PREMIER LEAGUE
Liverpool Terlalu Bergantung Kepada Penjaga Gol Mereka, Alisson Becker

Liverpool akan bertandang ke San Siro bertemu Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi nanti dan dua ikon bola sepak Itali telah menyatakan kritikan mereka terhadap pasukan the Reds.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, dengan perlawanan kedua nanti akan dilangsungkan di Anfield pada 9 Mac.
Bagaimanapun, bekas pengurus England, Fabio Capello dan bekas penyerang West Ham, Paolo Di Canio percaya The Reds mampu ditewaskan dan punya kelemahan tersendiri.
Menurut Capello, Liverpool bukan pasukan seperti hanya beberapa bulan yang lalu, beliau mengkritik pertahanan the Reds dan mengatakan mereka terlalu bergantung kepada penjaga gol Alisson Becker.
“Liverpool sekarang bukan pasukan yang sama seperti beberapa bulan lalu,” ujar Capello kepada Sky Sport Italia.
“Klopp berkata ia adalah pasukan terkuatnya? Sudah tentu dia akan berkata begitu, apa yang anda harapkan dia katakan?
“Penjaga gol Liverpool baru-baru ini menjadi Man of the Match dalam setiap perlawanan. Itu mendedahkan banyak tentang cara mereka bertahan,” tambah Capello lagi.
Berbeza dengan pandangan Capello, Di Canio menyatakan bahawa Alisson boleh jadi mengagumkan, tetapi juga terdedah kepada kesilapan pada setiap beberapa perlawanan.
“Alisson melakukan aksi ‘heroik’ di gawang, tetapi setiap empat atau lima perlawanan dia akan melakukan kesilapan mudah.
“Liverpool mempunyai titik lemah, setiap pasukan ada,” kata bekas bintang Sheffield Wednesday itu.
Bagaimana pun, Bos Inter, Simone Inzaghi tidak begitu setuju dengan rakan senegaranya itu, Beliau memuji Liverpool dan mengakui mereka adalah pasukan pilihan untuk perlawanan itu.
“Saya fikir Liverpool adalah salah satu kelab terhebat di Eropah,” katanya.
“Tetapi saya gembira kerana kelab saya, peminat dan pemain saya layak bermain perlawanan seperti ini menentang pasukan yang sangat berpengalaman.
“Kami sudah lama tidak bermain dalam pusingan 16 terakhir. Langkah pertama adalah untuk sampai ke peringkat itu selepas 10 tahun. Memang sukar tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik.
“Saya percaya Liverpool adalah pasukan pilihan tetapi perlawanan perlu dimainkan. Liverpool mempunyai pemain individu yang hebat tetapi semua perlawanan bermula 0-0.
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Borussia Dortmund Beri Amaran Kepada Liverpool
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !