Connect with us

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Disaran Pilih Barcelona Berbanding Real Madrid Jika Ingin Meninggalkan Liverpool

Published

on

Lagenda Arsenal Robert Pires, menyarankan Mohamed Salah untuk memilih Barcelona berbanding Real Madrid jika beliau memilih untuk meninggalkan Liverpool.

Liverpool bakal kehilangan kelibat bintang Mesir itu bulan ini yang menyertai skuad kebangsaan ke kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Kontrak perjanjian Mo Salah bersama Liverpool akan berbaki 12 bulan pada penghujung musim ini bermakna The Reds semakin pantas menghampiri peringkat ‘lanjutkan atau jual’.

Runding mengenai kontrak baharu Mo Salah telah berlarutan selama berbulan-bulan namun persetujuan belum juga dicapai, meskipun pada Oktober lalu, Mo Salah mengakui ingin terus kekal di Anfield sepanjang kariernya.

Selagi kontrak baharu itu masih belum ditandatangani, khabar angin mengaitkannya dengan sepasang gergasi La Liga akan terus bertiup kencang.

Salah sebelum ini telah menyatakan minat untuk bermain dengan salah satu daripada dua pasukan terbesar di Sepanyol.

Menurut Pires bola kini berada di kaki pemain berusia 29 tahun itu memandangkan dia boleh menyertai mana-mana pasukan bola sepak terbaik di dunia.

“Yang terbaik dunia ketika ini menurut pandangan saya ialah Kylian Mbappe dari PSG, kemudian dua bintang Liga Perdana, Kevin De Bruyne dari Man City dan Mohamed Salah dari Liverpool,” ujar Pires.

“Masa depan Mohamed Salah bergantung kepada apa yang dia mahu, sama ada dia terus bersama Liverpool atau pergi untuk pengalaman baharu, itu terpulang kepadanya,” tambah Pires.

“Antara Barcelona dan Real Madrid, dan mempertimbangkan kualiti pemain, saya fikir Salah akan bermain lebih baik dengan Barca, komunikasinya dengan Xavi akan menjadi mudah.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Akan Dapat ‘Apa Yang Dia Mahukan’

Published

on

Alan Shearer berpendapat Mo Salah akan ‘mendapatkan apa yang dia mahu’ dan dia akan menandatangani kontrak baharu di Liverpool.

Penjaring gol terbanyak Liga Perdana sepanjang masa itu menambah bahawa beliau tidak dapat membayangkan bagaimana mereka yang berada dalam lembaga Liverpool akan membenarkan Mo Salah pergi sama ada secara percuma atau menjualnya.

Kontrak Mo Salah di Anfield hanya berbaki 18 bulan sahaja lagi sebelum beliau menentukan hala tuju seterusnya.
Legenda Liverpool itu sebelum ini telah menjelaskan bahawa beliau mahu kekal di Merseyside dan menamatkan kariernya dengan salah satu kelab terbesar dalam dunia bola sepak.

Tetapi, pada masa ini, terdapat beberapa isu yang jelas membantutkan rundingan kontraknya, bagaimana pun Shearer tetap optimis semuanya akan dapat diselesaikan.

“Apa yang dia telah lakukan dan capai di Liverpool agak luar biasa,” kata Shearer.

“Saya tidak dapat membayangkan, seumur hidup saya, bagaimana mereka boleh membenarkan dia pergi secara percuma atau menjualnya. Saya tidak fikir ia sepatutnya atau boleh berlaku.

“Dia berkata ‘ia bukan perkara gila’ dan itu sukar untuk orang ramai faham apabila anda bercakap tentang jumlah wang yang besar yang dimiliki pemain pada masa kini.

“Tetapi dia akan melihat pemain lain di sekeliling. Dia akan tahu nilainya kepada Liverpool. Dan dia berada dalam kedudukan yang sangat kuat. Semakin lama ia berlangsung, semakin kuat Salah kerana anda akan menuju ke penghujung kontrak anda.

“Mereka tidak boleh membenarkan dia pergi secara percuma, aset yang dia miliki untuk Liverpool. Ia adalah jumlah wang yang luar biasa yang dia inginkan. Saya fikir dia akan mendapat apa yang dia mahukan,” tambah Shearer lagi.
FSG dilihat seperti tidak bersedia untuk memecahkan struktur gaji mereka untuk salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini.

Jika Salah akhirnya pergi, walau pun setinggi mana harganya, maka akan ada kemarahan yang serius daripada penyokong The Reds.

Sehingga hari ini, pemain kelahiran Mesir itu boleh berhujah bahawa dia kini telah mendapat hak untuk masuk ke XI sepanjang masa Liverpool.

Walaupun dia tidak melakukannya, satu perkara yang pasti, dia tidak jauh dari itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Belum Berputus Asa

Published

on

Bos Liverpool, Jurgen Klopp masih enggan menerima penyataan bahawa pasukannya kini bukan lagi pencabar kejuaraan Liga Perdana.

Malah beliau menyeru agar penyokong-penyokongnya menikmati saja proses The Reds cuba mengejar Manchester City yang berada di puncak liga.

Pasukan Klopp berjaya menewaskan Brentford 3-0 pada awal pagi tadi dan berjaya meletakkan mereka kembali ke tangga kedua liga dan berada 11 mata dibelakang Man City.

Klopp turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berputus asa dan tidak peduli sama ada penonton merasakan pasukannya mempunyai peluang atau tidak.

“Kita tidak perlu meyakinkan sesiapa di luar untuk percaya. Jika mereka mahu percaya mereka boleh percaya,” kata Klopp selepas kemenangan ke atas Bees.

“Jika anda bersama kami, anda akan menikmati perjalanan kami dan kami akan bersedia untuk segala-galanya. Kami bersedia untuk pergi sejauh yang kami boleh.

“Ini bukan situasi untuk bercakap tentang perebutan gelaran, ia 11 mata sekarang dengan satu perlawanan dalam tangan. Kami cuba lakukan bahagian kami, tiada apa lagi yang perlu dilakukan.

Klopp gembira dengan kemenangan ke atas Brentford kerana tanpa kehadiran Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita, yang kesemuanya bertanding di Piala Negara-Negara Afrika.

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Ousmane Dembele Pengganti Sesuai Untuk Mo Salah Atau Mane

Published

on

Bekas pemain sayap Liverpool John Barnes percaya bekas kelabnya itu harus menandatangani penyerang Barcelona, Ousmane Dembele.

The Reds yang mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan gagal memenangi tiga perlawanan terakhir mereka.

Kontrak Dembele dengan kelab Catalan itu tamat pada musim panas ini, bermakna dia bebas untuk bersetuju dengan perjanjian pra-kontrak dengan mana-mana kelab lain.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund pada 2017, kini terbuka untuk berhijrah, dan Barnes percaya Liverpool harus meletakkan diri mereka di barisan hadapan untuk mendapatkannya.

“Dembele akan menjadi pemain yang hebat selagi kecergasannya baik,” ujar Barnes.

“Saya tidak tahu keadaan kecergasannya, tetapi profilnya akan sesuai dengan Liverpool, dia pantas, berkemahiran tinggi dan agresif dengan bola. Itulah tiga ciri-ciri pemain depan Liverpool.

“Dia akan menjadi pengganti yang sempurna jangka pendek untuk Mane dan Salah. Dan kedua-dua mereka akan mencecah usia 30 tahun – Dembele masih muda, jadi untuk jangka panjang dia boleh menjadi pengganti yang baik.

“Saya melihat dia dalam nada yang sama seperti Diogo Jota, yang boleh masuk dan bermain berbanding Firmino atau Mane jika mereka cedera atau tidak bermain dengan baik. Melihat dari kualitinya, Dembele akan menjadi pemain yang hebat,” tambah Barnes lagi.

Bekas pemain sayap Stade Rennais itu telah menjaringkan 65 gol dalam 227 penampilan dalam karier kelabnya, dan telah mencatat empat daripada 27 penampilan untuk pasukan kebangsaan

Perancis dan merupakan skuad yang memenangi Piala Dunia FIFA di Rusia pada 2018.

Walau bagaimana pun Rekod kecederaan Dembele akan menjadi kebimbangan kepada mana-mana kelab yang mahu menandatanganinya.

Beliau telah terlepas 102 perlawanan sejak menyertai Barcelona dengan masalah kecergasan termasuk masalah hamstring yang berterusan.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/majalahm/skillbola.com/wp-includes/functions.php on line 5107

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/majalahm/skillbola.com/wp-includes/functions.php on line 5107

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/majalahm/skillbola.com/wp-content/plugins/really-simple-ssl/class-mixed-content-fixer.php on line 110