Connect with us

SERIE A

Mampukah Inter Tolak Tawaran Pertukaran Bellerin untuk Lautaro ?

Published

on

Inter Milan dilaporkan menolak sebarang tawaran pertukaran dari Arsenal untuk penyerang asal Argentina, Lautaro Martinez.

Menurut Gazzetta, Inter dikatakan mahukan bek kanan Gunners, Hector Bellerin namun menolak perjanjian pertukaran dengan penyerang mereka Lautaro.

Dengan keadaan kewangan kelab sekarang, Inter dilaporkan meletakkan harga sekitar 70 juta pound untuk pemain berusia 23 tahun itu.

Malangnya harga yang diminta mungkin tidak dipenuhi Arsenal memandangkan mereka kini lebih tertumpu untuk mencari attacking midfielder berbanding penyerang baharu.

Namun ketersediaan Lautaro jelas telah mendorong minat mereka dan dengan Alexandre Lacazette memasuki tahun terakhir kontraknya, mereka dapat mengumpulkan dana dengan cepat dengan menjual pemain asal Perancis itu.

Gergasi Sepanyol, Atletico Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan Lacazette dengan harga tawaran sekitar £15 juta.

Meskipun Inter menolak tawaran pertukaran pemain, Arsenal dikatakan akan tetap berusaha memasukan Bellerin dalam perjanjian.

Inter memerlukan bek kanan setelah menjual Achraf Hakimi kepada Paris Saint-Germain dan Bellerin pasti akan berpeluang untuk bergabung dengan mereka,memandangkan ejennya sudah berada di Milan untuk perbincangan.

Rundingan kontrak Lautaro yang terhenti di samping masalah yang kewangan Inter boleh menyebabkan Nerazzurri terpaksa akur dan menerima tawaran pertukaran daripada The Gunners.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola