Connect with us

PREMIER LEAGUE

Tweet Mo Salah Boleh ‘Memakan Diri’

Published

on

Bekas penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor berpendapat tweet Mo Salah boleh “kembali menggigit” Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Los Blancos berjaya menempah tiket ke final untuk bertemu Liverpool di Stade de France pada 28 Mei ini setelah mempamerkan aksi kebangkitan yang mengejutkan ramai pihak.

Selepas lawan The Reds diketahui pada hari Rabu lalu, Salah memuat naik sebuah tweet dan hanya menulis: “Kami mempunyai urusan untuk diselesaikan.”

Susulan daripada itu, Salah mengelarnya sebagai misi “membalas dendam” atas kekalahan di final Liga Juara-Juara 2018 di mana Sergio Ramos mencederakan pemain Mesir itu, dan terpaksa dikeluarkan dari padang.

Bercakap pada anugerah FWA pada malam Khamis lalu, Salah berkata: “Ya, kami tewas pada perlawanan akhir tersebut, ia adalah hari yang menyedihkan bagi kami semua dan saya fikir ini adalah masa untuk membalas dendam.

“Saya sangat teruja, saya berkata sebelum perlawanan bahawa saya mahu menentang Madrid di final.

“Saya pasti ia akan menjadi perlawanan yang sukar, mereka menewaskan banyak pasukan yang bagus, oleh itu kami hanya perlu fokus pada permainan.”

Salah menambah: “Mereka (Madrid) mempunyai lebih banyak pengalaman daripada kami dari segi sejarah dan mereka tahu cara bermain.

“Tetapi kami mempunyai pemain dan jurulatih yang sangat bagus. Pada pandangan saya, kami adalah pasukan terbaik di Eropah, mungkin dunia, dan apa yang kami fikirkan adalah untuk menang.

“Apabila anda berfikir tentang situasi ini, ia adalah sesuatu yang sangat hebat – sesuatu yang sangat menakjubkan untuk bermain dalam perlawanan ini.

“Ia (kekalahan di Kiev) adalah sesuatu dalam fikiran kami. Kami mahu menang. Kami mahukannya lebih daripada apa yang mereka mampu lakukan. Tetapi mari kita lihat apa yang berlaku.

“Kali terakhir kami kalah, saya mengalami kecederaan. Saya percaya kami boleh melakukannya sekarang.

“Ia adalah masa yang sukar untuk saya selepas mengalami kecederaan dan ianya menyedihkan.

“Ia adalah saat paling teruk dalam kerjaya saya. Apabila kami kalah, saya yakin kami akan dapat peluang untuk menebusnya kembali dan kami berjaya melakukannya pada musim berikutnya (memenangi Liga Juara-Juara pada 2019).

Namun Agbonlahor bimbang komen Salah boleh memudaratkan Liverpool dengan potensi komennya yang boleh memotivasikan Real Madrid kembali.

“Saya rasa Liverpool akan gembira dengan keputusan itu dan mereka akan menentang Real Madrid sekali lagi, tetapi mereka tidak sepatutnya terlalu gembira,” kata Agbonlahor di talkSPORT.

“Mo Salah menulis tweet seperti dia mempunyai urusan untuk diselesaikan, tetapi ia sesuatu yang boleh kembali memakan diri sendiri.

“Real Madrid bukan calang-calang. Mereka berjaya menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang lebih baik, mereka masih mempunyai beberapa pemain yang hebat.

“Dan mereka boleh sahaja merehatkan semua pemain mereka selama tiga minggu.

“LaLiga telah dimenangkan, mereka boleh bersantai-santai, manakala Liverpool perlu menurunkan pasukan terbaik mereka setiap perlawanan.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola