Connect with us

PREMIER LEAGUE

Liverpool Mempertimbangkan Untuk Mendapatkan Issa Diop Dari West Ham United

Published

on

Liverpool dilaporkan sedang mempertimbangkan perpindahan pemain pertahanan West Ham United, Issa Diop menjelang tarikh akhir jendela perpindahan.

Dengan Liverpool mengalami beberapa kecederaan pemain pertahanan, sumber terdekat dengan bek tengah asal Perancis itu mendakwa bahawa the Reds telah menghubungi mereka dan bertanyakan mengenai kemungkinan perpindahan secara pinjaman.

Liverpool kehilangan beberapa pemain pertahanan utamanya seperti Virgil van Dijk dan Joe Gomez sepanjang musim ini akibat kecederaan jangka panjang.

Minggu lalu, pasukan Jurgen Klopp mengalami satu lagi berita buruk dengan kecederaan Fabinho dan Joel Matip. Keadaan ini menjadikan Rhys Williams dan Nat Phillips sebagai satu-satunya pilihan bek tengah yang ada.

Liverpool dilaporkan akan membawa pemain pertahanan baharu dan telah mengenal pasti Issa Diop dari West Ham United sebagai calon dengan berkemungkinan perpindahan secara pinjaman.

Pemain berusia 24 tahun itu kini merupakan pilihan keempat bek tengah West Ham dan sekaligus membuka peluang untuknya menyertai mana-mana pasukan.

Pemain asal Perancis itu juga dikatakan telah disenaraikan sebagai pemain yang akan dipinjamkan pada jendela perpindahan musim sejuk dan hanya melakukan 6 penampilan buat the Hammers musim ini.

Dengan krisis pertahanan saat ini di Anfield, Klopp dikatakan melihat Diop sebagai penyelesaian ideal bagi pertahanan the Reds.

Namun, West Ham United dilaporkan meletakan klausa perpindahan tetap pada akhir musim dalam perjanjian pinjaman pemain pertahanan itu yang dianggarkan bernilai sekitar £ 20 juta.

The Hammers juga menuntut agar gaji penuh pemain itu ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh pinjamannya dan ini berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk the Reds.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Fisio the Reds Balas Kritikan di Media Sosial Selepas Dikaitkan Dengan Kecederaan Pemain

Published

on

Fisioterapis pasukan pertama, Chris Morgan telah membalas kritikan di media sosial yang menyalahkannya kerana beberapa siri kecederaan yang melibatkan pemain utama kelab.

Krisis kecederaan yang dialami the Reds musim ini benar-benar memberi impak yang besar kepada prestasi mereka.

Tonggak bek tengah the Reds,Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa diketepikan untuk jangka masa yang lama akibat kecederaan yang dialami tahun lepas.

Sementara itu Joel Matip, Diogo Jota, Naby Keita antara pemain yang masih menjalani proses pemulihan.

Manakala kapten the Reds, Jordan Henderson masih menanti hasil imbasan mengenai masalah pangkal paha yang mungkin akan mengetepikannya selama berminggu-minggu, sementara Fabinho, James Milner dan Caoimhin Kelleher tidak dapat diturunkan ketika the Reds tewas ke atas Everton di Anfield Ahad lalu kerana kecederaan.

Beberapa penyokong Liverpool di media sosial telah memaparkan senarai kecederaan pemain dan mengaitkannya dengan perlantikan semula Morgan sebagai fisioterapi.

Morgan sebelumnya pernah berkhidmat di Anfield telah kembali semula pada musim panas lalu setelah berkelana ke Crystal Palace dan Arsenal selama empat tahun.

Morgan telah menggunakan akaun Twitter untuk menafikan dakwaan yang mengaitkan isu kecederaan pemain dengan kedatangannya semula ke Anfield.

“Jangan bersangka buruk. Jangan tweet karut. Jangan keliru berhubung dengan penyebabnya,” tweet Morgan.

Morgan turut menegaskan bahawa isu kecergasaan pemain bukan terletak pada seorang pegawai perubataan sahaja tetapi melibatkan pasukan perubatan dengan pegawai yang ramai.

Beliau turut menjelaskan bahawa isu kecederaan adalah sesuatu isu yang kompleks dengan pelbagai penyebab.

“Ia kompleks dan pelbagai faktor…..Kami masih harus meletakkan 11 pemain di padang setiap 3-4 hari sekali.”

sumber: liverpoolecho

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Liverpool Perlukan “Idea Baharu” Bukan Melakukan Perkara Yang Sama Dan Mengharapkan Hasil Yang Berbeza

Published

on

Keadaan Liverpool menjadi semakin membimbangkan dalam beberapa minggu terakhir ini. The Reds terus menelan kekalahan dalam saingan Liga Perdana dan tersingkir dari kedudukan empat pasukan teratas liga.

Mantan pemain Man United, Gary Neville mengakui masalah yang membelenggu the Reds musim ini, namum beliau berpendapat keadaan yang berlaku sekarang semakin tidak terkawal.

Malah menurut Neville, Liverpool kini bermain seperti zombi di atas padang, melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan kurang bertenaga.

Musim ini juga bakal menjadi musim ‘menyedihkan’ buat the Reds jika Klopp gagal menghidupkan mereka dengan ‘idea baru’ dan menyelamatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Keadaan ini mulai membimbangkan kerana kami tahu mereka mengalami masalah kecederaan, kami tahu mereka tidak mendapat sokongan peminat di stadium,” kata Neville kepada Sky Sports.

“Kami tahu ada masalah COVID dan terlalu banyak perlawanan, tetapi ini berlaku untuk semua pasukan.”

“Kurang perubahan, idea yang berbeza membuat mereka hampir seperti zombi di padang. Hanya berjalan berpusing dan memikirkan perkara yang sama,” tambahnya.

Neville turut menyatakan Klopp harus melakukan sesuatu yang berbeza untuk Liverpool. The Reds tidak dapat terus melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.

“Mungkin Liverpool memerlukan sesuatu yang berbeza dari Klopp? Dia sukar ditandingi dan masih melatih Liverpool, tetapi mungkin dia sekarang berfikir: ‘perlukah saya melakukan sesuatu yang berbeza?’,” Sambung Neville.

“Tetapi menurut saya mereka memerlukan idea baru untuk memberi mereka percikan atau ini mungkin musim yang sangat menyedihkan bagi mereka jika mereka tidak layak ke Liga Juara-Juara, walaupun saya masih berpendapat mereka akan melakukannya.

“Ini lebih membimbangkan daripada dua atau tiga minggu yang lalu jika anda penyokong Liverpool.”

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp: Jangan ‘Kambing Hitamkan’ Thiago Kerana Penampilan Buruk Liverpool

Published

on

Jurgen Klopp mengatakan Thiago Alcantara telah di ‘kambing hitamkan’ untuk penampilan buruk Liverpool kebelakangan ini dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas.

Thiago hanya melakukan beberapa penampilan diawal kemunculan di Anfield akibat isu kecederaan dan jangkitan Covid-19.

Malangnya semenjak menjadi pilihan utama untuk mengemudi bahagian tengah musim ini, Liverpool mengalami kemerosotan dramatik.

“Dia datang lewat, itu biasa dalam perpindahan, kemudian dia mendapat Covid, cedera, dan masih harus menyesuaikan diri dengan pasukan,” kata Klopp.

“Kami harus membina semula pasukan hampir setiap tiga hari kerana mengubah barisan terakhir dan mengubah banyak perkara, jadi itu sangat tidak beruntung bagi Thiago.

“Tetapi dia telah bermain beberapa permainan yang luar biasa dan mengalami saat yang luar biasa di padang, dan dia sangat dihormati dalam skuad.

“Ini hanya persepsi awam. “Oh, Thiago sudah masuk dan kami tidak menunjukkan prestasi yang baik lagi.”

“Perkara semacam ini hanya b*******, izinkan saya mengatakannya seperti itu! Mereka tidak betul. ”

“Semua orang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

“Bayern bermain dengan gaya yang berbeza, di liga yang berbeda, dan jauh lebih dominan di Bundesliga daripada pasukan mana pun di Liga Perdana.

“Jadi, itu semua berbeza. Tetapi syukur, kita semua cukup pintar untuk menilai keadaan dengan betul di sini.

“Thiago boleh bermain bola sepak dengan lebih baik, tentu saja, tapi kami semua boleh bermain bola sepak dengan lebih baik. Tidak diragukan lagi,” jelas Klopp.

sumber: football365.com

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola