HOME
Beri Sahaja! Apa Yang Mo Salah Mahu

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan dia tidak terkejut dengan gol Mohamed Salah ketika menentang Manchester City namun masih melabelnya sebagai gol bertaraf dunia.
Salah melakukan ‘gerakan solo’ melepasi cabaran Joao Cancelo kemudian menewaskan Bernardo Silva dan Aymeric Laporte yang cuba menghalangnya sebelum Salah menerobos gawang Ederson dengan rembatan kaki kanannya dari sudut sempit.
𝐒𝐭𝐚𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐥𝐲 𝐠𝐨𝐨𝐝 😱
A goal we’ll never tire of watching. Out of this world from @MoSalah 👏 pic.twitter.com/mZEq9OI0Wx
— Liverpool FC (@LFC) October 3, 2021
“Ini bukan gol pertama [Mo Salah] dijaringkan seperti ini,” kata Klopp di BBC Radio 5Live.
“Saya fikir menentang Napoli dan Tottenham adalah gol yang serupa tetapi ia sememangnya berkelas dunia, pemain yang luar biasa. Dia melakukan assist gol pertama untuk Sadio dan itu juga merupakan gol yang bagus. ”
Bekas pemain Aston Villa, Darren Bent memberi pujian tinggi untuk gol jaringan Salah itu. Beliau mengatakan The
Reds sepatutnya memberikan apa sahaja yang dikehendaki Salah.
“Golnya luar biasa. Sekiranya Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo menjaringkan gol itu, kami membincangkannya selama berminggu-minggu. Salah jelas salah satu daripada dua pemain terbaik di dunia saat ini.” kata Darren Bent.
“Saya akan memberikan Salah apa sahaja yang dia mahukan selama tiga tahun [kontrak]. Anda harus memberikan apa sahaja yang dia minta. Salah sangat penting,” kata Darren Bent kepada talkSPORT.
Rudingkan kontrak baharu Salah masih berjalan dan Liverpool dikatakan menawarkan kontrak selama tiga tahun namun belum ada kesepakatan mengenai gaji nominal yang diperoleh Salah.
“Saya akan memberikan 500 ribu pound setiap minggu selama tiga tahun,” kata Darren Bent.
HOME
Mo Salah Memberitahu Jorginho ‘Jangan Melompat’ Sebelum Mengambil Sepakan Penaltinya

Mohamed Salah memberitahu Jorginho ‘jangan melompat’ sebelum pemain tengah Chelsea itu mengambil penalti ketika final Piala Carabao.
What did Mo Salah say to Jorginho? #CarabaoCupFinal #CHELIV
Watch Now 👉 https://t.co/hkoevnV6B4 pic.twitter.com/o4ggbptISM
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) February 27, 2022
Selepas perlawanan mendebarkan berakhir tanpa gol di Wembley, penentuan penalti diperlukan untuk menentukan siapa yang bakal mengangkat Piala Carabao.
Salah meletakan Liverpool pada kedudukan 5-4, sebelum Jorginho meneruskan ke babak sepakan penalti seterusnnya.
Tetapi ketika dia melewati Jorginho setelah selesai melakukan sepakan, Salah dilihat memberitahu pemain tengah Chelsea itu supaya ‘Jangan melompat’ yang rujukan kepada kecenderungan pemain Itali itu untuk melakukan melompat kecil sebelum menyepak bola.
Bagaimanapun, Jorginho tidak mengendahkan kenyataan Salah dan berjaya melakukan trademark “hopnya” dan menewaskan penjaga gawang Liverpool Caoimhin Kelleher.
Namun ia tidak cukup membantu mereka apabila Liverpool dinobatkan selaku juara Piala Carabao setelah tendangan Kepa Arrizabalaga tersasar keatas palang gol.
Bercakap selepas kekalahan pasukannya, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui beliau individu yang harus dipertanggujawabkan setelah menggantikan Edouard Mendy dengan Kepa beberapa menit sebelum sepakan penentuan.
“Pemain tahu dan kami melakukannya sebelum ini. Tetapi kesilapan berlaku. Saya melakukan kesilapan,” ujar Tuchel.
“Jika anda mahu menyalahkan seseorang, salahkan saya. Saya mengambil keputusan dan saya tidak membawa mereka menjadi wira.
“Kami ada sebab. Saya cuba menjelaskan sebab-sebabnya. Ia bukan kali pertama dan hari ini ia mengambil 11 penalti untuk mencari pemenang. Tidak ada penyesalan. Sekiranya anda ingin menyalahkan seseorang, salahkan saya, tidak ada masalah,” ujar Tuchel lagi.
HOME
Paul Pogba Untuk ‘Liverpool’

Paul Scholes mendakwa Paul Pogba yang kini berada dalam prestasi terbaiknya akan menyertai pasukan Liverpool.
Legenda Manchester United itu juga turut mendedahkan kebimbangannya bagaimana bekas kelabnya itu akan menggantikan Pogba pada musim panas nanti.
Pemain Perancis itu akan tamat kontrak pada penghujung musim dan masih belum membuat keputusan sama ada dia akan menandatangani perjanjian baharu atau menyertai kelab Eropah yang lain.
Pogba telah menjaringkan 29 gol dan membuat 37 assist dalam 150 penampilan Liga Perdana tetapi sering dituduh kurang konsisten disebalik labelnya sebagai antara pemain terbaik dunia.
Pogba baru-baru ini kembali daripada kecederaan dan mempamerkan aksi mengagumkan menentang Leeds dalam kemenangan 4-2 United pada hari Ahad lalu.
“Pogba dalam prestasi terbaiknya akan melakukannya,” ujar Scholes kepada Premier League Productions.
“Dia menunjukkan apa yang kelab lakukan. Setiap pemain tidak konsisten. Orang yang mengendalikan kelab tidak konsisten dalam apa yang mereka lakukan.
“Saya telah menjadi pengkritik besar Paul, tetapi jika anda adalah pemain lawan yang pergi ke Old Trafford dan anda bermain menentang Fred dan McTominay ‘sepanjang hari’.
“Sekarang, anda tidak tahu apa yang anda akan dapat dengan Paul. Tetapi apabila dia dalam ‘mood’ permainannya, dia cemerlang.
“Tetapi apabila tidak, maka menentang Liverpool dan Man City, anda mungkin bergelut di kawasan mereka. Apa yang Man United akan lakukan tahun depan untuk menggantikannya?’
Bagaimana pun bekas bintang the Reds, Steve McManaman turut menjangkakan Pogba akan meninggalkan United pada musim panas ini tetapi berkata dia tidak akan menyertai kelab Liga Perdana lain kerana dia ‘tidak akan meningkatkan’ Chelsea, Liverpool atau Manchester City.
“Jika Paul Pogba berpindah ke salah satu saingan Liga Perdana Manchester United, saya tidak akan terkejut…. Saya akan sangat terkejut!,” Ujar McManaman.
“Jika ia adalah Manchester City, Chelsea, atau Liverpool, saya akan kagum, lebih daripada terkejut. Kenapa kamu sanggup?
“Adakah Paul Pogba akan meningkatkan pasukan Manchester City? Tidak. Dia juga tidak akan meningkatkan Liverpool. Mungkin bukan Chelsea, dengan cara mereka bermain.
“Prestasi Paul Pogba untuk United sejak lima tahun lalu tidak cukup baik untuk menggambarkan bahawa dia boleh pergi dan bermain untuk Manchester City atau Liverpool.
“Reputasinya sangat baik, sudah tentu begitu. Tetapi reputasinya adalah dengan jersi Perancis dan Juventus. Ia bukan dengan jersi Manchester United. Gaya permainannya terlalu perlahan untuk Man City atau Liverpool.
HOME
Respon Andy Robertson Setelah Liverpool Diundi Bertemu Inter Milan dalam Liga Juara-Juara

Bintang Liverpool, Andy Robertson menjangkakan pertembungan yang ‘sukar’ berdepan Inter Milan nanti, Namun ianya satu peluang untuk merealisasikan impiannya bermain di San Siro.
Liverpool mara ke pusingan 16 pasukan terbaik setelah muncul juara kumpulan B dengan memenangi semua perlawanan menewaskan Atletico Madrid, Porto dan AC Milan sama ada di halaman sendiri atau di tempat lawan.
COMPARED: Inter vs. Liverpool so far this season – https://t.co/EHSkaw9TYE#UCL https://t.co/u9aDaGkJ6Z
— Squawka Football (@Squawka) December 13, 2021
Red Bull Salzburg pada mulanya diundi sebagai lawan Liverpool pada pusingan 16 pasukan terbaik, tetapi ‘kesilapan teknikal’ memaksa undian dibatalkan dan dibuat semula pada majlis yang diadakan di Nyon, Switzerland.
Pasukan Jurgen Klopp kembali ke San Siro untuk perlawanan pertama menentang Inter pada 16 Februari selepas menewaskan AC Milan di stadium yang sama minggu lepas, dengan jaringan Mohamed Salah dan Divock Origi memastikan kemenangan the Reds 2-1.
Selepas hanya memanaskan bangku simpanan ketika bertemu Rossoneri dalam peringkat kumpulan, Robertson berharap dapat diturunkan di salah satu stadium paling ikonik dalam sejarah bola sepak.
“Undian telah dibuat dan ia adalah sesuatu yang menarik,” ujar Robertson kepada The Mirror.
“Saya berada di bangku simpanan minggu lalu [menentang AC Milan] yang sekurang-kurangnya bermakna saya boleh pergi, tetapi San Siro adalah stadium yang saya mahu bermain sejak saya menjadi pemain profesional.
Andy Robertson: “The draw has been made now and it’s an exciting one. The San Siro is a stadium that I’ve wanted to play in since I became professional. It’s iconic, an amazing stadium.” #awlive [lfc] pic.twitter.com/H2fBQ423cV
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) December 13, 2021
“Ia ikonik, stadium yang menakjubkan.
“Selepas melawat minggu lepas saya seronok dapat berada di sana dan menikmatinya, tetapi saya berharap Februari nanti saya boleh berada di atas padang dan menikmatinya dengan lebih lagi,” ujar Robertson.
Robertson turut menjangkakan pertembungan serupa [ketika bertemu AC Milan] menentang Inter Milan kendalian Simone Inzaghi yang kini menduduki tangga teratas Serie A.
“Kedua-dua pasukan Milan sedang bertarung di puncak liga, dan keduanya sangat hebat,” tambah Robertson.
“Kami mempunyai pengalaman bermain menentang AC di peringkat kumpulan, dan mereka adalah lawan yang sangat sukar.
“Perlawanan di tempat sendiri yang saya bermain adalah perlawanan yang sangat sukar. Mereka bermain dengan sangat baik dan membuatkan kami berusaha untuk meraih tiga mata.
“Kami menjangkakan perkara yang sama, jika tidak lebih, daripada Inter dan jelas kerana ia adalah pusingan 16 terakhir maka segala-galanya bertambah baik.
“Ia akan menjadi undian yang sukar, kami akan menantikannya.
“Tetapi kami tidak boleh terlalu memikirkannya kerana saya rasa terdapat kira-kira 40 perlawanan antara sekarang dan kemudian! ” jelas kapten Scotland itu lagi.
-
PREMIER LEAGUE1 week ago
Kevin De Bruyne Perlu Mempertimbangkan Perpindahan Ke Anfield
-
PREMIER LEAGUE3 weeks ago
Ungkapan “Derita” Moreno Ternyata Benar
-
PREMIER LEAGUE3 months ago
Seorang Daripada Trio Serangan The Reds Mungkin Meninggalkan Anfiled Selepas Ketibaan Diaz
-
HOME6 months ago
Mo Salah ‘Marah’ Sejurus Tamat Perlawanan Bertemu Everton
-
PREMIER LEAGUE3 weeks ago
Kami Telah Tumbangkan Bayern Dan Juventus.Kami Datang Buka Untuk Jadi “Penonton Semata-Mata”