Connect with us

HOME

Respon Klopp Setelah Pasukannya Menjadi Kelab Inggeris Pertama Memenangi Kesemua Perlawanan Kumpulan

Published

on

Jurgen Klopp berkata dia ‘tidak boleh berbangga’ dengan pemain Liverpoolnya selepas mereka menewaskan AC Milan untuk menjadi kelab Inggeris pertama yang memenangi kesemua enam perlawanan kumpulan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara.

Merseysiders yang melakukan sebahagian besar pengiliran pemain ketinggalan selepas setengah jam di San Siro tetapi bertindak balas hampir serta-merta menerusi Mohamed Salah, yang menjaringkan gol ke-20nya musim ini dalam semua pertandingan.

Divock Origi sekali lagi menjadi menjadi penentu kemenangan pasukan apabila menjaringkan gol melalui tandukan yang melepasi Mike Maignan dan memastikan kemenangan 2-1the Reds.

Keputusannya tersebut bermakna Liverpool memungut 18 mata daripada enam perlawanan kumpulan mereka, satu pencapaian yang belum dicapai oleh pasukan Liga Perdana lain, manakala mereka juga telah menyertai kumpulan eksklusif gergasi Eropah dalam proses itu.

Klopp yang biasanya agak keberatan untuk mengingati rekod, sangat gembira kerana pasukannya yang terdiri pemain pengiliran mampu meraih kemenangan keenam mereka dalam kempen Eropah menentang pasukan sebaik AC Milan.

Ditanya betapa bangganya dia mencipta sejarah, Klopp memberitahu BT Sport: ‘Sangat, terutamanya kerana perlawanan keenam sejujurnya.

“Saya fikir apabila saya berkata sebelum perlawanan bahawa kami memilih barisan pemain itu kerana kami mahu menang, semuanya seperti “Sudah tentu” [sindir].

“Tetapi kami memerlukan pemain baru hari ini, kami memerlukan keinginan tinggi untuk perlawanan ini – yang benar-benar sukar dalam jadual padat dan perlu sentiasa bersemangat untuk perlawanan seterusnya.

“Dan apa yang dilakukan oleh anak buah saya malam ini, saya tidak boleh berbangga sejujurnya. Ia adalah permainan yang luar biasa, saya sangat gembira dengan banyak perkara yang saya lihat malam ini.

“Dan sudah tentu pada akhirnya kami memenangi permainan ini juga hebat, tetapi prestasinya benar-benar cemerlang.

“Bermain perlawanan malam ini dengan 21 percubaan, meskipun bukan percubaan tepat, begitu banyak situasi di mana kami bermain dengan cemerlang dan bertahan dengan semangat dan organisasi yang baik. Begitu banyak perkara baik yang saya lihat malam ini, sangat gembira.” Jelas Klopp.

Mo Salah turut mencipta sejarah sebagai pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan kumpulan dan menjadi pemain ketiga dalam sejarah kelab yang menjaringkan 20 gol sebelum 15 Disember selepas Ian Rush dan Roger Hunt.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HOME

Mo Salah Memberitahu Jorginho ‘Jangan Melompat’ Sebelum Mengambil Sepakan Penaltinya

Published

on

Mohamed Salah memberitahu Jorginho ‘jangan melompat’ sebelum pemain tengah Chelsea itu mengambil penalti ketika final Piala Carabao.

Selepas perlawanan mendebarkan berakhir tanpa gol di Wembley, penentuan penalti diperlukan untuk menentukan siapa yang bakal mengangkat Piala Carabao.

Salah meletakan Liverpool pada kedudukan 5-4, sebelum Jorginho meneruskan ke babak sepakan penalti seterusnnya.

Tetapi ketika dia melewati Jorginho setelah selesai melakukan sepakan, Salah dilihat memberitahu pemain tengah Chelsea itu supaya ‘Jangan melompat’ yang rujukan kepada kecenderungan pemain Itali itu untuk melakukan melompat kecil sebelum menyepak bola.

Bagaimanapun, Jorginho tidak mengendahkan kenyataan Salah dan berjaya melakukan trademark “hopnya” dan menewaskan penjaga gawang Liverpool Caoimhin Kelleher.

Namun ia tidak cukup membantu mereka apabila Liverpool dinobatkan selaku juara Piala Carabao setelah tendangan Kepa Arrizabalaga tersasar keatas palang gol.

Bercakap selepas kekalahan pasukannya, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui beliau individu yang harus dipertanggujawabkan setelah menggantikan Edouard Mendy dengan Kepa beberapa menit sebelum sepakan penentuan.

“Pemain tahu dan kami melakukannya sebelum ini. Tetapi kesilapan berlaku. Saya melakukan kesilapan,” ujar Tuchel.

“Jika anda mahu menyalahkan seseorang, salahkan saya. Saya mengambil keputusan dan saya tidak membawa mereka menjadi wira.

“Kami ada sebab. Saya cuba menjelaskan sebab-sebabnya. Ia bukan kali pertama dan hari ini ia mengambil 11 penalti untuk mencari pemenang. Tidak ada penyesalan. Sekiranya anda ingin menyalahkan seseorang, salahkan saya, tidak ada masalah,” ujar Tuchel lagi.

Continue Reading

HOME

Paul Pogba Untuk ‘Liverpool’

Published

on

Paul Scholes mendakwa Paul Pogba yang kini berada dalam prestasi terbaiknya akan menyertai pasukan Liverpool.
Legenda Manchester United itu juga turut mendedahkan kebimbangannya bagaimana bekas kelabnya itu akan menggantikan Pogba pada musim panas nanti.

Pemain Perancis itu akan tamat kontrak pada penghujung musim dan masih belum membuat keputusan sama ada dia akan menandatangani perjanjian baharu atau menyertai kelab Eropah yang lain.

Pogba telah menjaringkan 29 gol dan membuat 37 assist dalam 150 penampilan Liga Perdana tetapi sering dituduh kurang konsisten disebalik labelnya sebagai antara pemain terbaik dunia.

Pogba baru-baru ini kembali daripada kecederaan dan mempamerkan aksi mengagumkan menentang Leeds dalam kemenangan 4-2 United pada hari Ahad lalu.

“Pogba dalam prestasi terbaiknya akan melakukannya,” ujar Scholes kepada Premier League Productions.

“Dia menunjukkan apa yang kelab lakukan. Setiap pemain tidak konsisten. Orang yang mengendalikan kelab tidak konsisten dalam apa yang mereka lakukan.

“Saya telah menjadi pengkritik besar Paul, tetapi jika anda adalah pemain lawan yang pergi ke Old Trafford dan anda bermain menentang Fred dan McTominay ‘sepanjang hari’.

“Sekarang, anda tidak tahu apa yang anda akan dapat dengan Paul. Tetapi apabila dia dalam ‘mood’ permainannya, dia cemerlang.

“Tetapi apabila tidak, maka menentang Liverpool dan Man City, anda mungkin bergelut di kawasan mereka. Apa yang Man United akan lakukan tahun depan untuk menggantikannya?’

Bagaimana pun bekas bintang the Reds, Steve McManaman turut menjangkakan Pogba akan meninggalkan United pada musim panas ini tetapi berkata dia tidak akan menyertai kelab Liga Perdana lain kerana dia ‘tidak akan meningkatkan’ Chelsea, Liverpool atau Manchester City.

“Jika Paul Pogba berpindah ke salah satu saingan Liga Perdana Manchester United, saya tidak akan terkejut…. Saya akan sangat terkejut!,” Ujar McManaman.

“Jika ia adalah Manchester City, Chelsea, atau Liverpool, saya akan kagum, lebih daripada terkejut. Kenapa kamu sanggup?

“Adakah Paul Pogba akan meningkatkan pasukan Manchester City? Tidak. Dia juga tidak akan meningkatkan Liverpool. Mungkin bukan Chelsea, dengan cara mereka bermain.

“Prestasi Paul Pogba untuk United sejak lima tahun lalu tidak cukup baik untuk menggambarkan bahawa dia boleh pergi dan bermain untuk Manchester City atau Liverpool.

“Reputasinya sangat baik, sudah tentu begitu. Tetapi reputasinya adalah dengan jersi Perancis dan Juventus. Ia bukan dengan jersi Manchester United. Gaya permainannya terlalu perlahan untuk Man City atau Liverpool.

 

Continue Reading

HOME

Respon Andy Robertson Setelah Liverpool Diundi Bertemu Inter Milan dalam Liga Juara-Juara

Published

on

Bintang Liverpool, Andy Robertson menjangkakan pertembungan yang ‘sukar’ berdepan Inter Milan nanti, Namun ianya satu peluang untuk merealisasikan impiannya bermain di San Siro.

Liverpool mara ke pusingan 16 pasukan terbaik setelah muncul juara kumpulan B dengan memenangi semua perlawanan menewaskan Atletico Madrid, Porto dan AC Milan sama ada di halaman sendiri atau di tempat lawan.

Red Bull Salzburg pada mulanya diundi sebagai lawan Liverpool pada pusingan 16 pasukan terbaik, tetapi ‘kesilapan teknikal’ memaksa undian dibatalkan dan dibuat semula pada majlis yang diadakan di Nyon, Switzerland.

Pasukan Jurgen Klopp kembali ke San Siro untuk perlawanan pertama menentang Inter pada 16 Februari selepas menewaskan AC Milan di stadium yang sama minggu lepas, dengan jaringan Mohamed Salah dan Divock Origi memastikan kemenangan the Reds 2-1.

Selepas hanya memanaskan bangku simpanan ketika bertemu Rossoneri dalam peringkat kumpulan, Robertson berharap dapat diturunkan di salah satu stadium paling ikonik dalam sejarah bola sepak.

“Undian telah dibuat dan ia adalah sesuatu yang menarik,” ujar Robertson kepada The Mirror.

“Saya berada di bangku simpanan minggu lalu [menentang AC Milan] yang sekurang-kurangnya bermakna saya boleh pergi, tetapi San Siro adalah stadium yang saya mahu bermain sejak saya menjadi pemain profesional.

“Ia ikonik, stadium yang menakjubkan.

“Selepas melawat minggu lepas saya seronok dapat berada di sana dan menikmatinya, tetapi saya berharap Februari nanti saya boleh berada di atas padang dan menikmatinya dengan lebih lagi,” ujar Robertson.

Robertson turut menjangkakan pertembungan serupa [ketika bertemu AC Milan] menentang Inter Milan kendalian Simone Inzaghi yang kini menduduki tangga teratas Serie A.

“Kedua-dua pasukan Milan sedang bertarung di puncak liga, dan keduanya sangat hebat,” tambah Robertson.

“Kami mempunyai pengalaman bermain menentang AC di peringkat kumpulan, dan mereka adalah lawan yang sangat sukar.

“Perlawanan di tempat sendiri yang saya bermain adalah perlawanan yang sangat sukar. Mereka bermain dengan sangat baik dan membuatkan kami berusaha untuk meraih tiga mata.

“Kami menjangkakan perkara yang sama, jika tidak lebih, daripada Inter dan jelas kerana ia adalah pusingan 16 terakhir maka segala-galanya bertambah baik.

“Ia akan menjadi undian yang sukar, kami akan menantikannya.

“Tetapi kami tidak boleh terlalu memikirkannya kerana saya rasa terdapat kira-kira 40 perlawanan antara sekarang dan kemudian! ” jelas kapten Scotland itu lagi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola