Connect with us

PREMIER LEAGUE

Harry Maguire Sindir Jurgen Klopp

Published

on

Harry Maguire berkeras bahawa dia seharusnya diberi sepakan penalti ketika Manchester United bertemu West Bromwich Albion di The Hawthorns malam tadi.

Menurut Maguire kekasaran yang dilakukan terhadapnya seharusnya diberikan penalti namun dinafikan VAR kerana dia dikatakan berada dalam kedudukan offsaid ketika diasak.

Beliau turut menyatakan bahawa WBA tidak sewajarnya diberikan gol pendahuluan kerana berlaku kekasaran ke atas Victor Lindelof sebelum itu.

Bercakap kepada MUTV pasca-perlawanan, bek tengah United itu menyerang pasukan lain yang telah bercakap mengenai rekod United dengan penalti dan VAR musim ini, dengan alasan ia telah mempengaruhi pengadil untuk memberikan keputusan terhadap mereka.

“Sejak ada seseorang dari kelab lain bercakap mengenai kami, kami tidak mendapat apa-apa dari pengadil atau VAR.”

“Pada masa ini kami bermain tanpa mereka jadi kami harus memastikan kami tidak meninggalkan permainan di tangan pengadil atau VAR,” ujar Maguire.

“Saya sangat yakin ketika itu kami akan diberikan sepakan penalti namun ketika ini semua keputusan tidak memihak kepada kami”.

“Namun kami tidak memerlukan VAR untuk memenangi perlawanan, kami harus melakukan usaha yang lebih untuk memenangi perlawanan”.

Jurgen Klopp sebelum ini pernah memperkatakan mengenai rekod penalti United dengan membandingkan jumlah penalti yang diterima Liverpool dan juga kelab tersebut.

“Saya terdengar Man United mendapat lebih sepakan penalti selama dua tahun berbanding 5 tahun setengah saya di sini,” ujar Klopp beberapa bulan yang lalu.

Dan sudah tentu kenyataan Maguire itu satu sindiran terhadap Klopp dan menganggap “komen” mengenai mutu pengadilan itu menjadi punca Man United dinafikan sepakan penalti dalam perlawanan malam tadi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Published

on

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.

Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar £20 juta.

Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.

Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.

Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.

Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.

“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.

“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”

Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.

“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.

Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Published

on

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.

Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.

Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.

“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.

Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.

Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.

Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.

“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.

“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.

Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.

Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.

Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.

Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.

“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.

Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.

Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.

“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.

Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.

Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola