PREMIER LEAGUE
Liverpool Didakwa Capai ‘Persetujuan Lisan’ Dengan Jude Bellingham

Liverpool dan Pemain tengah, Borussia Dortmund, Jude Bellingham dilaporkan telah ada ‘persetujuan lisan’ di antara keduanya tetapi perjanjian tidak akan dimuktamatkan pada musim panas ini.
🚨 Liverpool are ready to pay over €100m for Jude Bellingham next summer. Real Madrid are also really interested in the midfielder, who they see as a long-term replacement for Luka Modrić.
A big battle is expected in the 2023 summer window.
(Source: @DiarioAs) pic.twitter.com/o0Wj0D6kXP
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 29, 2022
The Reds diketahui amat meminati pemain muda Inggeris itu, yang mungkin akan menelan belanja lebih daripada £100 juta apabila Dortmund bersetuju untuk melepaskannya.
Gergasi Bundesliga itu menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dari Birmingham City dengan harga sekitar £22.5 juta dua tahun lalu.
Sejak itu, dia telah memecah masuk skuad England di bawah kendalian Gareth Southgate dan kini telah15 caps untuk negaranya.
Bellingham telah bermain selama 90 minit penuh dalam ketiga-tiga daripada empat perlawanan pembukaan Dortmund musim ini dan telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik di Jerman.
Tidak hairanlah jika banyak kelab terkemuka Eropah berminat untuk menandatangani bekas bintang remaja Birmingham itu.
Real Madrid antara salah satu daripada pasukan yang dipercayai sedang mengawasi situasi Bellingham dan bersedia menunggu sehingga musim panas depan bagi mengantikan Luka Modric.
Celtic Tv’s low level camera catching some of the action from Tannadice, that pass from Matt O’Riley for the third goal was splendid. No wonder he’s on the radar of other clubs. pic.twitter.com/DJ4WmjIfrE
— Lisbon Lion (@tirnaog_09) August 30, 2022
Dortmund jelas dengan pendirian mereka bahawa pemain tengah itu tidak pergi ke mana-mana musim panas ini dan dengan hanya beberapa hari lagi sebelum jendela perpindahan ditutup, ia akan mengambil satu keajaiban bagi mereka untuk membiarkannya pergi.
Menurut Football Insider, Liverpool kini telah mencapai ‘perjanjian lisan’ dengan pemain itu malah boleh menandatanganinya pada Januari depan.
Bos The Reds Jurgen Klopp memberitahu pemberita pada hari Jumaat lalu bahawa kelab itu kini berminat untuk menandatangani pemain tengah baharu selepas beliau sebelum ini berkata perkara itu tidak berlaku.
‘Kesibukan kerja di belakang tabir’ telah membolehkan Liverpool bersetuju dengan perjanjian dengan Bellingham.
Liverpool turut dikaitkan dengan Frenkie de Jong dari Barcelona, Konrad Laimer dari RB Leipzig dan Moises Caicedo dari Brighton.
Seorang lagi pemain yang Klopp berminat untuk dibawa ke Anfield ialah perancang Celtic Matt O’Riley, menurut ESPN.
Pemain berusia 21 tahun itu berpindah ke Celtic Park dari MK Dons pada Januari dan memiliki kontrak sehingga 2026.
Liverpool bukan satu-satunya kelab yang dipercayai berminat untuk mendapatkan O’Riley, dengan ESPN mendakwa Dortmund, Manchester United dan Arsenal juga berminat.
Sama seperti Dortmund, Celtic tidak terbuka untuk menjual pemain itu sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi mungkin mengubah pendirian mereka jika mereka menerima tawaran dalam lingkungan £15m-20m.
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Borussia Dortmund Beri Amaran Kepada Liverpool
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !