Connect with us

PREMIER LEAGUE

Ronaldo Juga Sepatutnya Dibuang Pandang

Published

on

Jurgen Klopp percaya Cristiano Ronaldo sepatutnya dibuang semasa kekalahan 5-0 Manchester United ke Liverpool semalam.

The Reds berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila mendahului perlawanan 2-0 selepas hanya 13 minit perlawanan dimulakan hasil jaringan Naby Keita dan Diogo Jota.

Mohamed Salah melengkapkan malam gemilang The Reds apabila mencetak hatrik sekaligus melakar rekod baharu di Old Trafford.

United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain pada babak kedua selepas Paul Pogba yang baharu dibawa masuk dibuang kerana melakukan terjahan keras keatas Naby Keita.

Namun insiden yang menjadi sorotan ialah tindakan Ronaldo yang menendang bola beberapa kali ketika berada dalam kawalan Curtis Jones yang terbaring.

Tidakan tersebut mencetuskan kemarahan pemain Liverpool lain namun pengadil Anthony Taylor hanya memberikan kad kuning .

Walau bagaimanapun, Klopp percaya Ronaldo bernasib baik tidak dilayangkan kad merah.

“Saya melihatnya, tentu saja dalam permainan dan untuk saya ia kelihatan seperti [kad merah],” ujar Klopp ketika ditanya mengenai insiden tersebut selepas perlawanan.

“Tetapi saya diberitahu bahawa dia hanya menendang bola atau apa sahaja, atau dia tidak mendengar wisel, tak mengapa.

“ Saya tidak mahu Cristiano Ronaldo mendapatkan kad merah, tapi itu bukan saya mengatakannya. Bagi saya ia kelihatan seperti itu, tetapi saya diyakinkan atau diberitahu bahawa ia tidak dan itu baik-baik saja.”

Sementara itu, bekas pengadil Liga Perdana dan ketua PGMOL Keith Hackett percaya kad kuning adalah keputusan yang tepat tetapi Ronaldo boleh dibuang padang jika wujudkan ketegangan dengan pemain Liverpool.

“Ronaldo menendang dan membuat sentuhan dengan bola, yang sememangnya jelas dapat dilihat,” ujar Hackett.

“Ronaldo bernasib baik. Swift Taylor dan pembantunya yang berdiri dekat berjaya mengawal keadaan dan memastikan bahawa pemain Portugis itu tidak melihat kad kuningnya bertukar menjadi merah.

“Tidak dinafikan ia tindakan melulu, tetapi kad kuning adalah keputusan yang betul.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Klopp: Lucho Mampu Buat Yang Lebih Baik!

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya pemain sayap antarabangsa Colombia itu mampu melakukan yang lebih baik menentang Fulham di Craven Cottage semalam.

Liverpool hanya mampu mecatatkan keputusan seri 2-2 dengan Fulham dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini.

pemain tiga depan dan bermain selama 78 minit.

Klopp memberitahu laman web rasmi Liverpool tentang Diaz: “Lucho adalah pemain yang hebat, pemain yang hebat, tetapi hari ini dia mempunyai peluang besar, peluang hebat.

“Perhatikan, untuk pemain yang menyerang pada hari seperti ini, ia sememangnya tidak mudah kerana mereka bertahan secara besar-besaran daripada cara mereka diatur, bagaimana hantaran – dan kami tidak bermain dengan cukup baik untuk membawa mereka pada saat yang tepat.

“Tetapi apabila kami berada di sana, barulah anda dapat melihat dengan serta-merta betapa bagusnya Lucho, bagaimana satu lawan satu, terkena palang atau tiang, saya tidak tahu dengan tepat, tetapi sangat hampir.

“Ya, beliau pemain yang cemerlang tetapi dia boleh bermain lebih baik daripada hari ini – seperti semua pemain Amerika Selatan,” ujar Klopp.

Pemain berusia 25 tahun itu memulakan perlawanan di sebelah kiri dan bermain dengan baik pada separuh masa pertama,berbanding pada babak kedua sebelum akhirnya dikeluarkan setelah bermain 78 minit.

Walau pun ia dianggap aksi yang mengecewakan untuk Diaz, tetapi kita semua tahu betapa bagusnya pemain sayap itu, dan kami yakin dia akan kembali ke tahap terbaiknya tidak lama lagi.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

The Reds: Pemain Tengah Baharu Dalam Senarai

Published

on

Bercakap pada rancangan The Overlap, Jamie Carragher telah membincangkan tentang bahagian tengah Liverpool dan potensi tambahan pemain baharu di bahagian tersebut.

The Reds dilihat kini memiliki skuad yang sangat hebat dan lengkap di setiap posisi.

Namun, jika diberi pilihan untuk memilih mana-mana bahagian sebagai kelemahan The Reds, ia adalah bahagian tengah mereka.

Bagaimana pun ia tidak bermakna Thiago, Fabinho dan Jordan Henderson tidak mampu berbaik di posisi mereka, tetapi mereka kini semakin berumur dan, terutamanya dalam kes Thiago, rekod kecergasan membimbangkan.

The Reds mungkin boleh mengatasinya dengan pemain tengah baharu, dan walaupun dilaporkan tiada rancangan untuk membuat pembelian lagi pada musim panas ini, Carragher percaya bahawa kelab Merseyside itu sudah mempunyai senarai pemain tengah untuk musim panas akan datang.

Carragher percaya Liverpool memiliki strategi sendiri dalam perpindahan dan yakin mereka telah pun mempunyai senarai pemain tengah yang mereka mahu.

“Liverpool terkenal bagaimana melakukan perpindahan mereka di bawah Klopp, mereka akan menunggu siapa yang mereka mahu.

“Apabila mereka tidak mendapat khidmat van Dijk mereka menunggu sehingga Januari. Mereka tidak panik, apabila semua bek tengah cedera, mereka membawa beberapa pemain secara pinjaman kerana mereka tidak dapat pemain yang mereka mahu, iaitu Konate, dan mereka terus menunggu.

“Mereka tidak bodoh, tiga pemain tengah pilihan pertama sekarang sudah agak tua, tetapi Liverpool bersedia untuk menunggu. Mereka pasti mempunyai senarai pemain untuk musim panas akan datang.”

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Van Dijk: Nunez Pemain Yang Sukar Dihadapi, Kami Akan Membantunya

Published

on

Virgil van Dijk mengakui penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez, pemain yang ‘sukar untuk dihadapi’ selepas tampil cemerlang ketika menentang Manchester City.

Pemain yang ditandatangani pada musim panas itu berjaya menjaringkan gol yang mengsesahkan kemenangan The Reds pada perlawanan Community Shield dengan menewaskan City 3-1.

Ia dilihat sebagai persediaan terbaik Nunez bagi penampilan sulungnya dalam Liga Perdana pada Sabtu ini bertemu Fulham di Craven Cottage.

Van Dijk ketika diminta mengulas penampilan Nunez dalam perlawanan tersebut, beliau harapan agar Nunez boleh ‘menunjukkan itu untuk sepanjang musim’.

“Ia adalah penting (impak Nunez),” kata Van Dijk. “Pertama saat mendapatkan sepakan penalti. Ia adalah tandukan yang bagus, saya tidak tahu sama ada ia akan masuk atau tidak.

“Dia sukar untuk dihadapi. Berharap, dia dapat menunjukkannya sepanjang musim ini dan kami semua akan membantunya dalam beberapa cara, memastikan dia selesa dan tenang.

“Bekerja sahaja dan jangan fokus pada apa yang dunia luar katakan kerana semua orang gemar bercakap tentang sesuatu hari ini. Merendah diri, jaringkan gol, kerja dan jadilah orang penting untuk kelab,” tambah Van Dijk.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola