Connect with us

PREMIER LEAGUE

Klopp ‘Sedar’ Peluang Yang Dimiliki Liverpool Musim Ini

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa pada masa ini hampir mustahil untuk the Reds berada di kedudukan empat pasukan teratas liga dan mendapat tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Diakui prestasi Liverpool musim ini sangat berbeza berbanding musim lalu dan kelihatan tidak konsisten.

Liverpool tersingkir dari empat pasukan teratas Liga Perdana dan kini berada di tangga keenam liga dibelakang West Ham.

Klopp ketika ditanya mengenai peluang Liverpool, mengakui peluang Liverpool untuk menduduki tangga empat teratas Liga Perdana sangat tipis. Kerana ada pasukan lain seperti Chelsea dan Tottenham yang juga bersaing untuk memasuki zon.

“Saya suka menjadi optimis, tetapi di liga hampir mustahil untuk layak ke pertandingan untuk tempat yang kami miliki,” katanya kepada Sport Bild.

“Di Tottenham, Gareth Bale sekarang bermain lagi, dan mereka juga bersaing. Ditambah City dan Manchester United, yang berada sangat jauh,” katanya.

“Chelsea sedang meningkat. Mencapai kelayakan Liga Juara-Juara melalui liga akan menjadi sukar, kami tahu itu.

Anda biasanya tidak memenangi Liga Juara-Juara sendiri dalam satu tahun dengan masalah kecederaan sebesar yang kami miliki,” kata Klopp.

Klopp juga turut menyedari bahawa jika Liverpool gagal lolos ke Liga Juara-Juara, hasil pendapatan kelab akan jauh lebih rendah daripada sebelumnya.

“Ini bermaksud kerugian kewangan yang besar. Jika tidak, tidak sebanyak itu. Saya sedar: di hampir setiap kelab bola sepak di dunia, saya akan ditanya dalam keadaan seperti kami saat ini.

“Ini adalah perkara biasa, realiti, perniagaan. Saya akan menerimanya tidak lama lagi, tetapi ia berbeza di Liverpool,” jelasnya.

“Pemilik kami, pengarah sukan, bahkan pemain: tidak ada yang meragui sesiapa pun di sini. Kami telah menerima situasi ini untuk diri kami sendiri dan berusaha keras untuk melaluinya,” ujar Klopp lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Zidane: Kami Bermain Untuk Menang, Bukan Mengejar Seri Atau Elak Kekalahan

Published

on

Zinedine Zidane mengakui tahu dengan pasti corak perlawanan yang bakal dihadapi pasukannya di Anfield, awal pagi esok.

Zidane turut mengakui ia akan menjadi perlawanan sukar, namun menyedari Madrid hanya perlu mengelak daripada menelan kekalahan.

Bagaimanapun, Zidane menegaskan bahawa pasukannya tidak akan bermain dengan idea seperti itu.

Zidane mengakui Liverpool akan memasuki perlawanan dengan semangat juang yang tinggi untuk menewaskan Madrid.

Semangat seperti ini boleh membahayakan, tetapi Zidane yakin pasukannya sudah bersedia menghadapinya.

“Kami tahu perlawanan macam apa yang bakal kami hadapi. Saya yakin ia akan menjadi sukar dan untuk itu kami hanya perlu melakukan apa yang biasa kami lakukan,” ujar Zidane.

“Kami akan berusaha untuk bersaing, bertahan dengan baik dan menyerang mereka. Kami sudah bersedia untuk perlawanan kedua ini.”

Zidane menegaskan bahawa pasukannya hanya akan bermain untuk menang. Madrid tidak akan mengejar seri atau hanya mengelakkan kekalahan.

“Kami tidak akan menahan diri. Ketika Real Madrid memasuki padang, kami melakukannya untuk menang,” tegas Zidane.

“Selepas berusaha keras dalam dua perlawanan terakhir, iaitu pada perlawanan pertama dan perlawanan menentang Barcelona, esok akan sama.”

Namun Zidane sedar Madrid telah kehilanggan beberapa pemainnya akibat kecederaan dan ianya bakal menyukarkan mereka.

“Ini akan menjadi perlawanan yang sangat sukar dan kami berpeluang mara ke separuh akhir. Kami harus memberikan segalanya,” sambung Zidane.

“Ada banyak pemain yang cedera, tetapi kami harus terus mara ke hadapan.”

 

 

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liga Juara-Juara: Peluang Liverpool Untuk Kembali Bangkit, Ini Komentar Klopp

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan pasukannya mempunyai ramuan untuk kembali bangkit dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara pada 07 April lalu.

Minggu lepas, Liverpool berjaya meraih kemenangan semula di gelanggang keramat mereka, Anfield menentang Aston Villa. Kemenangan 2-1 itu menyaksikan the Reds menamatkan kemarau tiga mata penuh dalam enam perlawanan di halaman sendiri.

“Apa pun yang boleh kami lakukan, kami akan ambil. Itu jelas,” ujar Klopp.

“Kami memerlukan penampilan yang sempurna jika kami ingin mengambil peluang.”

Liverpool memiliki sejarah comeback yang agak baik di pentas Eropah. Penampilan paling luar biasa tentunya sejarah comeback di separuh akhir Liga Juara-Juara 2018/2019.

Ketika itu Liverpool ketinggalan 0-3 secara agregat kepada Barcelona yang kemudiannya bangkit dengan luar biasa di Anfield untuk menang 4-0.

Namun, keadaan sekarang cukup berbeza, Liverpool kini mengalami pelbagai tekanan dan masalah dalam pasukan, termasuk krisis kecederaan pemain tonggaknya pada awal musim.

Selain itu, magis di Anfield juga dilihat semakin pudar kerana ketiadaan penyokong di stadium.

“Saya benar-benar berfikir cara kami bermain dan cara Real Madrid bermain di sana, itu tidak menjanjikan tetapi yang baik adalah kami dapat bermain lebih baik, ini akan mengubah permainan,” kata Klopp.


Aksi kedua suku akhir bakal berlangsung pada Khamis ini dan Klopp menegaskan bahawa Real Madrid tidak akan bermain dengan tenang di Anfield nanti.

“Real Madrid tidak datang ke sini dan menganggap mereka layak. Ia akan menjadi sukar, tetapi kami akan mencuba, saya boleh berjanji dan itu sahaja yang dapat kami katakan,”ujar Klopp lagi.

Selain itu, Jurgen Klopp juga menekankan bahawa Liverpool berada dalam trend positif untuk memperoleh empat kedudukan teratas liga. Ketika ini, Liverpool berada di tangga keenam liga dengan mengumpul 52 mata.

“Pada akhirnya, jika kami akan berakhir di tempat Liga Juara-Juara, itu akan sangat bagus,” ujar Klopp.

“Kami tidak mengubah permainan dalam beberapa minggu terakhir di Anfield, itulah sebabnya mengapa kami kehilangan enam perlawanan berturut-turut. Mudah-mudahan kami mengubahnya,” sambung pengurus Jerman itu.

“Tetapi kami menghadapi lawan yang sukar, Real Madrid. Kemudian di liga, kami bertemu Leeds dan saya fikir semua orang yang melihat mereka bertarung melawan Man City tahu bahawa mereka bukan seperti sedang berjalan-jalan di taman”

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Mo Salah: ‘Oh Tidak, Tidak Lagi.’

Published

on

Perlahan tetapi pasti, Liverpool berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

The Reds mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut termasuk menang 2-1 bertemu Aston Villa semalam.

Liverpool ketinggalan pada separuh masa pertama, berjaya bangkit menerusi menerusi gol jaringan Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold.

Kemenangan tipis 2-1 ini terasa istimewa kerana mereka mampu maraih kemenangan kembali di gelanggang keramat mereka.

Mo Salah turut mengakui berasa lega kerana mampu meraih kemenangan semula di Anfield.

Sebelum berjaya bangkit, Mo Salah agak pesimis dan percaya bahawa Anfield tidak berpihak kepada pemiliknya.

“Akhirnya! Itu adalah permainan yang hebat, sukar, tetapi kami menang dan itu adalah perkara yang paling penting,” kata penyerang Mesir itu kepada Sky Sports selepas perlawanan.

“Kami telah menelan beberapa kekalahan di sini dan secara mental, seperti, ‘oh tidak, tidak lagi.’ Tetapi kami berjaya dengan bermain baik pada babak kedua.”

“Sukar untuk tidak menang di Anfield dalam beberapa perlawanan, kami juga kehilangan beberapa peluang pada babak pertama dan berfikir ‘tidak lagi’, tetapi pada babak kedua kami berjaya,” tambah Mo Salah lagi.

Tiga mata hasil perlawanan menentang Aston Villa sangat bermakna buat The Reds.The Reds berjaya memperbaiki kedudukan mereka dan melonjak ke tangga kelima liga dan berharap agar Leicester berjaya mengalahkan West Ham.

Semenjak the Reds mengalami penurunan prestasi yang agak ketara musim ini, sasaran realistik mereka terpaksa berubah.

Liverpool kini mensasarkan untuk menduduki empat teratas liga bagi melayakkan mereka bermain di Liga Juara-Juara musim depan. Baki tujuh perlawanan yang tersisa mesti diusahakan sebaik mungkin.

“Sangat penting untuk menang. Saya rasa hanya ada tujuh perlawanan lagi, ya? Jadi ini sangat penting,” tambah Mo Salah lagi.

“Kami ingin bermain di Liga Juara-Juara tahun depan, tetapi kami hanya perlu fokus pada setiap perlawanan dan berusaha memenangkan semuanya. Harapannya, kami dapat berada di empat teratas,” jelas Mo Salah.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola