Connect with us

PREMIER LEAGUE

Benarkah Liverpool Terikut-ikut Mengejar Haaland Bagi Memenuhi Permintaan Mo Salah?

Published

on

Liverpool secara tiba-tiba dilaporkan sedang memburu tandatangan Erling Braut Haaland.

Laporan terbaru itu menyatakan bahawa penyertaan The Reds untuk mendapatkan Haaland adalah bagi memenuhi permintaan Mohamed Salah.

Haaland akan menjadi bintang utama dalam pasaran perpindahan pada musim panas tahun hadapan.

Keupayaan dan ketajaman pemain Borussia Dortmund itu mengegar jaring telah menarik perhatian banyak kelab gergasi Eropah.

Pada musim panas 2022, klausa pelepasan yang terkandung dalam kontraknya bersama Dortmund akan aktif.

Mana-mana kelab yang mampu memenuhi klausa pelepasan beliau, maka Die Borussien tidak mempunyai kuasa untuk menolak.

Angka yang tercatat dalam klausa pelepasan Haaland sangat terjangkau terutamannya bagi kelab-kelab elite Eropah iaitu sekitar 75 juta euro.

Setakat ini, Haaland telah dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Real Madrid, Manchester United, Chelsea dan Barcelona.

Liverpool jarang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Norway itu.

Tetapi baru-baru ini, isu kedekatannya dengan Haaland menjadi semakin hangat, terutamanya selepas Sky Deutschland mendedahkan laporannya.

Sky Deutschland mendakwa bintang kelab itu, Mohamed Salah mahu Liverpool mempunyai skuad yang lebih kompetitif.

Bagi merealisasikannya beliau meminta kelab untuk menandatangani pemain seperti Haaland apabila jendela perpindahan musim panas dibuka.

Pihak pengurusan Reds dikatakan melihat permintaan Mo Salah itu dengan serius.

Ini kerana tuntutan Mo Salah itu ada kaitan dengan kontrak baharu yang diajukan oleh Liverpool kepada pemain Mesir itu.

Liverpool tidak akan membiarkan Mo Salah pergi dengan harga yang murah, apatah lagi secara percuma.

Justeru, The Reds perlu segera memperbaharui kontraknya yang hanya sah sehingga pertengahan 2023.

Jika persetujuan tidak dicapai, Liverpool mungkin berada dalam keadaan tidak menentu.

Mereka perlu menjualnya pada musim panas jika mereka ingin mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada

pemergian Mo Salah. Sebab itu, permintaan Mo Salah untuk merekrut Haaland mesti ditunaikan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Akan Dapat ‘Apa Yang Dia Mahukan’

Published

on

Alan Shearer berpendapat Mo Salah akan ‘mendapatkan apa yang dia mahu’ dan dia akan menandatangani kontrak baharu di Liverpool.

Penjaring gol terbanyak Liga Perdana sepanjang masa itu menambah bahawa beliau tidak dapat membayangkan bagaimana mereka yang berada dalam lembaga Liverpool akan membenarkan Mo Salah pergi sama ada secara percuma atau menjualnya.

Kontrak Mo Salah di Anfield hanya berbaki 18 bulan sahaja lagi sebelum beliau menentukan hala tuju seterusnya.
Legenda Liverpool itu sebelum ini telah menjelaskan bahawa beliau mahu kekal di Merseyside dan menamatkan kariernya dengan salah satu kelab terbesar dalam dunia bola sepak.

Tetapi, pada masa ini, terdapat beberapa isu yang jelas membantutkan rundingan kontraknya, bagaimana pun Shearer tetap optimis semuanya akan dapat diselesaikan.

“Apa yang dia telah lakukan dan capai di Liverpool agak luar biasa,” kata Shearer.

“Saya tidak dapat membayangkan, seumur hidup saya, bagaimana mereka boleh membenarkan dia pergi secara percuma atau menjualnya. Saya tidak fikir ia sepatutnya atau boleh berlaku.

“Dia berkata ‘ia bukan perkara gila’ dan itu sukar untuk orang ramai faham apabila anda bercakap tentang jumlah wang yang besar yang dimiliki pemain pada masa kini.

“Tetapi dia akan melihat pemain lain di sekeliling. Dia akan tahu nilainya kepada Liverpool. Dan dia berada dalam kedudukan yang sangat kuat. Semakin lama ia berlangsung, semakin kuat Salah kerana anda akan menuju ke penghujung kontrak anda.

“Mereka tidak boleh membenarkan dia pergi secara percuma, aset yang dia miliki untuk Liverpool. Ia adalah jumlah wang yang luar biasa yang dia inginkan. Saya fikir dia akan mendapat apa yang dia mahukan,” tambah Shearer lagi.
FSG dilihat seperti tidak bersedia untuk memecahkan struktur gaji mereka untuk salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini.

Jika Salah akhirnya pergi, walau pun setinggi mana harganya, maka akan ada kemarahan yang serius daripada penyokong The Reds.

Sehingga hari ini, pemain kelahiran Mesir itu boleh berhujah bahawa dia kini telah mendapat hak untuk masuk ke XI sepanjang masa Liverpool.

Walaupun dia tidak melakukannya, satu perkara yang pasti, dia tidak jauh dari itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Belum Berputus Asa

Published

on

Bos Liverpool, Jurgen Klopp masih enggan menerima penyataan bahawa pasukannya kini bukan lagi pencabar kejuaraan Liga Perdana.

Malah beliau menyeru agar penyokong-penyokongnya menikmati saja proses The Reds cuba mengejar Manchester City yang berada di puncak liga.

Pasukan Klopp berjaya menewaskan Brentford 3-0 pada awal pagi tadi dan berjaya meletakkan mereka kembali ke tangga kedua liga dan berada 11 mata dibelakang Man City.

Klopp turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berputus asa dan tidak peduli sama ada penonton merasakan pasukannya mempunyai peluang atau tidak.

“Kita tidak perlu meyakinkan sesiapa di luar untuk percaya. Jika mereka mahu percaya mereka boleh percaya,” kata Klopp selepas kemenangan ke atas Bees.

“Jika anda bersama kami, anda akan menikmati perjalanan kami dan kami akan bersedia untuk segala-galanya. Kami bersedia untuk pergi sejauh yang kami boleh.

“Ini bukan situasi untuk bercakap tentang perebutan gelaran, ia 11 mata sekarang dengan satu perlawanan dalam tangan. Kami cuba lakukan bahagian kami, tiada apa lagi yang perlu dilakukan.

Klopp gembira dengan kemenangan ke atas Brentford kerana tanpa kehadiran Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita, yang kesemuanya bertanding di Piala Negara-Negara Afrika.

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Disaran Pilih Barcelona Berbanding Real Madrid Jika Ingin Meninggalkan Liverpool

Published

on

Lagenda Arsenal Robert Pires, menyarankan Mohamed Salah untuk memilih Barcelona berbanding Real Madrid jika beliau memilih untuk meninggalkan Liverpool.

Liverpool bakal kehilangan kelibat bintang Mesir itu bulan ini yang menyertai skuad kebangsaan ke kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Kontrak perjanjian Mo Salah bersama Liverpool akan berbaki 12 bulan pada penghujung musim ini bermakna The Reds semakin pantas menghampiri peringkat ‘lanjutkan atau jual’.

Runding mengenai kontrak baharu Mo Salah telah berlarutan selama berbulan-bulan namun persetujuan belum juga dicapai, meskipun pada Oktober lalu, Mo Salah mengakui ingin terus kekal di Anfield sepanjang kariernya.

Selagi kontrak baharu itu masih belum ditandatangani, khabar angin mengaitkannya dengan sepasang gergasi La Liga akan terus bertiup kencang.

Salah sebelum ini telah menyatakan minat untuk bermain dengan salah satu daripada dua pasukan terbesar di Sepanyol.

Menurut Pires bola kini berada di kaki pemain berusia 29 tahun itu memandangkan dia boleh menyertai mana-mana pasukan bola sepak terbaik di dunia.

“Yang terbaik dunia ketika ini menurut pandangan saya ialah Kylian Mbappe dari PSG, kemudian dua bintang Liga Perdana, Kevin De Bruyne dari Man City dan Mohamed Salah dari Liverpool,” ujar Pires.

“Masa depan Mohamed Salah bergantung kepada apa yang dia mahu, sama ada dia terus bersama Liverpool atau pergi untuk pengalaman baharu, itu terpulang kepadanya,” tambah Pires.

“Antara Barcelona dan Real Madrid, dan mempertimbangkan kualiti pemain, saya fikir Salah akan bermain lebih baik dengan Barca, komunikasinya dengan Xavi akan menjadi mudah.”

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/majalahm/skillbola.com/wp-includes/functions.php on line 5107

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/majalahm/skillbola.com/wp-includes/functions.php on line 5107

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/majalahm/skillbola.com/wp-content/plugins/really-simple-ssl/class-mixed-content-fixer.php on line 110