Connect with us

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Sedia Turunkan Tuntutan Gaji Demi Memuktamadkan Kontrak Baharu

Published

on

Dipetik dari laporan The Independent, Mohamed Salah didakwa bersedia menurunkan tuntutan gajinya untuk memuktamadkan kontraknya bersama Liverpool.

Rundingan kontrak baharu Mo Salah sebelum ini tidak menampakkan banyak kemajuan berikutan dakwaan Mo Salah menuntut gaji bersih £ 500 ribu seminggu dan sekaligus menjadikannya

pemain dengan gaji tertinggi di kelab mengatasi Virgil van Dijk dengan £ 220 ribu seminggu.

Kontrak Mo Salah bersama Liverpool akan berakhir pada Jun 2023 dan pihak pengurusan Liverpool mahu menyelesaikan kontrak pemain sayap Mesir itu dengan segera.

Melalui rundingan terbaharu, Mo Salah dilaporkan hanya meminta gaji sekitar £ 380 ribu seminggu dengan kontrak sehingga 2025.

Tetapi angka itu masih boleh dirundingkan dengan had lebih rendah sekitar £ 300 ribu. Meskipun pun begitu ia tetap menjadikan Mo Salah diantara 6 pemain liga dengan bayaran paling tinggi di Premier League.

Liverpool menganggap angka tersebut lebih munasabah sehingga mereka kini berusaha memuktamadkan kontrak baharu Mo Salah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Klopp: Lucho Mampu Buat Yang Lebih Baik!

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya pemain sayap antarabangsa Colombia itu mampu melakukan yang lebih baik menentang Fulham di Craven Cottage semalam.

Liverpool hanya mampu mecatatkan keputusan seri 2-2 dengan Fulham dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini.

pemain tiga depan dan bermain selama 78 minit.

Klopp memberitahu laman web rasmi Liverpool tentang Diaz: “Lucho adalah pemain yang hebat, pemain yang hebat, tetapi hari ini dia mempunyai peluang besar, peluang hebat.

“Perhatikan, untuk pemain yang menyerang pada hari seperti ini, ia sememangnya tidak mudah kerana mereka bertahan secara besar-besaran daripada cara mereka diatur, bagaimana hantaran – dan kami tidak bermain dengan cukup baik untuk membawa mereka pada saat yang tepat.

“Tetapi apabila kami berada di sana, barulah anda dapat melihat dengan serta-merta betapa bagusnya Lucho, bagaimana satu lawan satu, terkena palang atau tiang, saya tidak tahu dengan tepat, tetapi sangat hampir.

“Ya, beliau pemain yang cemerlang tetapi dia boleh bermain lebih baik daripada hari ini – seperti semua pemain Amerika Selatan,” ujar Klopp.

Pemain berusia 25 tahun itu memulakan perlawanan di sebelah kiri dan bermain dengan baik pada separuh masa pertama,berbanding pada babak kedua sebelum akhirnya dikeluarkan setelah bermain 78 minit.

Walau pun ia dianggap aksi yang mengecewakan untuk Diaz, tetapi kita semua tahu betapa bagusnya pemain sayap itu, dan kami yakin dia akan kembali ke tahap terbaiknya tidak lama lagi.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

The Reds: Pemain Tengah Baharu Dalam Senarai

Published

on

Bercakap pada rancangan The Overlap, Jamie Carragher telah membincangkan tentang bahagian tengah Liverpool dan potensi tambahan pemain baharu di bahagian tersebut.

The Reds dilihat kini memiliki skuad yang sangat hebat dan lengkap di setiap posisi.

Namun, jika diberi pilihan untuk memilih mana-mana bahagian sebagai kelemahan The Reds, ia adalah bahagian tengah mereka.

Bagaimana pun ia tidak bermakna Thiago, Fabinho dan Jordan Henderson tidak mampu berbaik di posisi mereka, tetapi mereka kini semakin berumur dan, terutamanya dalam kes Thiago, rekod kecergasan membimbangkan.

The Reds mungkin boleh mengatasinya dengan pemain tengah baharu, dan walaupun dilaporkan tiada rancangan untuk membuat pembelian lagi pada musim panas ini, Carragher percaya bahawa kelab Merseyside itu sudah mempunyai senarai pemain tengah untuk musim panas akan datang.

Carragher percaya Liverpool memiliki strategi sendiri dalam perpindahan dan yakin mereka telah pun mempunyai senarai pemain tengah yang mereka mahu.

“Liverpool terkenal bagaimana melakukan perpindahan mereka di bawah Klopp, mereka akan menunggu siapa yang mereka mahu.

“Apabila mereka tidak mendapat khidmat van Dijk mereka menunggu sehingga Januari. Mereka tidak panik, apabila semua bek tengah cedera, mereka membawa beberapa pemain secara pinjaman kerana mereka tidak dapat pemain yang mereka mahu, iaitu Konate, dan mereka terus menunggu.

“Mereka tidak bodoh, tiga pemain tengah pilihan pertama sekarang sudah agak tua, tetapi Liverpool bersedia untuk menunggu. Mereka pasti mempunyai senarai pemain untuk musim panas akan datang.”

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Van Dijk: Nunez Pemain Yang Sukar Dihadapi, Kami Akan Membantunya

Published

on

Virgil van Dijk mengakui penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez, pemain yang ‘sukar untuk dihadapi’ selepas tampil cemerlang ketika menentang Manchester City.

Pemain yang ditandatangani pada musim panas itu berjaya menjaringkan gol yang mengsesahkan kemenangan The Reds pada perlawanan Community Shield dengan menewaskan City 3-1.

Ia dilihat sebagai persediaan terbaik Nunez bagi penampilan sulungnya dalam Liga Perdana pada Sabtu ini bertemu Fulham di Craven Cottage.

Van Dijk ketika diminta mengulas penampilan Nunez dalam perlawanan tersebut, beliau harapan agar Nunez boleh ‘menunjukkan itu untuk sepanjang musim’.

“Ia adalah penting (impak Nunez),” kata Van Dijk. “Pertama saat mendapatkan sepakan penalti. Ia adalah tandukan yang bagus, saya tidak tahu sama ada ia akan masuk atau tidak.

“Dia sukar untuk dihadapi. Berharap, dia dapat menunjukkannya sepanjang musim ini dan kami semua akan membantunya dalam beberapa cara, memastikan dia selesa dan tenang.

“Bekerja sahaja dan jangan fokus pada apa yang dunia luar katakan kerana semua orang gemar bercakap tentang sesuatu hari ini. Merendah diri, jaringkan gol, kerja dan jadilah orang penting untuk kelab,” tambah Van Dijk.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola