PREMIER LEAGUE
Mo Salah: Bukan Segala-galanya Tentang Wang

Mohamed Salah telah memberitahu majalah FourFourTwo bahawa rundingan kontraknya bukan mengenai wang semata-mata.
Pemain Mesir itu, yang berusia 30 tahun pada musim panas ini, jarang bercakap dengan media British, terutamanya mengenai situasi kontraknya.
Tetapi dalam eksklusif meluas dalam keluaran baharu FourFourTwo, Salah telah mendakwa bahawa ia “bukan segala-galanya tentang wang.”
“Saya tidak tahu, saya mempunyai satu tahun lagi,” katanya.
“Saya rasa peminat tahu apa yang saya mahu, tetapi dalam kontrak itu bukan segala-galanya mengenai wang.
“Jadi saya tidak tahu, saya tidak boleh memberitahu anda dengan tepat. Saya mempunyai satu tahun lagi dan peminat tahu apa yang saya mahukan.”
Salah mendakwa bahawa peminat tahu apa yang dia mahu, tetapi soalan yang akan ditanya oleh setiap peminat ialah jika ia bukan mengenai wang, maka ia tentang apa?!
Salah turut melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan bahawa dia boleh meninggalkan Liverpool pada musim panas ini.
“Yeah. Er, saya rasa begitu?” katanya. “Tetapi jika mereka mahu saya pergi, itu sesuatu yang berbeza!”
Salah menegaskan dia tidak bimbang tentang situasi kontraknya: “Saya tidak bimbang, saya tidak membiarkan diri saya bimbang tentang sesuatu.
“Musim ini belum tamat lagi, jadi mari kita tamatkannya dengan cara yang terbaik – itu perkara yang paling penting. Kemudian pada akhir tahun nanti, kita akan lihat apa yang akan berlaku.”
Salah turut mengulangi hasratnya untuk terus kekal di Liverpool:
“Kelab ini amat bermakna bagi saya – saya telah menikmati bola sepak saya di sini lebih daripada di mana-mana, saya memberikan segala-galanya kepada kelab dan semua orang melihatnya.
“Saya mempunyai banyak detik sukar dipercayai di sini, memenangi trofi, gol individu, trofi individu. Ia seperti sebuah keluarga di sini.”
Beberapa laporan sebelum ini mendakwa bahawa Salah meminta gaji £400,000 seminggu dalam kontrak baharunya.
Namun Liverpool dikatakan tidak bersedia untuk memecahkan struktur gaji mereka untuk memenuhi tuntutan tersebut.
Kontrak semasa Salah dikatakan sekitar £200,000 seminggu, tetapi dengan bonus besar – yang bermakna dia telah memperoleh hampir £300,000 seminggu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bercakap mengenai situasi tersebut bulan lalu, pengurus Jurgen Klopp berkata: “Ia adalah keputusan Mo. Kelab melakukan apa yang boleh dilakukan. Ia baik dari sudut pandangan saya.
“Tiada apa-apa yang berlaku lebih jauh, tiada tandatangan, tiada penolakan. Kita hanya perlu menunggu.” Jelas Klopp.
Dan sudah tentu situasi ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan ia bukanlah sesuatu yang digemari oleh penyokong the Reds.
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Borussia Dortmund Beri Amaran Kepada Liverpool
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !