Connect with us

PREMIER LEAGUE

Chelsea Gagal Gunakan Romelu Lukaku Dengan Baik

Published

on

Penampilan Romelu Lukaku bersama Chelsea ketika ini diniali cukup memuaskan oleh banyak pihak. Namun bagi

Antonio Conte, bekas penyerangnya itu belum mencapai tahap terbaik dari segi prestasi.

Seperti diketahui, Conte pernah berkerjasama bersama Lukaku selama dua musim ketika menjadi pengurus Inter Milan sebelum memilih haluan masing-masing.

Conte memutuskan untuk meninggalkan Giuseppe Meazza kerana dikatakan tidak sehaluan dengan pengurusan kelab. Sementara itu, Lukaku memilih untuk pergi kerana urusannya dengan Chelsea belum selesai.

Dan setakat ini, Lukaku telah menjaringkan empat gol dalam tujuh penampilan di semua pertandingan. Sudah tentu, itu bukan rekod buruk dari penyerang yang berjaya membawa Inter Milan memenangi Scudetto musim lalu.

Ramai yang berpendapat bahawa Lukaku telah menjadikan Chelsea lebih sempurna. The Blues, pada musim sebelumnya, tidak memiliki penyerang yang dapat diandalkan dari segi menjaringkan gol.

Bagaimana pun, Conte merasakan bahawa penyerang Belgium itu belum mencapai tahap terbaiknya dan menyalahkan Chelsea kerana gagal menggunakannya dengan baik.

“Musim lalu, mereka tidak memiliki penyerang tengah yang layak, jadi mereka lakukan pengiliran posisi, sedangkan

Romelu adalah titik referensi nyata dalam serangan,” kata Conte kepada Sky Sport Italia.

“Jika mereka dapat mengetahui bagaimana menggunakan Lukaku, maka Chelsea akan menjadi pasukan yang harus dikalahkan di Liga Champions musim ini.”

Conte menilai Lukaku memiliki kualiti sebagai penyerang terkemuka Eropah. Namun, dia menasihati bekas pemain itu agar tidak lupa mengembangkan dirinya lebih jauh lagi.

“Saya rasa dia masih dapat memperbaiki, terutama tekniknya. Dia sudah berada di tahap yang sangat tinggi, tetapi seorang pemain mesti terus berkembang sehingga dia bersara,” kata Conte.

“Di tengah-tengah permainan, ada saat-saat ketika Lukaku harus ‘dihidupkan’, tetapi selain itu dia adalah salah satu penyerang paling sukar untuk ditangani, kerana dia dapat melakukan kerosakan pada area mana pun di atas padang.”
“Sekiranya anda mempunyai penyerang seperti itu, anda harus menggunakannya dan saya tidak fikir Chelsea telah menemukan cara untuk menggunakannya.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola