Connect with us

PREMIER LEAGUE

Andy Robertson Dijangka Terlepas Perlawanan Menentang Arsenal Kerana Kecederaan Hamstring

Published

on

Liverpool dijangka kehilangan Andy Robertson menjelang pertembungan Liga Perdana menentang Arsenal Sabtu ini selepas dia mengalami kecederaan ketika bermain untuk Scotland.

Pemain pertahanan kiri itu memulakan perlawanan penting kelayakaan Piala Dunia menentang Denmark pada Isnin lalu tetapi dipaksa keluar padang pada minit ke-79 sambil memegang bahagian belakang kakinya dan digantikan oleh Scott McKenna.

Menurut laporan The Times, Robertson dikatakan mengalami kecederaan hamstring. Bagaimanapun The Reds sedang menunggu keputusan imbasan yang diambil pada hari Selasa untuk menentukan tahap kecederaan dan berharapan ianya tidak serius.

Meskipun dinilai masih “50-50”  untuk diturunkan, namun  ia dijangka cergas sepenuhnya menjelang pertemuan menentang Southampton di Anfield pada 27 November, dengan derby Merseyside di Goodison Park menyusul beberapa hari kemudian.

Manakala Jordan Henderson dan Sadio Mane kedua-duanya dijangka dapat diturunkan bertemu Arsenal walaupun mereka sendiri mengalami kecederaan ketika bertugas di peringkat antarabangsa.

Henderson menarik diri daripada skuad England sebelum kemenangan keatas San Marino selepas over-stretching bertemu Albania.

Manakala Mane kembali awal dari tugasan antarabangsa bersama Senegal selepas mengalami kecederaan pada tulang rusuk tetapi mengambil bahagian dalam latihan bersama pasukan minggu ini.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Liverpool ‘The Most Hated Club’ Di Liga Perdana

Published

on

Awal bulan ini, pengurus Manchester City, Pep Guardiola membuat dakwaan yang mengejutkan bahawa semua orang di negara itu mengharapkan Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini.

“Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, baik media mahupun semua orang,” kata Guardiola, selepas pasukannya menang 5-0 ke atas Newcastle.

Dia kemudiannya mendapat sokongan mengejutkan dari pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.

“Saya boleh faham mengapa dia [Guardiola] mempunyai perasaan itu. Secara umumnya saya akan katakan sukar untuk benar-benar berdebat dengan hal tersebut,” kata Tuchel.

“Saya tidak mengatakan saya bersetuju 100 peratus tetapi saya dapat lihat. Terdapat simpati yang besar untuk Liverpool di negara ini.”

Namun begitu, undian yang dilakukan SPORTbible menunjukkan bahawa Liverpool adalah kelab yang paling dibenci dalam Liga Perdana berbanding Manchester United, Chelsea dan Arsenal.

Daripada 28,602 undian, 41.6 peratus pembaca mengundi Liverpool sebagai kelab paling dibenci mereka daripada empat pilihan yang ada.

United kedua adalah tertinggi dengan 35.1 peratus, diikuti Chelsea di tangga ketiga dengan 14.3 peratus.

Sementara itu, hanya sembilan peratus pembaca mengundi Arsenal sebagai kelab paling dibenci mereka.

Penyokong Liverpool tidak mungkin terlalu risau tentang kekurangan populariti mereka di antara peminat lain.

Mereka telah pun melihat pasukan mereka memenangi Piala Carabao dan Piala FA musim ini, dengan lebih banyak peluang untuk memenangi kejuaraan sebelum musim tamat.

Liverpool mungkin akan lebih dibenci dalam kalangan peminat kelab lain jika mereka memenangi Piala Eropah ketujuh mereka di Paris.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

“Sudah Tentu Kami Berminat Dengan Kylian Mbappe, Kami Tidak Buta!”

Published

on

Meskipun sibuk membuat persiapan final Liga Juara-Juara, Jurgen Klopp sempat memberi respon terkait usaha Liverpool untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Pemain antarabangsa Perancis itu mendedahkan akan menunggu sehingga Jun untuk mengumumkan destinasi seterusnya..

Beberapa laporan mendakwa beliau akan ke Real Madrid dan akan menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab tersebut.

Namun beberapa laporan memberitahu bahawa Mbappe telah memaklumkan the Reds bahawa keutamaannya ialah untuk menyertai kelab zaman kanak-kanaknya, dengan perpindahan tersebut berpotensi untuk berlaku.

Klopp mengakui bahawa dia dan pasukannya turut bersaing untuk menandatangani bintang PSG itu.

“Sudah tentu kami berminat dengan Kylian Mbappe, kami tidak buta!”

Bagaimana pun Klopp, enggan mendedahkan sama ada dia atau kelab itu mempunyai sebarang hubungan langsung dengan penyerang Mbapp, walaupun terdapat tanda-tanda interaksi antara

kedua-dua pihak selama beberapa bulan ini.

“Sebenarnya, saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan tentang [hubungan yang dilaporkan] itu antara Kylian dan Liverpool,” ujar Klopp.

Bagaimana pun Klopp sedar khabar angin itu akan dianggap oleh beberapa pihak sebagai pengesahan bahawa Liverpool memang berminat dengan Mbappe.

Madrid dilaporkan menawarkan kontrak lima tahun, dengan gaji lebih tinggi daripada hampir £50 juta setahun yang diperoleh Cristiano Ronaldo semasa di Bernabeu, dan dianggarkan sekitar £1 juta seminggu.

Klopp menjelaskan bahawa Liverpool tidak boleh terlibat dalam bidaan yang sentiasa meningkat untuk pemain itu, dengan kelab semasanya PSG sanggup menyamai mana-mana tawaran yang cuba dibuat.

“Tetapi tidak, kita tidak boleh menjadi sebahagian daripada persaingan ini. Mesti ada kelab lain yang terlibat dan itu tidak mengapa. Dia seorang pemain yang hebat.”

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Gerrard Akan ‘Terdesak’ Untuk Membantu Liverpool Memenangi Gelaran Liga Perdana

Published

on

Lagenda Liverpool, Steven Gerrard berpeluang membantu kelab lamanya memenangi gelaran Liga Perdana musim ini dengan membimbing pasukan Aston Villa menewaskan Manchester City pada perlawanan terakhir liga.

Gary Neville membuat kenyataan di Instagram bahawa Gerrard akan ‘terdesak’ untuk membantu Liverpool memenangi gelaran Liga Perdana.

Bagaimana pun, Jurgen Klopp dan anak buahnya perlu melakukan tugas mereka dengan memenangi perlawanan di St.Mary bertemu Southampton awal pagi nanti.

Neville menyatakan jika mereka menang perlawanan tersebut, dengan Villa memperolehi satu mata di Etihad dan tiga mata untuk Reds menentang Wolves sudah cukup untuk menyaksikan gelaran liga kembali menuju ke Merseyside.

“Saya akan membuat analisis perlawanan Manchester City hujung minggu depan,” kata Neville. “Mereka bermain Villa. Steven Gerrard membawa pasukan Villanya.

“Jelas sekali, dia akan terdesak untuk mengambil mata dari Manchester City, jadi Liverpool boleh memenangi liga. Jadi, perlawanan ini tentu sekali menjadi sebuah perlawanan yang sangat penting.

“Liverpool perlu memenangi perlawanan mereka minggu ini menentang Southampton. Saya tidak fikir ia mengenai perbezaan gol lagi.

“Ianya tergantung sama ada Man City kehilangan mata menentang Villa. Saya tidak rasa mereka akan kehilangan mata. Tetapi ada bahaya menanti di sana.”

Apakah kita akan melihat peristiwa Sergio Aguero sekali lagi di Etihad pada hari Ahad nanti?

 

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola