PREMIER LEAGUE
Adakah Naby Keita Sudah Nekad Tinggalkan Anfield ?

Laporan sekali lagi mendakwa bahawa Naby Keita “tidak berpuas hati dengan keadaannya” di Liverpool selepas Jurgen Klopp tidak menyenaraikannya ketika bertemu Manchester United dengan alasan kecederaan.
Jurgen Klopp on whether Naby Keita’s injury will change the club’s stance on new midfielder: “It’s difficult to answer. I’m not the right person to ask…”. 🔴⚠️ #LFC
“As a manager, I’d like to have more players who are available, naturally”, Klopp told Sky via @AnfieldWatch.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 23, 2022
Keita masih belum beraksi untuk Liverpool musim ini di tengah-tengah khabar angin bahawa beliau mungkin meninggalkan Anfield.
Laporan minggu lalu mendakwa Keita ‘tidak gembira’ di Liverpool kerana perbincangan mengenai kontrak baharu telah terhenti.
Perjanjian semasa pemain tengah itu berakhir pada musim panas depan dan The Reds akan kehilangannya secara percuma jika mereka tidak memperbaharui kontraknya.
Walau bagaimanapun Liverpool didakwa ‘tidak berniat untuk membenarkan’ pemain tengah itu meninggalkan kelab pada jendela semasa dengan bekas kelab RB Leipzig dilaporkan berminat, dan lebih suka mengambil risiko kehilangannya secara percuma dalam masa setahun.
Menurut wartawan Sky Sports, Dharmesh Sheth, rakan sejawat beliau Florian Plettenberg dari Sky Sport Jerman telah menghangatkan lagi dakwaan tentang ketidakpuasan hati Keita.
Jurgen Klopp on Keita:
“We need more assessment. He missed yesterday, today, and how much more, I don’t know.” 🔴https://t.co/nI4fqd9lzb
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 23, 2022
Dia memberitahu GIVEMESPORT: “Ia adalah situasi yang menarik kerana ini datang dari Florian Plettenberg yang sangat dipercayai daripada rakan sekerja kami di Sky di Jerman.
“Dia berkata bahawa Naby Keita tidak berpuas hati dengan keadaannya. Keita memasuki tahun terakhir kontraknya dan tidak ada tanda dia akan menyambung kontrak itu sebentar tadi.”
“Sangat menarik apa yang berlaku semalam kerana beliau langsung tiada dalam senarai untuk perlawanan di Old Trafford dan Klopp beri alasan ia disebabkan kecederaan yang dialaminya,” tambahnya.
“Beliau berkata bahawa dia baru sahaja jatuh dan mencederakan dirinya sendiri. Orang ramai mula berfikir seperti ada sesuatu tidak kena.
Klopp: “New midfielder? If the right player is not available in this moment we tend to deal with what we have. It would be cool to have new midfielder in, of course”. 🚨🔴 #LFC
“Naby Keita will not go but if he would – he won’t – there must be a replacement”. pic.twitter.com/UoqjsYI3Tj
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 21, 2022
Klopp sebelum bertemu Manchester United di old Trafford telah menegaskan bahawa Keita tidak akan pergi ke mana-mana musim panas ini.
Klopp berkata: “Menjual Naby sekarang? Dan tidak menggantikannya? Tidak, itu tidak mungkin! Sudah tentu tidak. Itu bukan rancangannya.
“Kami sudah selesai (dalam pasaran perpindahan), Kami tidak fikir seorang pemain boleh pergi dan kami tidak menggantikannya. Tiada peluang. Tidak.
“Naby tidak akan pergi, jika dia mahu – tetapi dia tidak akan melakukannya! – maka mesti ada pengganti sudah tentu, ia jelas. Dan ya, pasti, ia akan menjadi sangat sukar untuk menggantikannya.”
PREMIER LEAGUE
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.
Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.
The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.
📊 Mohamed Salah needs one goal to become the Reds’ leading scorer against Brighton. He is currently on six, level with Sir Kenny Dalglish. #lfc [lfc]pic.twitter.com/vS5ofKOhzI
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.
Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.
Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.
Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.
Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.
Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.
Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.
“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.
“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.
“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.
“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.
“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.
“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”
Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.
Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.
PREMIER LEAGUE
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.
Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.
PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.
The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.
— PSV (@PSV) December 26, 2022
Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.
Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.
Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.
Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.
“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.
PREMIER LEAGUE
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.
Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.
💬 “I see some of the stuff written about him, it’s ridiculous. He’s one of the most underrated technically.”
🏴 @BellinghamJude full of praise for @England teammate @JHenderson
🎤 @GabrielClarke05 pic.twitter.com/6qd11h2Tvd
— ITV Football (@itvfootball) December 4, 2022
Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.
Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.
“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.
“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.
Jordan Henderson for England against Senegal:
100% duels won
100% long ball accuracy
100% shot accuracy
89% pass accuracy
55 touches
8 accurate final third passes
6 ball recoveries
2 tackles
2 crosses
1 shot
1 goalBossed it. 💪#FIFAWorldCup pic.twitter.com/j92kcX0FKu
— Squawka (@Squawka) December 4, 2022
Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’
-
PREMIER LEAGUE6 months ago
Borussia Dortmund Beri Amaran Kepada Liverpool
-
PREMIER LEAGUE5 months ago
Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo
-
PREMIER LEAGUE4 months ago
Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !