Connect with us

PREMIER LEAGUE

5 Sebab Mengapa Liverpool Boleh Memenangi Treble Musim Ini

Published

on

Liverpool berjaya menewaskan Chelsea dalam perlawanan penuh dramatik untuk memenangi Piala Liga kesembilan mereka.

Liverpool kini masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA serta menjadi pencabar utama Manchester City untuk gelaran Liga Perdana Inggeris.

Di bawah kendalian Jurgen Klopp, Liverpool berjaya memenangi dua gelaran berprestij iaitu Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Perdana.

Bagaimana pun Klopp menerima kritikan kerana dikatakan tidak serius dalam saingan domestik terutamannya Piala Liga dan Piala FA.

Namun untuk musim kali ini sedikit berbeza seperti yang dibuktikan dengan kejayaan Piala Carabao. Dengan peningkatan squad depth telah membolehkan mereka bersaing di semua pertandingan musim ini.

The Reds hanya tewas dua perlawanan dalam semua pertandingan dan meletakkan mereka di landasan terbaik untuk untuk memenangi pelbagai trofi musim ini.

Mari kita lihat lima sebab yang menarik mengapa Liverpool dapat memenangi treble musim ini.

1.Pesaing Tunggal Manchester City Dengan Perbezaan Gol Yang lebih Baik

Di awal kempen liga, persaingan dilihat seolah-olah hanya berkisar di antara pasukan Chelsea, Liverpool dan Manchester City sahaja.

Namun dengan perlawanan hanya berbaki 12 perlawanan sahaja lagi, Liverpool dan Man City kini bersaing rapat dan merupakan pasukan ‘Favourite’ untuk menjuarai liga musim ini.

Ketiadaan penjaring utama mereka Mo Salah dan Sadio Mane pada Januari lalu untuk mewakili Negara masing-masing ke Piala Negara-Negara Afrika hampir memusnahkan harapan mereka.

Bagaimanapun, pemain seperti Diogo Jota dan Fabinho mengambil tanggungjawab menjaringkan gol untuk pasukan. Mereka berjaya membantu merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Man City.

The Reds kini enam mata di belakang Cityzens dan memiliki satu perlawanan dalam tangan. Dengan pertembungan di Manchester kira-kira sebulan lagi, ia sudah cukup untuk melakukan persiapan rapi buat the Reds.

Jika Liverpool menang di Etihad pada bulan April nanti, dan kedua-dua pasukan mempunyai rekod yang sama dalam baki perlawanan mereka, ia boleh ditentukan dengan perbezaan gol.

Jika ia berlaku the Reds miliki kelebihan dengan GD 50 berbanding City hanya 47.

2.Miliki Mesin Pencetak Gol

Liverpool sentiasa mempunyai kelebihan berbanding pesaing mereka dalam soal penyerang yang prolifik.

Trio serangan the Reds kini mendominasi tiga tempat teratas dalam senarai Top Scorers liga.

Mohamed Salah memimpin perlumbaan bagi gelaran Kasut Emas dengan 19 gol, diikuti Diogo Jota dengan 12 gol dan Sadio Mane, 11 gol.

Liverpool kini memiliki 70 gol dari 26 perlawanan dengan purata 2.69 gol setiap perlawanan.

Disamping itu dengan kembalinya Roberto Firmino di bangku simpanan dan kehadiran Luis Diaz, skuad kendalian Klopp kini memiliki pilihan serangan yang ramai.

Tujuh belas pemain berbeza telah menjaringkan gol untuk the Reds dalam Liga Perdana musim ini, membuktikan bahawa mereka juga tidak terlalu bergantung kepada penyerang mereka untuk menghasilkan gol.

3.Alexander-Arnold dan Robertson kembali ke tahap terbaik mereka

Pertahanan Liverpool berdepan pelbagai isu musim lalu. Tiga daripada bek tengah utama mereka, Virgil van Dijk, Joel Matip dan Joe Gomez mengalami kecederaan hampir sebahagian besar kempen musim lalu.

Ini bukan sahaja menjejaskan pertahanan, malah ia juga menyekat kreativiti bek sayap mereka.

Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson tidak dapat melakukan serangan dengan lebih kerap kerana mereka perlu melindungi bek tengah yang tidak berpengalaman.

Kedua-duanya merupakan antara pemain bek terbaik di dunia dan mencipta banyak peluang dan bantuan dalam skuad Liverpool sepanjang empat musim lalu. Bagaimanapun, mereka hanya mencatatkan tujuh assist setiap seorang dalam kempen sebelum ini.

Kini dengan kurang isu kecederaan yang melibatkan barisan pertahanan, kedua-dua pemain bek Liverpool itu telah kembali ke prestasi terbaik mereka.

Alexander-Arnold dan Mo Salah berkongsi kedudukan sebagai penyumbang assist terbanyak di Liga Perdana dengan 10 assist, dikuti Robertson dengan 9 assist.

4.Kurangnya Isu Kecederaan

Krisis kecederaan yang di alami semasa kempen 2020-21 memberi kesan yang teruk kepada prestasi pasuakan.

Kekurangan bek tengah yang berkualiti memberi kesan domino kepada pasukan, dengan pemain seperti Fabinho dan Jordan Henderson terpaksa mengambil alih peranan pertahanan tengah.

Selain menjejaskan pertahanan, ini juga bermakna penciptaan peluang dan penguasaan bola semakin teruk.

Kempen kali ini Liverpool tidak mengalami isu kecederaan yang teruk seperti musim lalu. Hanya melibatkan Harvey Elliot, Roberto Firmino dan Thiago Alcantara, dengan Elliot sudah kembali cergas sepenuhnya.

Bagaimanapun, pasukan the Reds cukup lengkap untuk bermain di peringkat tinggi tanpa khidmat pemain tersebut. Merseyside Reds mengharungi Januari yang hampir sempurna tanpa Mane, Salah dan Keita.

Ini menunjukkan bagaimana kekuatan mereka secara mendalam telah berkembang sejak 12 bulan yang lalu.

5.Kembalinya Virgil van Dijk

Virgil van Dijk dianggap antara pemain bek tengah terbaik di dunia. Kehilangannya akibat kecederaan ketika menentang Everton amat dirasai. Liverpool terpaksa beraksi hampir keseluruhan musim 2020-21 tanpa van Dijk.

Ketiadaan van Dijk telah menyebabkan pertahanan Liverpool rapuh apabila mencatatkan 42 bolos berbanding musim sebelum hanya 33 iaitu ketika mereka bergelar juara liga untuk musim 2019-20.

Virgil van Dijk kini kembali menjadi tonggak utama pertahanan Liverpool bersama gandingannya samada Joel Matip atau Ibrahima Konate. Kehadirannya semula sangat penting untuk kejayaan mereka musim ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Mo Salah Harungi Situasi ‘Luar Biasa’ Empat Perlawanan Tanpa Gol !

Published

on

Pertahanan Liverpool era 80an Mark Lawrenson merasakan Mohamed Salah kini berada dalam situasi ‘luar biasa’ dan ia membuatkan bintang Liverpool itu tidak berpuas hati.

Liverpool kini berada dalam prestasi buruk dalam Liga Perdana selepas berada di tangga kesembilan liga.

The Reds telah tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka dan hanya menang lapan kali dalam 19 perlawanan.

Mereka hanya menjaringkan 34 gol berbanding 50 gol pada peringkat ini pada musim lalu.

Salah telah menjaringkan 15 daripada 50 gol Liverpool menerusi 19 perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2021/22.

Dia juga telah melakukan 10 assist dan 23 gol dalam 35 perlawanan. Klopp memulakan bintang £350k seminggu itu sebanyak 30 kali dan lima kali sebagai pemain gantian.

Namun penyerang itu bergelut untuk memberikan hasil yang konsisten pada musim ini manakala skuad Klopp pada keseluruhannya gagal memberikan keputusan yang baik.

Salah kini telah mengharungi empat perlawanan tanpa menjaringkan satu gol atau sebarang bantuan. Dia juga hanya menjaringkan satu gol menerusi lapan perlawanan antara 27 Ogos dan 22 Oktober.

Lawrenson merasakan kekurangan Salah dalam Liga Perdana adalah disebabkan penyerang itu berada dalam situasi ‘luar biasa’.

Meskipun Salah pemain tetap dalam skuad Klopp, tetapi pengurus Jerman itu terpaksa menggilirkan orang di sekelilingnya ketika pasukan Merseyside itu menghadapi pelbagai isu kecederaan.

“Ia adalah luar biasa untuknya,” kata Lawrenson kepada talkSPORT.

“Saya fikir salah satu masalah ialah dia bermain dengan penyerang berbeza setiap minggu dan dalam formasi berbeza.

“Apa yang penting mengenainya ialah dia perlu gembira bermain dan anda boleh melihat di wajahnya.

“Dia terasa seperti: ‘Apa yang berlaku sebenarnya di sini?’ Akibatnya, dengan mereka tidak bermain dengan baik, dia tidak mempunyai terlalu banyak bantuan. Anda tidak tiba-tiba menjadi pemain yang tidak baik.

“Orang ramai berpendapat ia adalah kerana dia telah menandatangani kontrak baharu dan perkara seumpama itu.

“Ia tiada kaitan dengan itu. Cuma dia tidak bermain dengan baik dan akibatnya dia tidak mempunyai terlalu banyak peluang.”

Klopp terpaksa menggunakan Darwin Nunez, Firmino, Salah dan Cody Gakpo sebagai penyerang untuk perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pengurus Jerman itu terpaksa berdepan kehilangan pemain penyerangnya seperti Diogo Jota dan Firmino kerana masalah betis dan Luis Diaz akibat kecederaan lutut.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Tewaskan Man United Dapatkan Cody Gakpo

Published

on

Liverpool telah menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Cody Gakpo dan PSV Eindhoven mengesahkan perjanjian telah pun dibuat.

Erik ten Hag menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai sasaran No.1 pada jendela perpindahan Januari nanti setelah hampir menandatangani penyerang serba boleh itu pada musim panas.

Dengan Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Old Trafford, manakala Jadon Sancho dilihat masih belum bersedia untuk kembali ke skuad utama, Ten Hag kini terdesak untuk menambah kekuatan serangan mereka yang kini bergantung pada rekod kecergasan Anthony Martial.

Kecederaan lutut yang dialami Luis Diaz telah menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan dan proses pemulihannya dilihat agak perlahan.

Keadaan tersebut telah menyebabkan the Reds kekurangan pilihan dibahagian serangan dan memaksa Jurgen Klopp menanganinya dengan drastik.

Liverpool dilaporkan akan membayar £37 juta dengan tambahan yang boleh meningkat meningkat sehingga kepada £50 juta.
Gakpo turut dilaporkan akan terbang ke England dalam masa 48 jam akan datang untuk melengkapkan formaliti perpindahannya.

“PSV dan Liverpool telah mencapai persetujuan mengenai cadangan perpindahan Cody Gakpo…Penyerang berusia 23 tahun itu akan berlepas ke England dalam masa terdekat di mana dia akan tertakluk kepada formaliti yang diperlukan sebelum selesai perpindahan,” Menurut kenyataan di laman web rasmi kelab Eredivisie itu.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jude Bellingham Label Kritikan Terhadap Henderson Sebagai ‘Sampah’

Published

on

Jude Bellingham melabelkan kritikan terhadap rakan sepasukan England dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson sebagai ‘sampah’ dan ‘tidak masuk akal’.

Bellingham, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas akan datang, mempamerkan aksi cemerlang awal pagi tadi apabila Three Lions menewaskan Senegal 3-0 untuk menempah tiket ke suku akhir bertemu Perancis.

Bintang Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu mencipta gol pembuka Henderson untuk menjadi remaja pertama England yang melakukan assist dalam perlawanan kalah mati di kejohanan Piala Dunia.

Gol itu juga menyaksikan Henderson, 32, menjadi penjaring kedua tertua England di Piala Dunia selepas Tom Finney menentang USSR pada 1958.

“Persembahan cemerlang hari ini,” ujar Bellingham mengenai Henderson. “Saya telah melihat beberapa ditulisan ‘sampah’ tentang permainannya dan ia tidak masuk akal.

“Dia sangat dipandang rendah, secara teknikal. Dan dia sekali lagi memberi impak perlawanan besar dengan jaringan hebat. Jadi saya rasa sudah tiba masanya dia mendapat sedikit penghormatan.

Ditanya secara lebih umum tentang kemenangan 3-0 England ke atas Senegal, Bellingham menambah: “35 minit pertama adalah sukar – mereka padat dan sukar untuk diharungi, dengan tenaga yang sangat tinggi.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola