Connect with us

PREMIER LEAGUE

Salah, Mane Dan Firmino Pantas Menerima Kritikan Pedas

Published

on

Bekas penyerang Liverpool, John Aldridge mengatakan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino pantas mendapat kritikan kerana mereka tidak melakukan tugas mereka untuk menjaringkan banyak gol.

Liverpool mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan dan hanya mampu mencetak satu gol sahaja.

Kekalahan terbaharu di Anfield ke atas Burnley mengakhir rekod tanpa kalah 68 perlawanan di halaman sendiri.

Liverpool kini menghuni tangga keempat liga dengan ketinggalan enam mata dari pendahulu liga Manchester United.

Menurut Aldridge, trio serangan the Reds pantas untuk dikritik kerana tidak melakukan tugas mereka dengan baik.

“Ketiga penyerang sering dikritik dan memang layak kerana anda dibayar untuk menjaringkan gol,” katanya.

“Anda dibayar untuk menjaringkan gol dan anda harus melakukannya. Pada dasarnya penyerang tengah harus menjaringkan satu gol dalam setiap dua perlawanan dan mereka tidak melakukannya.

“Ini mengejutkan saya. Pasukan yang mampu mencetak seberapa banyak gol seperti Liverpool, untuk pergi dari satu tahap ke tahap yang lain.

“Kita semua bimbangkan pertahanan tetapi pertahanannya cemerlang.Tapi bahagian serangan [bermasalah] dan ketiga penyerang telah kehilangan kemampuan mereka.

“Mane kelihatan seperti ancaman, lebih daripada Salah atau Firmino. Mereka kurang menyerlah meskipun kita tahu kemampuan sebenar mereka. Bola tidak jatuh begitu sahaja dan mereka tiada keyakinan diri,

“Ini hanya menunjukkan ketika kepercayaan diri menurun, penampilan akan merosot dan mempengaruhi perkara-perkara lainnya. Dan Itu benar-benar membimbangkan. Apa pun alasannya, mereka tidak mencipta peluang, “kata Aldridge.

Walau bagaimanapun, Liverpool tidak mempunyai masa yang banyak dan perlu segera bangkit dan bersiap sedia untuk meraih kemenangan menentang Manchester United di Piala FA.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Published

on

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.

Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar £20 juta.

Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.

Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.

Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.

Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.

“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.

“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”

Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.

“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.

Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Published

on

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.

Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.

Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.

“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.

Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.

Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.

Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.

“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.

“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.

Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.

Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.

Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.

Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.

“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.

Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.

Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.

“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.

Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.

Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola