PREMIER LEAGUE
Klopp Mahu Pasukan Lain Telus Mengenai Bilangan Pemain Yang Dijangkiti Covid-19, Dan Siapa Mereka

Jurgen Klopp telah mendedahkan pasukan Liverpoolnya bersedia untuk menentang Tottenham pada awal pagi esok, namun mengecam kekeliruan dan kerahsiaan Spurs dan Manchester United ketika Covid-19 merebak ke seluruh Liga Perdana.
Jurgen Klopp makes promise on Liverpool Covid cases and questions Man Utd and Tottenham https://t.co/We5TiqiyR6
— Euro Journal – English News (@eurojournalENG) December 18, 2021
Liverpool kehilangan tiga pemain utamanya iaitu Virgil van Dijk, Fabinho dan Curtis Jones kerana positif covid-19 ketika menang 3-1 ke atas Newcastle.
Klopp turut mendedahkan tiada ahli skuad terkininya yang telah dikeluarkan akibat jangkitan virus, tetapi keadaan boleh berubah.
Klopp juga meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana kekurangan ketelusan daripada pihak lain mengenai bilangan pemain yang dijangkiti virus itu, dan siapa mereka.
“Kami tahu pada masa ini tiga pemain kami mungkin tidak tidak dapat diturunkan,” jelas Klopp.
“Jika mereka boleh diturunkan, kami akan menyatakannya. Jika mereka negatif dan kami menyedarinya maka kami akan mengatakannya dan semua orang akan tahu mereka akan bermain.
“Saya tidak tahu sama ada Manchester United… Saya mendengar beberapa pemain tetapi saya tidak tahu siapa pemain itu, saya tidak tahu siapa yang mempunyai virus di Tottenham.
“Saya tidak tahu sama ada perlu tahu siapa, jika perlu tahu berapa ramai. Tetapi tidak mengetahui apa-apa dalam dunia yang benar-benar awam adalah agak pelik.
“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai Tottenham. Saya tidak tahu sama ada mereka berlatih sejak hari ini, esok atau sejak seminggu. Saya benar-benar tidak tahu. Sukar untuk mendapatkan apa-apa jenis maklumat yang merupakan sebahagian daripada persediaan untuk perlawanan,” tambah Klopp lagi.
Klopp sebelum ini membincangkan secara terbuka wabak tersebut sejak ia bermula, menggalakkan semua orang untuk mendapatkan vaksin seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan.
Ketika ditanya mengenai ketelusannya, Klopp berkata: “Saya tidak nampak ia seperti itu, cuma kami tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.
“Jika seseorang menghidap selesema dan anda bertanya kepada saya dalam sidang akhbar, saya katakan dia menghidap selesema. Jika seseorang mengalami patah kaki, jika saya tahu saya katakan ia patah kaki.
“Saya tahu ia sukar kerana ia satu pandemik dan satu lagi kecederaan individu tetapi kami masih perlu mencari jalan untuk melalui semua ini.
“Dan saya benar-benar berpendapat pertukaran maklumat ini cukup membantu kerana saya fikir semua maklumat yang mengelirukan dan salah akan mengelirukan ramai orang. Jadi disitu masalahnya. Katakan sahaja keadaannya dan kemudian teruskan dari sana.
Beberapa perlawanan Liga Perdana telah ditunda menjelang Krismas, dengan keadaan kelihatan semakin suram menjelang perlawanan minggu ke-18.
Separuh daripada 10 perlawanan hujung minggu ini telah dibatalkan, dan situasinya sama di seluruh liga bola sepak.
Klopp mengesahkan bahawa Liverpool bersedia untuk bermain pada awal pagi esok, tetapi keadaan boleh berubah dengan mudah.
“Kami tidak fikir kami tidak sepatutnya bermain pada hari Ahad, secara jujur,” katanya. “Tetapi saya katakan itu sekarang. Jika dalam dua jam apabila pemain tiba di sini dan kami mempunyai enam, tujuh, lapan lagi kes maka sudah tentu kami tidak boleh bermain.
“Tetapi dalam situasi seperti sekarang, kami boleh bermain dan kami mahu bermain. Itu sahaja,” jelas Klopp lagi.
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Borussia Dortmund Beri Amaran Kepada Liverpool
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !