Connect with us

PREMIER LEAGUE

Lagenda dan Ikon AC Milan Akui Liverpool Berada “Ditahap Lain”

Published

on

Lagenda dan Ikon AC Milan, Paolo Maldini percaya bekas kelabnya berada ‘satu atau dua langkah’ lagi untuk mendekati Liverpool – tetapi mengakui pasukan Jurgen Klopp kini berada di ‘tahap lain’.

Milan tersingkir daripada Liga Juara-Juara awal minggu ini, hanya berjaya memenangi satu daripada enam perlawanan kumpulan mereka.

Mereka memerlukan kemenangan ketika menentang The Reds untuk menghidupkan peluang mara ke fasa 16 pasukan terbaik namun kecundang 2-1 setelah mempamerkan aksi hambar di San Siro.

Ia merupakan penyingkiran awal dalam musim pertama mereka kembali bersaing dalam pertandingan elit Eropah sejak kempen 2013/14.

Maldini yang kini bertindak sebagai pengarah teknikal Rossoneri, yakin bahawa Milan tidak lama lagi mampu mencapai tahap sepertimana yang dicapai oleh Liverpool.

“Ia adalah satu kekecewaan, terutamanya melihat penampilan kami, ternyata kami memerlukan satu atau dua langkah untuk mencapai tahap seperti itu. Liverpool bukan sahaja berkualiti, mereka juga kuat dari segi mentaliti,” kata pemenang Piala Eropah lima kali itu kepada Sky Sport Italia.

“Itu bermakna mampu mengendalikan tiga perlawanan setiap minggu, menangani tekanan di hadapan stadium yang penuh sesak. Anda perlu memperolehnya melalui pengalaman dan membiasakannya. Ada yang cepat menyesuaikan diri, yang lain kurang begitu dan ada yang tidak akan sampai ke tahap itu, dan begitulah cara anda menilai kualiti pemain.

“Kami tahu kami belum berada di tahap itu, tetapi kami berada di landasan yang betul, dan ia adalah kumpulan yang sangat sukar. Hakikatnya, kami hanya memenangi satu daripada enam perlawanan kami dan itu adalah statistik negatif,” ujar Maldini lagi.

Membandingkan perbezaan yang wujud antara kedua-dua liga, Maldini menambah bahawa hanya Liverpool dan Manchester City yang beroperasi pada ‘tahap mengatasi yang lain’.

“Jika anda mempunyai hasil yang tinggi, anda boleh membina skuad yang lebih kompetitif. Untuk ke sana, anda perlu kreatif sedikit. Setiap kelab mempunyai pendekatan, masalah dan penyelesaian mereka, jadi kami mengambil satu-satunya laluan mampan yang kami ada sekarang.

“Serie A adalah yang terbaik di Eropah pada 1990-an, jadi kami adalah ‘Liga Perdana’ ketika itu. Kami juga perlu menyatakan di sini bahawa Liverpool dan Manchester City berada satu tahap di atas yang lain, tetapi di bawah itu adalah jurang yang besar,” ujar lagenda Itali yang berusia 53 tahun itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola