PREMIER LEAGUE
Mohamed Salah Bakal Capai Persetujuan Dan Akan Mengakhiri Kariernya di Anfield

Mohamed Salah kini semakin hampir mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu yang akan mengekalkannya di Liverpool sehingga akhir kariernya.
Great news. #mosalah
Salah finally on brink of agreeing new Liverpool contract for rest of his career https://t.co/ZixSKIkAM6— RedForLife #YNWA (@Desiproblems71) April 2, 2022
Perubahan fikiran daripada pemain antarabangsa Mesir berusia 29 tahun itu bakal menamatkan saga berhubung kontrak baharunya yang telah lama berlarutan dan sekaligus memberi dorongan besar kepada bos Reds, Jurgen Klopp.
Selepas Salah menolak syarat baharu yang akan menyaksikan dia memperoleh £400,000 seminggu, pemilik Liverpool berasa bimbang jika kontrak semasanya berakhir dan menjadikannya ejen bebas pada musim panas 2023.
Itu juga akan menyebabkan dia terdedah kepada tawaran daripada gergasi Eropah seperti Paris Saint-Germain dan Barcelona pada musim panas ini.
Liverpool dilaporkan bersedia untuk berkompromi dengan tuntutan awalnya untuk menyamai pemain seperti bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dengan pakej gaji £500,000 seminggu.
Salah difahamkan akan menandatangani perjanjian antara tiga dan empat tahun, yang akan mengekalkannya di Anfield paling awal sehingga 2025, di mana dia akan berusia 33 tahun.
Itu mungkin melibatkan tambahan 12 bulan pada tahun ketiganya yang akan menyaksikan dia bermain sepanjang baki tahun terbaik dalam kariernya bersama kelab yang disertainya hampir lima tahun lalu.
Salah sentiasa mengakui menikmati kehidupannya di Liverpool tetapi mahu diiktiraf sebagai salah seorang pemain terkemuka dunia yang diterjemahkan dengan gaji yang sepadan.
Kini dia bersedia untuk menerima tawaran yang sudah lama terbentang dan bersedia mengakhiri karier di Liverpool sekaligus memberi ‘boost’ dalam usaha pasukannya meraih quadruple yang belum pernah berlaku sebelum ini.
PREMIER LEAGUE
Klopp Yakin Mo Salah Akan Kekal Bersinar

Jurgen Klopp menganggap Mohamed Salah masih mampu kekal konsisten pada tahun-tahun mendatang selepas menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya di Liverpool sehingga 2025.
Pemain berusia 30 tahun itu telah menikmati lima musim menakjubkan bersama The Reds, menjaringkan 156 gol dalam 254 penampilan, dan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.
Mo Salah’s LFC career by numbers so far:
• 253 games
• 156 goals
• 58 assists
• 3x PL Golden Boot
• 2x FWA Footballer of the Year
• 1x PL Playmaker Award
• 1x Premier League
• 1x Club World Cup
• 1x Super Cup
• 1x EFL Cup
• 1x FA Cup
• 1x UCL𝗞𝗶𝗻𝗴. 👑 [squawka] pic.twitter.com/EPFAAWU6Sx
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) July 1, 2022
Pemain Mesir itu sedang menuju ke tahun terakhir perjanjiannya sebelum ini dan hanya mengesahkan bahawa dia akan kekal di kelab itu sehingga akhir musim akan datang, tetapi itu semua telah berubah dan kini telah memberikan masa depannya untuk Liverpool selama tiga tahun lagi.
Salah telah mencapai banyak hal yang luar biasa setakat ini bersama The Reds, tetapi Klopp percaya beliau mampu melakukan lebih banyak lagi dalam tiga tahun akan datang.
“Ini adalah layanan istimewa untuk penyokong kami agar mereka dapat menikmati hujung minggu mereka dengan lebih baik lagi,” kata Klopp kepada Liverpoolfc.com. “Saya pasti akan ada sambutan untuk berita ini malam ini.
“Sangat gembira. Ia adalah keputusan terbaik untuk kami dan keputusan terbaik untuknya. Saya rasa dia adalah milik kita . Ini kelab beliau sekarang.
“Sudah tentu ia mengambil sedikit masa tetapi itu benar-benar OK dan perkara terbaik sentiasa berbaloi untuk ditunggu.
“Mo adalah salah satu pemain terbaik di dunia; Normal jika ada perkara yang perlu diurus apabila anda berada di tahapnya.
“Saya tidak syak lagi tahun-tahun terbaik Mo akan tiba.
Walaupun jelas Salah memiliki ketajaman menjaringkan gol, namun Klopp turut memuji kerja keras dan komitmennya terhadap kecergasan dirinya, yang memberikannya keyakinan bahawa penyerang itu akan terus bersinar untuk tahun-tahun mendatang.
“Dari segi kecergasan, dia adalah sebuah “mesin” – dalam bentuk yang paling luar biasa,” ujar pelatih berbangsa Jerman itu.
“Beliau bekerja keras dan mendapat hasilnya. Keupayaan dan tahap kemahirannya semakin tinggi setiap musim, dan kemampuannya membuat keputusan di atas padang juga mencapai tahap yang luar biasa.
“Dia dipuja oleh rakan sepasukannya. Sebagai jurulatih, kami tahu kami bekerja dengan seseorang yang istimewa. Dan para penyokong telah menggelarnya sebagai ‘King’.
“Ia berita hebat. Ia membuat saya tersenyum memikirkannya. Dia tinggal bersama kami lebih lama dan ini bermakna kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan Bersama,” tambah Klopp lagi.
PREMIER LEAGUE
Klopp Mampu Meningkatkan Semula Prestasi Timo Werner

Liverpool disarankan untuk mengejar penyerang Chelsea, Timo Werner bagi menggantikan Sadio Mane.
Werner berpindah ke Stamford Bridge dua tahun lalu dengan harga £47.5 setelah tampil cemerlang di Bundesliga bersama RB Leipzig.
🇩🇪❗️#Liverpool are interested in Chelsea forward Timo Werner.
Source: @Football_LDN 🗞 pic.twitter.com/2UTNdiFfNj
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) June 26, 2022
Namun beliau bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaiknya yang semakin menurun dan berdepan keadaan sukar untuk kekal dalam kesebelasan utama Thomas Tuchel.
Bekas bek kanan Tottenham dan Aston Villa, Alan Hutton menganggap Jurgen Klopp mampu meningkatkan semula prestasi pemain antarabangsa Jerman itu yang juga akan menjadi pengganti terbaik Sadio Mane.
Hutton memberitahu Football Insider: “Saya rasa Werner boleh membawa sesuatu yang baharu dengan rentak dan kemahiran yang dimilikinya.
“Saya fikir dia boleh masuk ke dalam sistem permainan Liverpool. Jika anda melihat cara Liverpool bermain selama bertahun-tahun di bawah Klopp, beliau suka jenis pemain sayap yang datang dari tepi padang dan saya fikir di situlah posisi terbaik untuknya.
“Saya fikir Werner bukanlah pemain nombor sembilan bagi saya, dia terlepas terlalu banyak peluang tetapi dia mampu memporak-perandakan bahagian sayap, dia memberi masalah untuk pemain pertahanan, sama seperti Mane dan jelas sekali jika dia meninggalkan kelab, pasti ada kemungkinan ruang untuk Werner.
“Namun saya akan terkejut jika Chelsea melepaskannya begitu sahaja. Dengan pemergian Lukaku, sudah tentu the Blues tidak mahu terumbang-ambing, jadi saya tidak rasa ianya akan berlaku.”
Werner juga telah dikaitkan dengan Juventus sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang akan menyaksikan Matthijs de Ligt berpindah ke Stamford Bridge.
PREMIER LEAGUE
Tukar Naby Keita Dengan Adrien Rabiot atau Nicolo Barella ?

Pemain tengah Liverpool, Naby Keita sekali lagi dikaitkan sebagai tawaran pertukaran dalam urusan perpindahan pemain.
Masa depan pemain antarabangsa Guinea itu menjadi bahan spekulasi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
🇮🇹 Nicolo Barella vs Jude Bellingham 🏴 #Liverpool have been linked with both players this summer transfer window but who would you prefer? 🧐
📊 @Twenty3sport pic.twitter.com/1EPRVp8QJL
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) June 29, 2022
Perjanjian semasa Keita akan tamat pada penghujung musim depan dan The Reds dilaporkan berminat untuk melanjutkan kontraknnya.
Laporan minggu lalu mendakwa bahawa perjanjian pertukaran mungkin akan melibatkan Keita, dengan pemain tengah Inter Milan Nicolo Barella berpindah ke Anfield.
Barella, yang merupakan pemain antarabangsa Itali, bernilai sekitar £77 juta dan pertama kali dikaitkan dengan Liverpool pada musim panas lalu.
Kini laporan baharu telah menyenaraikan seorang lagi pemain yang dikhabarkan akan menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang melibatkan Keita. Kali ini melibatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot.
Rabiot mula dikaitkan dengan Liverpool minggu lalu, dengan kelab Serie A itu berminat untuk melepaskan pemain itu kerana tuntutan gajinya. Rabiot, seperti Keita masih mempunyai baki setahun dalam kontraknya.
Menurut Calciomercato, Liverpool boleh menawarkan Keita kepada Juventus sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran untuk mendapatkan Rabiot.
Didakwa bahawa kedua-dua pemain bernilai £17 juta dan tiada bayaran akan dikenakan untuk mana-mana kelab.
Laporan itu menambah bahawa ketibaan Paul Pogba di Turin memaksa mereka mencari jalan untuk melepaskan Rabiot pada musim panas ini.
Bagaimanapun, dengan Liverpool menunggu sehingga 2023 untuk mendapatkan pemain tengah baharu, tidak mungkin Jurgen Klopp akan membenarkan pemergian Keita tahun ini.
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Kevin De Bruyne Perlu Mempertimbangkan Perpindahan Ke Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Ungkapan “Derita” Moreno Ternyata Benar
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Seorang Daripada Trio Serangan The Reds Mungkin Meninggalkan Anfiled Selepas Ketibaan Diaz
-
PREMIER LEAGUE4 weeks ago
“Kita Telah Di Scam, ” Lebih Mahal Dari Haaland” Antara Reaksi Penyokong Liverpool
-
PREMIER LEAGUE1 month ago
Mo Salah Akhirnya ‘Buka Mulut’ Selepas Gagal Memenangi Liga Juara-Juara