Connect with us

PREMIER LEAGUE

Ferdinand Nasihatkan Antonio Rudiger Untuk Kekal Di Chelsea

Published

on

Rio Ferdinand menasihatkan Antonio Rudiger untuk kekal komited di Chelsea dan menegaskan hanya ada satu kelab di Eropah yang berkemungkinan akan menarik minatnya.

Setelah dianggap pemain lebihan oleh Frank Lampard, bekas bek tengah Roma itu telah muncul sebagai komponen penting dalam jentera kemenangan tanpa henti Thomas Tuchel.

Pemain berusia 28 tahun itu kini berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya dan beberapa kelab besar Eropah sedang memantau situasinya dengan perbincangan mengenai kontrak baharu yang terhenti.

Chelsea dilaporkan keberatan untuk memenuhi tuntutan Rudiger, dengan bekas bintang Roma itu menuntut gaji melebihi £200,000 seminggu.

Namun Ferdinand percaya pemain itu akan mendapat khidmat terbaik dengan memberi komitmen kepada kelabnya sekarang, melainkan jika Bayern Munich membuat tawaran yang sesuai.

“Saya akan kekal,” kata Ferdinand apabila ditanya apa yang akan dilakukannya jika berada di situasi Rudiger.

“Saya akan menandatangani kerana anda mempunyai peluang yang tulen untuk memenangi Liga Perdana dan pertandingan Eropah.

“Tuchel datang dan mengubah nasib semua pemain itu. Mereka memenangi Liga Juara-Juara serta-merta dan saya menonton Chelsea hujung minggu lalu dan mereka hebat.

“Mereka adalah satu pasukan. Rudiger bermain bola sepak terbaik yang pernah saya lihat. Sebagai pemain adakah anda mahu berdepan risiko dengan mengubahnya dan berisiko mengalami kemerosotan prestasi dengan pergi ke tempat lain. Saya hanya melihat Bayern Munich berada pada tahap yang sama. Saya rasa Bayern Munich berada di atas Chelsea.

“Tetapi jika dia pergi ke Bayern Munich dia akan berada dalam liga yang terbaik dan berpeluang untuk memenangi Liga Juara-Juara bersama pemain di sana.

“Saya tidak dapat bayangkan jika dia ke Real Madrid dan Barcelona di mana pasukan tersebut sedang dalam tempoh peralihan. Jika anda melihat Liga Juara-Juara, mereka berada di belakang Chelsea dan Bayern Munich.

“Saya telah ditawarkan untuk pergi ke kelab besar semasa kerjaya saya di Manchester United tetapi saya kekal berdasarkan fakta yang saya fikir saya mempunyai lebih banyak peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara dan gelaran liga di Man United berbanding pasukan lain.” Jelas Ferdinand lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Liverpool ‘The Most Hated Club’ Di Liga Perdana

Published

on

Awal bulan ini, pengurus Manchester City, Pep Guardiola membuat dakwaan yang mengejutkan bahawa semua orang di negara itu mengharapkan Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini.

“Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, baik media mahupun semua orang,” kata Guardiola, selepas pasukannya menang 5-0 ke atas Newcastle.

Dia kemudiannya mendapat sokongan mengejutkan dari pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.

“Saya boleh faham mengapa dia [Guardiola] mempunyai perasaan itu. Secara umumnya saya akan katakan sukar untuk benar-benar berdebat dengan hal tersebut,” kata Tuchel.

“Saya tidak mengatakan saya bersetuju 100 peratus tetapi saya dapat lihat. Terdapat simpati yang besar untuk Liverpool di negara ini.”

Namun begitu, undian yang dilakukan SPORTbible menunjukkan bahawa Liverpool adalah kelab yang paling dibenci dalam Liga Perdana berbanding Manchester United, Chelsea dan Arsenal.

Daripada 28,602 undian, 41.6 peratus pembaca mengundi Liverpool sebagai kelab paling dibenci mereka daripada empat pilihan yang ada.

United kedua adalah tertinggi dengan 35.1 peratus, diikuti Chelsea di tangga ketiga dengan 14.3 peratus.

Sementara itu, hanya sembilan peratus pembaca mengundi Arsenal sebagai kelab paling dibenci mereka.

Penyokong Liverpool tidak mungkin terlalu risau tentang kekurangan populariti mereka di antara peminat lain.

Mereka telah pun melihat pasukan mereka memenangi Piala Carabao dan Piala FA musim ini, dengan lebih banyak peluang untuk memenangi kejuaraan sebelum musim tamat.

Liverpool mungkin akan lebih dibenci dalam kalangan peminat kelab lain jika mereka memenangi Piala Eropah ketujuh mereka di Paris.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

“Sudah Tentu Kami Berminat Dengan Kylian Mbappe, Kami Tidak Buta!”

Published

on

Meskipun sibuk membuat persiapan final Liga Juara-Juara, Jurgen Klopp sempat memberi respon terkait usaha Liverpool untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Pemain antarabangsa Perancis itu mendedahkan akan menunggu sehingga Jun untuk mengumumkan destinasi seterusnya..

Beberapa laporan mendakwa beliau akan ke Real Madrid dan akan menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab tersebut.

Namun beberapa laporan memberitahu bahawa Mbappe telah memaklumkan the Reds bahawa keutamaannya ialah untuk menyertai kelab zaman kanak-kanaknya, dengan perpindahan tersebut berpotensi untuk berlaku.

Klopp mengakui bahawa dia dan pasukannya turut bersaing untuk menandatangani bintang PSG itu.

“Sudah tentu kami berminat dengan Kylian Mbappe, kami tidak buta!”

Bagaimana pun Klopp, enggan mendedahkan sama ada dia atau kelab itu mempunyai sebarang hubungan langsung dengan penyerang Mbapp, walaupun terdapat tanda-tanda interaksi antara

kedua-dua pihak selama beberapa bulan ini.

“Sebenarnya, saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan tentang [hubungan yang dilaporkan] itu antara Kylian dan Liverpool,” ujar Klopp.

Bagaimana pun Klopp sedar khabar angin itu akan dianggap oleh beberapa pihak sebagai pengesahan bahawa Liverpool memang berminat dengan Mbappe.

Madrid dilaporkan menawarkan kontrak lima tahun, dengan gaji lebih tinggi daripada hampir £50 juta setahun yang diperoleh Cristiano Ronaldo semasa di Bernabeu, dan dianggarkan sekitar £1 juta seminggu.

Klopp menjelaskan bahawa Liverpool tidak boleh terlibat dalam bidaan yang sentiasa meningkat untuk pemain itu, dengan kelab semasanya PSG sanggup menyamai mana-mana tawaran yang cuba dibuat.

“Tetapi tidak, kita tidak boleh menjadi sebahagian daripada persaingan ini. Mesti ada kelab lain yang terlibat dan itu tidak mengapa. Dia seorang pemain yang hebat.”

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Gerrard Akan ‘Terdesak’ Untuk Membantu Liverpool Memenangi Gelaran Liga Perdana

Published

on

Lagenda Liverpool, Steven Gerrard berpeluang membantu kelab lamanya memenangi gelaran Liga Perdana musim ini dengan membimbing pasukan Aston Villa menewaskan Manchester City pada perlawanan terakhir liga.

Gary Neville membuat kenyataan di Instagram bahawa Gerrard akan ‘terdesak’ untuk membantu Liverpool memenangi gelaran Liga Perdana.

Bagaimana pun, Jurgen Klopp dan anak buahnya perlu melakukan tugas mereka dengan memenangi perlawanan di St.Mary bertemu Southampton awal pagi nanti.

Neville menyatakan jika mereka menang perlawanan tersebut, dengan Villa memperolehi satu mata di Etihad dan tiga mata untuk Reds menentang Wolves sudah cukup untuk menyaksikan gelaran liga kembali menuju ke Merseyside.

“Saya akan membuat analisis perlawanan Manchester City hujung minggu depan,” kata Neville. “Mereka bermain Villa. Steven Gerrard membawa pasukan Villanya.

“Jelas sekali, dia akan terdesak untuk mengambil mata dari Manchester City, jadi Liverpool boleh memenangi liga. Jadi, perlawanan ini tentu sekali menjadi sebuah perlawanan yang sangat penting.

“Liverpool perlu memenangi perlawanan mereka minggu ini menentang Southampton. Saya tidak fikir ia mengenai perbezaan gol lagi.

“Ianya tergantung sama ada Man City kehilangan mata menentang Villa. Saya tidak rasa mereka akan kehilangan mata. Tetapi ada bahaya menanti di sana.”

Apakah kita akan melihat peristiwa Sergio Aguero sekali lagi di Etihad pada hari Ahad nanti?

 

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola