PREMIER LEAGUE
Klopp Dilabel Ego Kerana Melambat-lambatkan Pembelian Pemain Baharu

Wartawan Britain, Adrian Durhamdi dilaporkan telah mengkritik Jurgen Klopp sebagai ego kerana hanya membeli bek tengah pada tarikh akhir jendela perpindahan.
Liverpool mempunyai banyak masalah di bahagian pertahanan sejak awal musim. Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa direhatkan untuk tempoh yang lama akibat keceederaan. Kemudian, Joel Matip juga berulang kali mengalami kecederaan.
Jurgen Klopp tidak lagi mempunyai Dejan Lovren kerana telah dijual. Sebagai jalan penyelesaian, dia mencuba beberapa pemain muda. Selain itu, Fabinho dan Jordan Henderson juga bermain sebagai bek tengah.
Jurgen Klopp on the importance of getting Jordan Henderson back into midfield.
And whether he’d start Ben Davies AND Ozan Kabak tomorrow… pic.twitter.com/opzMXYnsjU
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 6, 2021
Kehilangan Van Dijk dan Gomez seharusnya sudah memberi Liverpool alasan yang cukup untuk membeli bek tengah yang baharu.
Namun, Klopp menegaskan sejak awal bahawa mereka tidak memerlukan bek tengah pada jendela perpindahan Januari 2021.
Klopp hanya meminta bek tengah baharu ketika Joel Matip mengalami kecederaan serius dan Liverpool hanya tinggal tiga hari di pasaran perpindahan. The Reds akhirnya membeli Ozan Kabak dan Ben Davies.
“Kadang-kadang [Klopp] terlalu sombong. Jadi saya rasa mereka sombong kerana tidak membeli bek tengah lebih awal. Klopp bangga membeli bek tengah yang kerap bermain tetapi tidak diberi peluang untuk bermain,” kata Durham.
Liverpool kini mempunyai banyak stok di bahagian tengah. Durham mahu Klopp berhenti meletakkan Jordan Henderson sebagai bek tengah.
Menurutnya, Klopp memerlukan Henderson untuk menjadi tonggak di bahagian tengah.
“Klopp sombong kerana dia fikir ‘Saya akan meninggalkan mereka [Kabak dan Davies] di bangku simpanan kerana saya mempunyai Henderson yang dapat bermain sebagai bek tengah,” kata Durham.
“Tidak, kembalikan Henderson ke posisinya di bahagian tengah, anda memerlukan pemain tonggak di sana.
“Tulang belakang pasukan telah hilang sejak Virgil van Dijk dan Fabinho diketepikan. Kemudian Henderson keluar dari bahagian tengah,” kata Durham.
Sumber: bola.net
PREMIER LEAGUE
Fisio the Reds Balas Kritikan di Media Sosial Selepas Dikaitkan Dengan Kecederaan Pemain

Fisioterapis pasukan pertama, Chris Morgan telah membalas kritikan di media sosial yang menyalahkannya kerana beberapa siri kecederaan yang melibatkan pemain utama kelab.
Krisis kecederaan yang dialami the Reds musim ini benar-benar memberi impak yang besar kepada prestasi mereka.
Tonggak bek tengah the Reds,Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa diketepikan untuk jangka masa yang lama akibat kecederaan yang dialami tahun lepas.
Liverpool first-team physio Chris Morgan on injury problems this season: “It’s complex and multi-factorial. “The injuries we can’t prevent [and we’ve had lots] then impact the ability to try to prevent others.” #awlfc [mirror] pic.twitter.com/1xiqIm6fh0
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 23, 2021
Sementara itu Joel Matip, Diogo Jota, Naby Keita antara pemain yang masih menjalani proses pemulihan.
Manakala kapten the Reds, Jordan Henderson masih menanti hasil imbasan mengenai masalah pangkal paha yang mungkin akan mengetepikannya selama berminggu-minggu, sementara Fabinho, James Milner dan Caoimhin Kelleher tidak dapat diturunkan ketika the Reds tewas ke atas Everton di Anfield Ahad lalu kerana kecederaan.
Beberapa penyokong Liverpool di media sosial telah memaparkan senarai kecederaan pemain dan mengaitkannya dengan perlantikan semula Morgan sebagai fisioterapi.
Morgan sebelumnya pernah berkhidmat di Anfield telah kembali semula pada musim panas lalu setelah berkelana ke Crystal Palace dan Arsenal selama empat tahun.
Morgan telah menggunakan akaun Twitter untuk menafikan dakwaan yang mengaitkan isu kecederaan pemain dengan kedatangannya semula ke Anfield.
“Jangan bersangka buruk. Jangan tweet karut. Jangan keliru berhubung dengan penyebabnya,” tweet Morgan.
Morgan turut menegaskan bahawa isu kecergasaan pemain bukan terletak pada seorang pegawai perubataan sahaja tetapi melibatkan pasukan perubatan dengan pegawai yang ramai.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu kecederaan adalah sesuatu isu yang kompleks dengan pelbagai penyebab.
“Ia kompleks dan pelbagai faktor…..Kami masih harus meletakkan 11 pemain di padang setiap 3-4 hari sekali.”
sumber: liverpoolecho
PREMIER LEAGUE
Liverpool Perlukan “Idea Baharu” Bukan Melakukan Perkara Yang Sama Dan Mengharapkan Hasil Yang Berbeza

Keadaan Liverpool menjadi semakin membimbangkan dalam beberapa minggu terakhir ini. The Reds terus menelan kekalahan dalam saingan Liga Perdana dan tersingkir dari kedudukan empat pasukan teratas liga.
Mantan pemain Man United, Gary Neville mengakui masalah yang membelenggu the Reds musim ini, namum beliau berpendapat keadaan yang berlaku sekarang semakin tidak terkawal.
Gary Neville urges Jurgen Klopp to make change after #LFC‘s ‘zombie’ performance https://t.co/ICyaboOwPq
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 22, 2021
Malah menurut Neville, Liverpool kini bermain seperti zombi di atas padang, melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan kurang bertenaga.
Musim ini juga bakal menjadi musim ‘menyedihkan’ buat the Reds jika Klopp gagal menghidupkan mereka dengan ‘idea baru’ dan menyelamatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Keadaan ini mulai membimbangkan kerana kami tahu mereka mengalami masalah kecederaan, kami tahu mereka tidak mendapat sokongan peminat di stadium,” kata Neville kepada Sky Sports.
“Kami tahu ada masalah COVID dan terlalu banyak perlawanan, tetapi ini berlaku untuk semua pasukan.”
“Kurang perubahan, idea yang berbeza membuat mereka hampir seperti zombi di padang. Hanya berjalan berpusing dan memikirkan perkara yang sama,” tambahnya.
Neville turut menyatakan Klopp harus melakukan sesuatu yang berbeza untuk Liverpool. The Reds tidak dapat terus melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.
“Mungkin Liverpool memerlukan sesuatu yang berbeza dari Klopp? Dia sukar ditandingi dan masih melatih Liverpool, tetapi mungkin dia sekarang berfikir: ‘perlukah saya melakukan sesuatu yang berbeza?’,” Sambung Neville.
“Tetapi menurut saya mereka memerlukan idea baru untuk memberi mereka percikan atau ini mungkin musim yang sangat menyedihkan bagi mereka jika mereka tidak layak ke Liga Juara-Juara, walaupun saya masih berpendapat mereka akan melakukannya.
“Ini lebih membimbangkan daripada dua atau tiga minggu yang lalu jika anda penyokong Liverpool.”
PREMIER LEAGUE
Klopp: Jangan ‘Kambing Hitamkan’ Thiago Kerana Penampilan Buruk Liverpool

Jurgen Klopp mengatakan Thiago Alcantara telah di ‘kambing hitamkan’ untuk penampilan buruk Liverpool kebelakangan ini dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas.
Thiago hanya melakukan beberapa penampilan diawal kemunculan di Anfield akibat isu kecederaan dan jangkitan Covid-19.
Thiago joined Liverpool back in September 2020…
It’s now coming to the end of February in 2021 and he STILL hasn’t won a match at Anfield. 😳😳😳 pic.twitter.com/cFsKOyNPJy
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 21, 2021
Malangnya semenjak menjadi pilihan utama untuk mengemudi bahagian tengah musim ini, Liverpool mengalami kemerosotan dramatik.
“Dia datang lewat, itu biasa dalam perpindahan, kemudian dia mendapat Covid, cedera, dan masih harus menyesuaikan diri dengan pasukan,” kata Klopp.
“Kami harus membina semula pasukan hampir setiap tiga hari kerana mengubah barisan terakhir dan mengubah banyak perkara, jadi itu sangat tidak beruntung bagi Thiago.
“Tetapi dia telah bermain beberapa permainan yang luar biasa dan mengalami saat yang luar biasa di padang, dan dia sangat dihormati dalam skuad.
“Ini hanya persepsi awam. “Oh, Thiago sudah masuk dan kami tidak menunjukkan prestasi yang baik lagi.”
“Perkara semacam ini hanya b*******, izinkan saya mengatakannya seperti itu! Mereka tidak betul. ”
“Semua orang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
“Bayern bermain dengan gaya yang berbeza, di liga yang berbeda, dan jauh lebih dominan di Bundesliga daripada pasukan mana pun di Liga Perdana.
“Jadi, itu semua berbeza. Tetapi syukur, kita semua cukup pintar untuk menilai keadaan dengan betul di sini.
“Thiago boleh bermain bola sepak dengan lebih baik, tentu saja, tapi kami semua boleh bermain bola sepak dengan lebih baik. Tidak diragukan lagi,” jelas Klopp.
sumber: football365.com
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe