PREMIER LEAGUE
Ozan Kabak Akui Mengagumi Dan Ingin Capai Tahap Tertinggi Seperti Van Dijk.

Liverpool berjaya menyelesaikan perpindahan Ozan Kabak secara pinjaman dari Schalke pada tarikh akhir bursa perpindahan.
Kabak direkrut dengan skim pinjaman sehingga akhir musim dengan yuran permulaan £1 juta (RM5.52j).
Today, I would like to thank those who have been by my side and given me their endless support; as I signed for one of the biggest clubs in the world, Liverpool FC. As always, I will do my best to make you proud and to be worthy of your efforts & kindness.@LFC pic.twitter.com/3k0po1w1ZK
— Ozan KABAK (@ozankabak4) February 2, 2021
Liverpool mempunyai pilihan untuk mengubahnya menjadi pembelian tetap dengan harga £18 juta (RM99.52j) pada musim panas nanti.
Ketibaan Kabak tentunya diharapkan dapat menyelesaikan krisis bek tengah Liverpool.
Kabak yang baru berusia 20 tahun dianggap antara pemain pertahanan muda dengan potensi terbaik.
Malangnya musim ini, Kabak terpaksa bergelut dengan prestasi Schalke yang merosot teruk dan berada di tangga terbawah liga.
Meskipun baru tiba,Kabak sebelum ini pernah memperkatakan mengenai prestasi dan kekuatan yang dimiliki the Reds.
“My personal aim is to become a top defender in maybe two or three years, like Virgil van Dijk.
He’s my idol”– New LFC signing Ozan Kabak (2019) pic.twitter.com/VnD03jEw1j
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) February 2, 2021
Tahun lalu, beliau mengakui bahawa sangat mengagumi Van Dijk dan ingin berkembang dan mencapai level tertinggi seperti Van Dijk.
“Sasaran peribadi saya adalah untuk menjadi pemain pertahanan utama dalam dua atau tiga tahun, seperti Virgil van Dijk,” kata Kabak di laman web rasmi Bundesliga.
“Dia adalah idola saya. Saya sangat menyukainya. Sebagai pemain bola sepak, saya suka gaya permainannya, jadi saya boleh katakan dia adalah idola bola sepak saya.”
Bermain di kelab sebesar Liverpool dilihat sebagai satu lonjakan yang besar dalam karier Kabak.
Menurut Paul Merson, meskipun the Reds menghadapi masalah dibahagian pertahanan, namun tindakan menandatangani Kabak dan Ben Davies sesuatu yang mengejutkannya.
“Dia [Kabak] jelas sangat beruntung. Sekiranya anda menjadi ejennya, anda akan dianggap sebagai kesatria,” ujar Merson.
“Schalke hanya memenangi satu perlawanan sepanjang musim, mereka berada dikedudukan bawah liga. Saya benar-benar tidak faham [mengapa dibeli], ini mengejutkan saya,” katanya.
PREMIER LEAGUE
Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.
Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar £20 juta.
Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.
Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.
Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.
Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.
“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.
“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”
Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.
“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.
Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.
PREMIER LEAGUE
Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.
The football world has come together to show their support for Alisson Becker, whose father drowned in a lake near his holiday home on Wednesday.
YNWA ❤️ pic.twitter.com/m4YP9cc8x5
— ESPN FC (@ESPNFC) February 25, 2021
Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.
Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.
“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.
Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.
Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.
Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.
“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.
“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.
PREMIER LEAGUE
Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.
Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.
BREAKING: Jordan Henderson is set to miss 12 weeks of action because of injury. He will discover today if his groin requires surgery. If he does, his season will be over and his EURO 21 hopes will be at risk. pic.twitter.com/zxugrsuXUv
— Football Tweet (@Football__Tweet) February 24, 2021
Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.
Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.
Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.
“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.
Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.
Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.
“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.
Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.
Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe