cara, memastikan dia selesa dan tenang.

“Bekerja sahaja dan jangan fokus pada apa yang dunia luar katakan kerana semua orang gemar bercakap tentang sesuatu hari ini. Merendah diri, jaringkan gol, kerja dan jadilah orang penting untuk kelab,” tambah Van Dijk.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Nunez: ‘Saya tidak faham apa yang dikatakan oleh Jurgen Klopp!’

Published

on

Darwin Nunez mengakui beliau masih bergelut untuk mendapatkan keyakinan di hadapan gawang selepas gagal memberi impak bertemu Rangers dan beliau menyatakan ‘tidak faham’ apa yang cuba disampaikan bosnya, Jurgen Klopp.

Pemain Uruguay itu tiba dari Benfica pada musim panas dengan nilai perjanjian mencecah £85 juta.

Malangnya beliau masih bergelut untuk mencapai jangkaan ramai apabila hanya menjaringkan satu dalam Liga Perdana.

Beliau terlepas tiga perlawanan, termasuk menewaskan Bournemouth 9-0, kerana penggantungan.

Nunez mula menjadi polemik umum apabila sering dibandingkan dengan prestasi penyerang Manchester City Erling Haaland.

Selain mengakui dirinya masih bergelut untuk menemui sentuhan pemusnahnya, pemain berusia 23 tahun itu turut mendedahkan mengalami kesukaran untuk memahami apa yang dikatakan oleh Klopp dan memerlukan rakan sepasukannya untuk menterjemah untuknya.

Bercakap selepas perlawanan menentang Rangers, Nunez ditanya oleh ESPN Colombia mengenai gameplan Klopp dan beliau menjawab: “Sebenarnya, secara jujur, apabila dia bercakap dalam perbincangan pasukan, saya tidak faham apa-apa.

“Saya kemudian meminta rakan sepasukan saya untuk memberitahu saya apa yang dia katakan. Tetapi saya fikir dia sangat jelas tentang permainannya.

“Dia meminta kami membuat perkara mudah, untuk tidak takut bermain, untuk mempunyai keyakinan. Dan kemudian apabila kami kehilangan bola, dia mahu kami menekan. Itu yang dia selalu minta.

Beralih kepada perjuangannya sendiri untuk menyesuaikan diri di Liverpool, Nunez menambah: “Kadang-kadang saya berasa ragu-ragu, saya tidak berasa yakin langsung.

“Tetapi apabila sesi latihan berlalu dan perlawanan [itu akan meningkat]. Beliau sentiasa memberi saya keyakinan.

“Begitu juga [penolong pengurus] Pep [Lijnders] dan [jurulatih pembangunan elit] Vitor [Matos], yang bercakap bahasa Portugis dan sentiasa menterjemah untuk saya.

“Dan kemudian saya mempunyai rakan sepasukan yang bercakap dengan saya dan memberitahu saya untuk bertenang.

“Apabila mereka bercakap dengan saya ia menenangkan saya kerana saya tahu bahawa jika saya melakukan sesuatu yang salah, mereka akan sentiasa membantu saya.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

‘Bersiap Sedia’ Kata Arthur

Published

on

Arthur Melo telah menghantar mesej kepada penyokong Liverpool menjelang perlawanan malam ini menentang Brighton and Hove Albion di Anfield.

Penyokong Liverpool tentunya lebih teruja menanti perlawanan tersebut, memandangkan The Reds tidak bermain perlawanan Liga Perdana sejak 3 September lalu.

Arthur menyertai Liverpool pada tarikh akhir jendela perpindahan secara pinjaman daripada Juventus.

Pemain Brazil itu hanya melakukan kemunculan kurang daripada 15 minit untuk Liverpool ketika kekalahan kepada Napoli.

Isu kecergasaan dilihat antara aspek yang masih menghantui Arthur, memandangkan beliau telah diketepikan pada pra-musim dan tiba tanpa minit kompetitif.

Tampil bersama pasukan bawah 23 tahun Liverpool semasa rehat antarabangsa antara usaha Arthur untuk membantu kembali tahap kecergesaan beliau.

Sama ada Arthur bermula menentang Brighton malam ini masih belum dapat dipastikan; Klopp dilihat cenderung mengambil sedikit masa untuk memulakannya dan mahukannya belajar tentang sistemnya.

Arthur sendiri berusaha untuk memulakannya dan menggunakan Instagram hari ini untuk menghantar mesej dua perkataan kepada penyokong.

‘Bersiap sedia’ kata Arthur dengan menyiarkan foto dirinya dalam latihan sambil diperhatikan Klopp.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Bellingham Pilihan Pasukan Lain Berbanding Liverpool Dan United

Published

on

Pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham dilaporkan mahukan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas depan, walaupun turut dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.

Bellingham adalah antara bakat muda paling menyerlah ketika ini dan tidak menghairankan jika kelab gergasi England dan Eropah mahukan menandatanganinya.

Menurut The Athletic, pemain berusia 19 tahun yang dianggarkan bernilai lebih £130 itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab besar Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool, Manchester United, Manchester City dan Chelsea untuk perpindahan pada musim panas depan.

Bagaimana pun mementik sumber dari Marca, beliau dikatakan lebih memilih untuk ke Real Madrid.

Bellingham yang memulakan kerjayanya bersama Birmingham City, mungkin tidak akan tergesa-gesa untuk kembali ke bola sepak Inggeris selepas tampil cemerlang di Jerman.

Pemain antarabangsa England itu dilihat lebih suka untuk menyertai Los Blancos berbanding Liverpool dan Man Utd.

Bellingham mungkin merasakan bahawa perpindahan ke Madrid akan memberinya lebih banyak peluang untuk memenangi trofi utama, setelah pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola