PREMIER LEAGUE
Mampukah Liverpool ‘Hijack’ Antony Dari United?

Liverpool dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan penyerang Ajax, Antony yang turut menjadi sasaran Manchester United.
Liverpool have made contact with Ajax over Antony this summer.
The club are holding out for £59m for the Brazilian winger, which the Reds are not expected to pay, even though he features highly on their list of attacking targets. [@footyinsider247] pic.twitter.com/XM9MkUPyoB
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) July 19, 2022
The Reds telah pun memiliki Fabio Carvalho dan Darwin Nunez bagi menguatkan barisan serangan mereka, namun mereka juga dilaporkan berada dalam perlumbaan untuk menandatangani penyerang lain.
Menurut Yahoo Esportes , Ajax meminta £69 juta untuk Antony, yang telah menjaringkan 20 gol dalam 72 perlawanan untuk kelab itu, Namun United menolak untuk membayarnya dan membuka ruang untuk Liverpool berunding.
Antony menikmati karier yang sangat baik sewaktu berada di Ajax yang ketika itu di bawah pengurus baharu United, Erik ten Hag dan pengurus berusia 52 tahun itu berminat untuk bekerjasama semula dengan Antony di Old Trafford.
Tetapi setelah pembelian Tyrell Malacia dan Christian Eriksen, United agak dilihat agak perlahan dalam pasaran perpindahan dan mahu Ajax menurunkan harga tawaran mereka.
Selepas perbincangan diadakan diantara kedua-dua pihak Ajax dan ejen Antony, Liverpool dikatakan boleh memujuk kelab yang berpangkalan di Amsterdam itu untuk menerima tawaran serendah £59 juta untuk pemain berusia 22 tahun itu.
Bagaimana pun Ten Hag dikatakan telah bertindak balas dengan menggesa pegawai di United untuk bertindak segera.
Sao Paulo, bekas pasukan Antony, dilaporkan sedang mengikuti rapat perkembangan beliau kerana Ajax dilaporkan berhutang kepada kelab Brazil itu sebanyak 20% daripada sebarang bayaran untuk perpindahan Antony.
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE7 months ago
Liverpool bernilai £4.45B Di Bawah FSG
-
PREMIER LEAGUE7 months ago
Harvey Elliott Belum Mampu ‘Membawa’ Liverpool Pada Saat Yang Sukar Ini
-
PREMIER LEAGUE7 months ago
Tiada Yang ‘Menakutkan’ Dengan van Dijk
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE7 months ago
Henderson Akui Teruja Mendengar Klopp Akan Datang Ke Anfield