Connect with us

PREMIER LEAGUE

Konate Akui Latihan Di Liverpool Agak Sukar

Published

on

Ibrahima Konate mengakui intensiti kem latihan pra-musim Liverpool menyebabkan dia tertidur lena pada waktu malam.

Konate yang ditandatangai dari RB Leipzig kini merasai sendiri pengalaman pertama bekerja di bawah kendalian Jurgen Klopp dan staf pelatihnya.

Konate tanpa berselindung mengakui ianya sukar namun beliau tidak berdepan sebarang masalah dengan standard yang ditetapkan di padang latihan.

“Sudah pasti (sukar), tetapi saya tidak peduli dengan itu,” ujar Konate.

“Kami adalah pasukan yang bagus dan besar. Kami harus berusaha dan menguasai intensiti dalam perlawanan. Untuk itu, latihan adalah sukar tetapi apabila kita berkerja keras kita akan menjadi lebih baik.

“Saya tidur lena kerana saya mesti tidur dan tidak mempunyai pilihan!

“Ketika saya pergi ke tempat tidur, saya letih dan saya mesti tidur. Saya segera tertidur!”

Bercakap kepada liverpoolfc.com, pemain berusia 22 tahun itu menambah: “Saya sangat gembira berada di sini bersama pasukan, saya sangat gembira memulakan minit pertama saya dengan pasukan.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan semua pemain dalam pasukan dan saya sangat gembira berada di sini.

Konate turut mengakui mudah berkerja dengan rakan-rakan dalam pasukan kerana tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

“Saya boleh berbahasa Perancis dengan beberapa pemain, tetapi saya juga boleh berbahasa Inggeris dengan pemain lain – dan Jerman juga.

“Sangat mudah untuk bercakap dengan pemain dan berkomunikasi, saya tidak mempunyai masalah dengan ini.” Ujar Konate.

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola