Connect with us

PREMIER LEAGUE

Owen: Liverpool Luar Biasa Dan Terlalu Bagus Untuk Madrid

Published

on

Michael Owen membuat ramalannya untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara hujung minggu ini antara Liverpool dan Real Madrid.

Liverpool bertandang ke Paris ebagai pasukan pilihan dan jika mereka menang, ia akan menjadi trofi ketiga mereka musim ini.

Anak buah Klopp telah pun memenangi Piala Carabao dan Piala FA musim ini, namun gagal menjuarai Liga Perdana dengan perbezaan satu mata sahaja.

Empat tahun lalu, gergasi Sepanyol itu menewaskan pasukan Jurgen Klopp untuk menjulang trofi dengan kemenangan 3-1.

Bagaimana pun untuk kali ini, Owen berpendapat Liverpool mampu “menghancurkan” Real Madrid.

“Saya rasa Liverpool lebih baik daripada Madrid dan mereka boleh menghancurkan mereka. 3-1 atau 3-0 adalah ramalan saya,” kata Owen kepada The Daily Mail.

“Saya fikir mereka boleh menewaskan Madrid kerana mereka adalah pasukan yang luar biasa pada masa ini dan terlalu bagus untuk Madrid.”

Owen menyambung: “Madrid telah melakukan aksi yang luar biasa untuk ke final.

“Saya pasti, mereka yakin mampu menjulang kejuaraan setelah apa yang mereka lalui di peringkat kumpulan dan bagaimana mereka berjaya mengalahkan Chelsea dengan luar biasa.

“Begitu juga sewaktu perlawanan menentang Manchester City, mengejutkan sekali bagaimana mereka mampu menewaskan City.

“Tetapi saya rasa Liverpool begitu berpengalaman dan begitu baik. Mereka tidak akan mahu terikat rapat dengan mereka kerana saya fikir Madrid adalah pasukan terbaik dalam memahami permainan dan memenangi perlawanan yang sangat sengit.”

Owen mengatakan bahawa Vinicius Junior “akan menjadi senjata” untuk Real Madrid:

“Saya fikir Liverpool mungkin akan mempunyai penguasaan bola yang tinggi kerana saya fikir Madrid akan mencari cara untuk menutup ruang di bahagian belakang, ruang di mana pemain seperti Salah dan Mane akan bergerak ke situ.

“Tetapi saya juga fikir mereka akan banyak bermain di kawasan sendiri untuk menggalakkan Liverpool bermain high line dan kemudian cuba mengeksploitasinya untuk melakukan counter-attack.

“Mana-mana lawan akan melihat Liverpool dan memikirkan cara untuk menewaskan mereka dengan cuba masuk dari belakang mereka.

“Apabila Trent Alexander-Arnold bergerak ke hadapan, mereka mempunyai Vinícius yang benar-benar boleh mengancam Liverpool dalam kedudukan itu.

“Semua orang melakukan perkara yang sama dan semua orang mencubanya. Sama ada anda benar-benar boleh melakukannya adalah perkara lain.

“Tidak mengapa jika Madrid akan melihat high line Liverpool, mereka akan melihat Trent ke hadapan dan mereka akan fikir Vinícius akan menjadi senjata.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola