Connect with us

PREMIER LEAGUE

Azpilicueta: Chelsea Tidak Bermain Dengan Baik Dan Melakukan Banyak Kesilapan

Published

on

Meskipun bermain di halaman sendiri, Chelsea gagal menundukkan penyandang gelaran liga Manchester City apabila tewas 1-0 semalam.

Kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta mengakui The Blues gagal bermain dengan baik dan mudah kehilangan bola.

“Kami kecewa dengan hasilnya. Itu bukan prestasi terbaik kami, terutama pada babak pertama sukar untuk keluar dari tekanan,” ujar Cesar Azpilicueta kepada BT Sport.

“Kami gagal mencipta peluang dan kehilangan bola dengan mudah. Setelah bolos, kami beri respon dengan baik dan itu tidak cukup untuk mendapatkan sesuatu dari perlawanan ini.

Chelsea dilihat cenderung tertekan dengan serangan besar yang dilancarkan City dan hanya dapat bergantung pada serangan balas, tetapi tidak berkesan.

Ia merupakan kekalahan pertama buat The Blues musim ini dan meletakkan mereka di tangga ke-3 liga dengan 13 mata.

Berdasarkan statistik perlawanan, Man City unggul dihadapan dengan 59% penguasaan bola dan 15 percubaan berbanding Chelsea dengan 41% penguasaan bola dan hanya 5 percubaan sahaja.

Cesar Azpilicueta mahu Chelsea segera bangkit dan fokus pada perlawanan seterusnya. Menurut Azpilicueta, perjalanan Liga Perdana masih panjang dengan 32 perlawanan masih menanti mereka.

“Kami terlepas peluang untuk memperoleh tiga mata penting. Sekarang, kami harus menganalisis apa yang tidak kami lakukan dengan baik dan beralih ke permainan seterusnya.

“Kami tidak kehilangan gelaran dalam liga hari ini. Sekiranya kami menang, kami juga tidak akan memenangi liga,” ujar Azpilicueta.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola