Connect with us

PREMIER LEAGUE

Klopp: Kelleher Kini Penjaga Gol Yang Cemerlang

Published

on

Jurgen Klopp memuji prestasi dan penampilan cemerlang Caoimhin Kelleher selepas membantu Liverpool menewaskan Leicester City menerusi penentuan sepakan penalti dalam suku akhir Piala Carabao semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu menyelamatkan sepakan penalti daripada Luke Thomas dan Ryan Bertrand untuk membantu The Reds ke separuh akhir selepas perlawanan terikat 3-3.

Meskipun Kelleher dibolosi tiga gol pada 90 minit perlawanan tetapi pemain Ireland itu juga melakukan beberapa penyelamatan penting sebelum penentuan sepakan penalti dan telah menarik perhatian pengurusnya sekali lagi.

Meskipun Kelleher menjadi pilihan kedua selepas Alisson Becker, tetapi beliau kerap mempamerkan penampilan cemerlang apabila diberi peluang dalam Piala Carabao dan peluang yang jarang berlaku dalam Liga Perdana.

Klopp menyatakan bahawa Kelleher tidak hanya dilabel sebagai ‘berbakat’ tetapi kini boleh dianggap sebagai penjaga gol yang cemerlang.

“Ya, sudah tentu ia penting,” kata Klopp mengenai dua penyelamatan penalti Kelleher.

“Dia adalah penjaga gol yang cemerlang. Saya tidak mahu mengatakan lagi dia adalah “bakat”.

“Dia seorang penjaga gol yang cemerlang; dengan kakinya, pemahaman permainan, semua kemahiran penjaga gol.

“John [Achterberg] dan Jack [Robinson] selama bertahun-tahun melakukan kerja yang luar biasa dengan pemain-pemain kami, ia benar-benar luar biasa.

“Sudah tentu ia bagus. Ia bukan kali pertama dia menyertai perlawanan hebat ini, menentang Arsenal [pada 2019] ia adalah serupa. Tetapi kini dia selangkah lagi. Seperti yang saya katakan, dia menyelamatkan nyawa kami, sangat membantu malam ini,” jelas Klopp lagi.

Liverpool ketinggalan 2-0 selepas hanya 13 minit perlawanan hasil dua gol Jamie Vardy dan kemudian ketinggalan 3-1 pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, jaringan separuh masa kedua daripada Diogo Jota dan percubaan Takumi Minamino pada minit ke-95 membawa permainan kepada penentuan sepakan penalty.

Kelleher turut mendedahkan ‘team talk’ yang Klopp berikan pada separuh masa pertama membantu mengubah permainan.

“Ya, jelas sekali kami tidak bermula dengan baik dan pada separuh masa pertama kami jelas ketinggalan 3-1, [tetapi] kami sebenarnya berasa agak yakin kerana gol yang kami berikan adalah sebahagian besar kesalahan kami, memberikan bola,” kata Kelleher.

“Pengurus hanya berkata pada separuh masa pertama, ‘Jika kamu mendapat gol seterusnya, penyokong akan bangkit bersorak dan apa sahaja boleh berlaku.’ Jadi kami sentiasa percaya sehingga ke penghujung dan ianya terbukti,” tambah Kelleher lagi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Liverpool mara ke separuh akhir Piala Carabao di mana mereka akan menentang Arsenal dalam dua perlawanan pada Januari nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola