Connect with us

PREMIER LEAGUE

Grealish Bakal Melengkapkan Perpindahan Ke Manchester City dan Menjadikannya Pemain British Termahal di EPL

Published

on

Jack Grealish akan melengkapkan perpindahan ke Manchester City hari ini dengan nilai perpindahan mencecah £100 juta pound.

Kapten Aston Villa itu dijadualkan akan berada di Manchester untuk menandatangani kontrak selama lima tahun yang menjadikannya sebagai pemain British termahal di EPL. Grealish dilaporkan bakal menerima gaji lebih dari £230,000 seminggu di Etihad Stadium.


City sudah menaruh minat terhadap pemain tengah Villa itu sejak Mac lalu dengan Grealish sememangnya mahu bekerja di bawah Pep Guardiola.

Beliau masih mempunyai baki kontrak selama empat tahun bersama Villa dan menghabiskan hampir seluruh kerjayanya bersama kelab itu.

Grealish telah kembali berlatih bersama Villa pada hari Isnin lalu setelah bercuti di Mykonos dan Dubrovnik. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan pengarah sukan Johan Lange dan menjelaskan langkah seterusnya dalam kariernya.

Grealish kini akan berpeluang bermain di pentas Liga Juara-Juara dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pemain tengah terbaik di Eropah.

City juga dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan Harry Kane dari Tottenham, meskipun mengetahui ianya agak sukar setelah Daniel Levy menyatakan hanya akan mempertimbangkan tawaran jika melebihi 150 juta pound.

PREMIER LEAGUE

Klopp: Lucho Mampu Buat Yang Lebih Baik!

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya pemain sayap antarabangsa Colombia itu mampu melakukan yang lebih baik menentang Fulham di Craven Cottage semalam.

Liverpool hanya mampu mecatatkan keputusan seri 2-2 dengan Fulham dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini.

pemain tiga depan dan bermain selama 78 minit.

Klopp memberitahu laman web rasmi Liverpool tentang Diaz: “Lucho adalah pemain yang hebat, pemain yang hebat, tetapi hari ini dia mempunyai peluang besar, peluang hebat.

“Perhatikan, untuk pemain yang menyerang pada hari seperti ini, ia sememangnya tidak mudah kerana mereka bertahan secara besar-besaran daripada cara mereka diatur, bagaimana hantaran – dan kami tidak bermain dengan cukup baik untuk membawa mereka pada saat yang tepat.

“Tetapi apabila kami berada di sana, barulah anda dapat melihat dengan serta-merta betapa bagusnya Lucho, bagaimana satu lawan satu, terkena palang atau tiang, saya tidak tahu dengan tepat, tetapi sangat hampir.

“Ya, beliau pemain yang cemerlang tetapi dia boleh bermain lebih baik daripada hari ini – seperti semua pemain Amerika Selatan,” ujar Klopp.

Pemain berusia 25 tahun itu memulakan perlawanan di sebelah kiri dan bermain dengan baik pada separuh masa pertama,berbanding pada babak kedua sebelum akhirnya dikeluarkan setelah bermain 78 minit.

Walau pun ia dianggap aksi yang mengecewakan untuk Diaz, tetapi kita semua tahu betapa bagusnya pemain sayap itu, dan kami yakin dia akan kembali ke tahap terbaiknya tidak lama lagi.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

The Reds: Pemain Tengah Baharu Dalam Senarai

Published

on

Bercakap pada rancangan The Overlap, Jamie Carragher telah membincangkan tentang bahagian tengah Liverpool dan potensi tambahan pemain baharu di bahagian tersebut.

The Reds dilihat kini memiliki skuad yang sangat hebat dan lengkap di setiap posisi.

Namun, jika diberi pilihan untuk memilih mana-mana bahagian sebagai kelemahan The Reds, ia adalah bahagian tengah mereka.

Bagaimana pun ia tidak bermakna Thiago, Fabinho dan Jordan Henderson tidak mampu berbaik di posisi mereka, tetapi mereka kini semakin berumur dan, terutamanya dalam kes Thiago, rekod kecergasan membimbangkan.

The Reds mungkin boleh mengatasinya dengan pemain tengah baharu, dan walaupun dilaporkan tiada rancangan untuk membuat pembelian lagi pada musim panas ini, Carragher percaya bahawa kelab Merseyside itu sudah mempunyai senarai pemain tengah untuk musim panas akan datang.

Carragher percaya Liverpool memiliki strategi sendiri dalam perpindahan dan yakin mereka telah pun mempunyai senarai pemain tengah yang mereka mahu.

“Liverpool terkenal bagaimana melakukan perpindahan mereka di bawah Klopp, mereka akan menunggu siapa yang mereka mahu.

“Apabila mereka tidak mendapat khidmat van Dijk mereka menunggu sehingga Januari. Mereka tidak panik, apabila semua bek tengah cedera, mereka membawa beberapa pemain secara pinjaman kerana mereka tidak dapat pemain yang mereka mahu, iaitu Konate, dan mereka terus menunggu.

“Mereka tidak bodoh, tiga pemain tengah pilihan pertama sekarang sudah agak tua, tetapi Liverpool bersedia untuk menunggu. Mereka pasti mempunyai senarai pemain untuk musim panas akan datang.”

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Van Dijk: Nunez Pemain Yang Sukar Dihadapi, Kami Akan Membantunya

Published

on

Virgil van Dijk mengakui penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez, pemain yang ‘sukar untuk dihadapi’ selepas tampil cemerlang ketika menentang Manchester City.

Pemain yang ditandatangani pada musim panas itu berjaya menjaringkan gol yang mengsesahkan kemenangan The Reds pada perlawanan Community Shield dengan menewaskan City 3-1.

Ia dilihat sebagai persediaan terbaik Nunez bagi penampilan sulungnya dalam Liga Perdana pada Sabtu ini bertemu Fulham di Craven Cottage.

Van Dijk ketika diminta mengulas penampilan Nunez dalam perlawanan tersebut, beliau harapan agar Nunez boleh ‘menunjukkan itu untuk sepanjang musim’.

“Ia adalah penting (impak Nunez),” kata Van Dijk. “Pertama saat mendapatkan sepakan penalti. Ia adalah tandukan yang bagus, saya tidak tahu sama ada ia akan masuk atau tidak.

“Dia sukar untuk dihadapi. Berharap, dia dapat menunjukkannya sepanjang musim ini dan kami semua akan membantunya dalam beberapa cara, memastikan dia selesa dan tenang.

“Bekerja sahaja dan jangan fokus pada apa yang dunia luar katakan kerana semua orang gemar bercakap tentang sesuatu hari ini. Merendah diri, jaringkan gol, kerja dan jadilah orang penting untuk kelab,” tambah Van Dijk.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola