PREMIER LEAGUE
Jadon Sancho Lebih Sesuai Bersama Liverpool Berbanding United

Bekas pertahanan Leeds United, Jonathan Woodgate berpendapat bahawa Jadon Sancho mungkin akan jadi pemain yang berbeza sepenuhnya sekiranya dia bersama Liverpool.
Jonathan Woodgate recently opined that Jadon Sancho’s playing style doesn’t suit that of Manchester United’s. https://t.co/ygxZLsTxdG
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) November 16, 2021
Woodgate yang pernah menyarung jersi Real Madrid merasakan pemain sayap itu tidak sesuai dengan gaya permainan Manchester United.
Sancho yang melengkapkan perpindahannya bernilai 75 juta dari Borussia Dortmund pada musim panas ini, dilihat gagal memenuhi jangkaan.
Sancho sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebelum mengambil keputusan untuk menyertai United dan Woodgate merasakan sistem permainan yang diterapkan oleh Jurgen Klopp mungkin adalah lebih sesuai untuk dia.
“Ia tidak berlaku seperti yang dirancang buat Sancho sejak dia menyertai Manchester United pada musim panas ini, dan saya akan mengatakan ianya berpunca dari gaya permainan pasukan itu; ianya tidak sesuai untuk dia,” ujar Woodgate.
“Sekiranya United menggunakan pendekatan yang sama seperti Dortmund maka ia akan menjadi sangat berbeza, tetapi United tidak bermain dengan cara itu; mereka tidak memainkan gaya bola sepak yang biasa dimainkan oleh Sancho.
“Jadon Sancho adalah pemain yang mempunyai bakat luar biasa, sekiranya anda bermain menggunakan kekuatannya, maka dia akan memberi impak yang baik. Tiada keraguan daripada saya yang dia akan kembali semula ke prestasi terbaiknya.
“Anda letakkan dia ke dalam pasukan Liverpool, dan dia akan menjadi seorang pemain yang berbeza sepenuhnya, saya pasti.”
Kegagalan Sancho tampil cemerlang bersama United dan kurangnya minit bermain menyebabkan dia terlepas dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia bersama England.
Situasi tersebut bakal memberikan tekanan kepadanya untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain dan seterusnya mendapatkan tempat dalam skuad The Three Lions di Piala Dunia 2022 di Qatar.
Namun Lagenda United, Rio Ferdinand agak optimis dan merasakan ianya hanya akan ditentukan oleh masa sehingga dia kembali menunjukkan kekuatan sebenarnya sama seperti ketika di Dortmund.
“Tiada keraguan mengenai kemampuan Jadon, tiada keraguan mengenai semangat yang dia ada,” kata Ferdinand.
“Kesemuanya ada di sana. Tetapi kadangkala apabila anda pergi ke sebuah kelab bola sepak, anda perlukan hampir kesemua aspek untuk menyesuaikan diri di dalamnya.
“Dan buat masa ini, mereka tidak menemui kedudukan yang baik. Saya fikir ianya akan berlaku, ia hanya soal masa sahaja.”
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Borussia Dortmund Beri Amaran Kepada Liverpool
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !