Connect with us

PREMIER LEAGUE

Mo Salah ‘Pengganti Yang Sempurna’ Untuk Dybala

Published

on

Juventus dilaporkan melihat bintang Liverpool, Mohamed Salah sebagai pemain impian mereka menggantikan Paulo Dybala, dengan penyerang Argentina itu akan meninggalkan Turin sebagai ejen bebas musim panas ini.

Menurut Corriere della Sera, Massimiliano Allegri menyatakan pemain sensasi Liga Perdana itu sebagai ‘pengganti yang sempurna’ untuk Dybala, dengan Liverpool dilihat bergelut untuk memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 2023.

Salah masih kekal menjadi pemain terbaik di England dan antara pemain berprestasi terbaik di Eropah pada keseluruhan kempen musim ini, apabila berjaya mencetak 28 gol dan 10 assist dalam semua pertandingan.

Dipuji sebagai ‘luar biasa’ oleh Ian Wright, Salah berada dalam kelas tersendiri musim ini, namun dengan situasi kontraknya, memungkinkan bekas bintang AS Roma itu meninggalkan Merseyside, dan Juventus dikatakan tidak akan menunggu lama untuk mendapatkannya.

Salah memiliki kualiti dan status bintang untuk menggantikan pemain Argentina berusia 28 tahun itu dan sudah pun membuktikannya di Serie A ketika bermain untuk Roma dan Fiorentina.

Menurut Transfermarkt, Salah menjaringkan 35 gol dan mencatatkan 22 assist sepanjang tiga musim dalam Serie A, dan dengan pemain sayap itu kini berada di puncak kariernya, Salah mampu menjadi senjata ampuh buat Juventus jika mereka ingin mendapatkan bintang Afrika itu.

Juventus antara gergasi Serie A yang tidak takut berbelanja besar untuk pemain berstatus bintang dan Salah dilihat pengganti sempurna mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dybala.

Ketibaan Dusan Vlahovic, mungkin akan menarik minta Salah untuk kembali ke Itali bersama Juventus, terutamanya jika kelab itu bersedia memenuhi tuntutan kontrak Salah yang sukar dicapai oleh Liverpool.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Klopp Yakin Mo Salah Akan Kekal Bersinar

Published

on

Jurgen Klopp menganggap Mohamed Salah masih mampu kekal konsisten pada tahun-tahun mendatang selepas menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya di Liverpool sehingga 2025.

Pemain berusia 30 tahun itu telah menikmati lima musim menakjubkan bersama The Reds, menjaringkan 156 gol dalam 254 penampilan, dan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.

Pemain Mesir itu sedang menuju ke tahun terakhir perjanjiannya sebelum ini dan hanya mengesahkan bahawa dia akan kekal di kelab itu sehingga akhir musim akan datang, tetapi itu semua telah berubah dan kini telah memberikan masa depannya untuk Liverpool selama tiga tahun lagi.

Salah telah mencapai banyak hal yang luar biasa setakat ini bersama The Reds, tetapi Klopp percaya beliau mampu melakukan lebih banyak lagi dalam tiga tahun akan datang.

“Ini adalah layanan istimewa untuk penyokong kami agar mereka dapat menikmati hujung minggu mereka dengan lebih baik lagi,” kata Klopp kepada Liverpoolfc.com. “Saya pasti akan ada sambutan untuk berita ini malam ini.

“Sangat gembira. Ia adalah keputusan terbaik untuk kami dan keputusan terbaik untuknya. Saya rasa dia adalah milik kita . Ini kelab beliau sekarang.

“Sudah tentu ia mengambil sedikit masa tetapi itu benar-benar OK dan perkara terbaik sentiasa berbaloi untuk ditunggu.

“Mo adalah salah satu pemain terbaik di dunia; Normal jika ada perkara yang perlu diurus apabila anda berada di tahapnya.

“Saya tidak syak lagi tahun-tahun terbaik Mo akan tiba.

Walaupun jelas Salah memiliki ketajaman menjaringkan gol, namun Klopp turut memuji kerja keras dan komitmennya terhadap kecergasan dirinya, yang memberikannya keyakinan bahawa penyerang itu akan terus bersinar untuk tahun-tahun mendatang.

“Dari segi kecergasan, dia adalah sebuah “mesin” – dalam bentuk yang paling luar biasa,” ujar pelatih berbangsa Jerman itu.

“Beliau bekerja keras dan mendapat hasilnya. Keupayaan dan tahap kemahirannya semakin tinggi setiap musim, dan kemampuannya membuat keputusan di atas padang juga mencapai tahap yang luar biasa.

“Dia dipuja oleh rakan sepasukannya. Sebagai jurulatih, kami tahu kami bekerja dengan seseorang yang istimewa. Dan para penyokong telah menggelarnya sebagai ‘King’.

“Ia berita hebat. Ia membuat saya tersenyum memikirkannya. Dia tinggal bersama kami lebih lama dan ini bermakna kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan Bersama,” tambah Klopp lagi.

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Mampu Meningkatkan Semula Prestasi Timo Werner

Published

on

Liverpool disarankan untuk mengejar penyerang Chelsea, Timo Werner bagi menggantikan Sadio Mane.

Werner berpindah ke Stamford Bridge dua tahun lalu dengan harga £47.5 setelah tampil cemerlang di Bundesliga bersama RB Leipzig.

Namun beliau bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaiknya yang semakin menurun dan berdepan keadaan sukar untuk kekal dalam kesebelasan utama Thomas Tuchel.

Bekas bek kanan Tottenham dan Aston Villa, Alan Hutton menganggap Jurgen Klopp mampu meningkatkan semula prestasi pemain antarabangsa Jerman itu yang juga akan menjadi pengganti terbaik Sadio Mane.

Hutton memberitahu Football Insider: “Saya rasa Werner boleh membawa sesuatu yang baharu dengan rentak dan kemahiran yang dimilikinya.

“Saya fikir dia boleh masuk ke dalam sistem permainan Liverpool. Jika anda melihat cara Liverpool bermain selama bertahun-tahun di bawah Klopp, beliau suka jenis pemain sayap yang datang dari tepi padang dan saya fikir di situlah posisi terbaik untuknya.

“Saya fikir Werner bukanlah pemain nombor sembilan bagi saya, dia terlepas terlalu banyak peluang tetapi dia mampu memporak-perandakan bahagian sayap, dia memberi masalah untuk pemain pertahanan, sama seperti Mane dan jelas sekali jika dia meninggalkan kelab, pasti ada kemungkinan ruang untuk Werner.

“Namun saya akan terkejut jika Chelsea melepaskannya begitu sahaja. Dengan pemergian Lukaku, sudah tentu the Blues tidak mahu terumbang-ambing, jadi saya tidak rasa ianya akan berlaku.”

Werner juga telah dikaitkan dengan Juventus sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang akan menyaksikan Matthijs de Ligt berpindah ke Stamford Bridge.

 

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Tukar Naby Keita Dengan Adrien Rabiot atau Nicolo Barella ?

Published

on

Pemain tengah Liverpool, Naby Keita sekali lagi dikaitkan sebagai tawaran pertukaran dalam urusan perpindahan pemain.

Masa depan pemain antarabangsa Guinea itu menjadi bahan spekulasi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Perjanjian semasa Keita akan tamat pada penghujung musim depan dan The Reds dilaporkan berminat untuk melanjutkan kontraknnya.

Laporan minggu lalu mendakwa bahawa perjanjian pertukaran mungkin akan melibatkan Keita, dengan pemain tengah Inter Milan Nicolo Barella berpindah ke Anfield.

Barella, yang merupakan pemain antarabangsa Itali, bernilai sekitar £77 juta dan pertama kali dikaitkan dengan Liverpool pada musim panas lalu.

Kini laporan baharu telah menyenaraikan seorang lagi pemain yang dikhabarkan akan menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang melibatkan Keita. Kali ini melibatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot.

Rabiot mula dikaitkan dengan Liverpool minggu lalu, dengan kelab Serie A itu berminat untuk melepaskan pemain itu kerana tuntutan gajinya. Rabiot, seperti Keita masih mempunyai baki setahun dalam kontraknya.

Menurut Calciomercato, Liverpool boleh menawarkan Keita kepada Juventus sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran untuk mendapatkan Rabiot.

Didakwa bahawa kedua-dua pemain bernilai £17 juta dan tiada bayaran akan dikenakan untuk mana-mana kelab.

Laporan itu menambah bahawa ketibaan Paul Pogba di Turin memaksa mereka mencari jalan untuk melepaskan Rabiot pada musim panas ini.

Bagaimanapun, dengan Liverpool menunggu sehingga 2023 untuk mendapatkan pemain tengah baharu, tidak mungkin Jurgen Klopp akan membenarkan pemergian Keita tahun ini.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola