PREMIER LEAGUE
Aura “The Special One” Kian Sirna

Jose Mourinho adalah antara pengurus yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak moden sehingga dikenali dengan gelaran ‘The Special One’.
Pengalamannya mengendalikan begitu banyak kelab-kelab besar Eropah dengan pelbagai kejayaan dan gelaran berprestij membuatkan sosok Mourinho sangat dihormati.
Namun, semenjak mengendalikan Tottenham Hotspurs aura ‘The Special One’ seakan-akan sirna dan tengelam bersama reputasinya.
Buat pertama kalinya dalam kariernya, Mourinho terpaksa menelan dua kekalahan berturut-turut di halaman sendiri.
Bukan itu sahaja Spurs bukan lagi dianggap pencabar utama gelaran liga bahkan untuk berada dalam posisi the big four kian sukar.
Terdapat beberapa aspek penting yang membuat pengurus asal Portugal itu seperti kehilangan sentuhan ajaibnya.
26% – José Mourinho has kept a clean sheet in just 26% of his matches in charge of Tottenham Hotspur; the only club he has a lower clean sheet percentage with is União de Leiria (25%), who he managed between 2001-2002. Slump. pic.twitter.com/hGDl9eKMWm
— OptaJoe (@OptaJoe) February 5, 2021
Taktikal Yang Sama
Jose Mourinho terkenal dengan bola sepaknya yang pragmatik, gemar menggunakan taktik bola sepak bertahan dan terkenal dengan istilah “Park the Bus”.
Pendekatan taktikal Mourinho ini mendapat kritikan pedas ketika mengendalikan Manchester United dahulu.
United sebelumnya dikenali sebagai pasukan yang bermain secara ofensif, telah berubah kepada defensive football dibawah kendalian Mourinho.
Tindakan Mourinho itu dianggap telah menghilangkan identiti kelab yang telah berlangsung selama beberapa dekad.
Beliau kemudian ditendang dari United kerana dianggap gagal memberikan prestasi maksimum.
Malang Mourinho sepertinya tidak belajar dari kegagalannya di The Red Devils. Di Tottenham taktikal yang sama masih digunakan.
Tottenham bermain dengan sangat defensive, bukan hanya ketika menentang pasukan besar tetapi juga ketika bertemu pasukan bawahan.
Taktikal Mourinho mudah untuk dibaca, gemar membiarkan lawan menguasai perlawanan dan menunggu peluang untuk counter-attacks . Kekalahan terakhir mereka juga menampakkan kurang kreativiti Mourinho.
Gagal Memanfaatkan Kemampuan Terbaik Pemainnya
Jose Mourinho terkenal sebagai jurulatih terlalu cepat menilai potensi pemain dengan mudah.
Lihat bagaimana dia mensia-siakan bakat Luke Shaw di Manchester United hanya berdasarkan penampilan buruknya ketika Manchester United tewas keatas Manchester City.
Keadaan yang sama turut berlaku di Spurs, pemain muda berbakat tersingkir dari pasukan utama kerana Jose Mourinho tidak sabar.
Dele Alli misalnya, hanya kerana tampil buruk dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini menentang Everton, dia kemudian jarang diturunkan.
Tiada Pembaharuan
Berbeza dengan Jurgen Klopp atau Pep Guardiola yang lebih gemar eksperimen, menukar komposisi pasukan dengan pemain yang berbeza untuk mendapatkan hasil terbaik.
Manakala Mourinho lebih gemar memainkan pemain yang sama. Trio Son Heung-min, Harry Kane, dan Steven Bergwijn terus dipaksa bermain walaupun kadang-kadang mereka tidak berada dalam keadaan terbaik.
Meskipun Tottenham mempunyai pilihan lain seperti Carlos Vinicius atau Gareth Bale yang layak mendapat peluang bermain di barisan serangan.
Di tengah juga serupa, Trio Tanguy Ndombele, Moussa Sissoko, Pierre-Emile Hojbjerg menjadi sauh untuk barisan kedua yang hampir tidak tersentuh.
Keadaan tersebut menjadikan Tottenham kelihatan sama dan kurang kreativiti setiap kali perlawanan.
Namun ianya mungkin berbeza sekiranya Mourinho berani melakukan perubahan dengan melakukan pertukaran pemain dan memaksimumkan pemain yang ada.
Kritik Pemain Secara Terbuka
Mourinho gemar untuk mengkritik pemainnya secara terbuka di media. Ini dilakukannya sejak mengendalikan Chelsea, Real Madrid, Inter Milan dan Manchester United lagi.
Mourinho berpendapat bahawa kaedah ini berkesan dalam mendorong memotivasikan pemainnya.
Diakui beberapa pemain yang prestasinya meningkat dengan cara ini, tetapi banyak juga yang merasa kurang selesa dengan cara tersebut.
Di Tottenham, sejumlah pemain telah dikritik Mourinho bermula dari Tanguy Ndombele, Dele Alli, sehingga Serge Aurier yang dilaporkan pernah merajuk kerana dia terlalu banyak disalahkan
dalam perlawanan menentang Liverpool.
Pendekatan tersebut menyebabkan suasana bilik persalinan Tottenham kurang kondusif. Pemain mula menunjukkan aksi protes, merasa kurang selesa dan tertekan.
sumber: bola.com
PREMIER LEAGUE
Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.
Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar £20 juta.
Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.
Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.
Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.
Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.
“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.
“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”
Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.
“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.
Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.
PREMIER LEAGUE
Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.
The football world has come together to show their support for Alisson Becker, whose father drowned in a lake near his holiday home on Wednesday.
YNWA ❤️ pic.twitter.com/m4YP9cc8x5
— ESPN FC (@ESPNFC) February 25, 2021
Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.
Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.
“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.
Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.
Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.
Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.
“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.
“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.
PREMIER LEAGUE
Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.
Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.
BREAKING: Jordan Henderson is set to miss 12 weeks of action because of injury. He will discover today if his groin requires surgery. If he does, his season will be over and his EURO 21 hopes will be at risk. pic.twitter.com/zxugrsuXUv
— Football Tweet (@Football__Tweet) February 24, 2021
Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.
Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.
Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.
“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.
Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.
Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.
“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.
Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.
Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe