Connect with us

PREMIER LEAGUE

Jurgen Klopp Dakwa Kritikan Yang Ditujukan Kepada Pasukannya Dicetuskan Oleh Rasa Tidak Sabar

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mendakwa bahawa kritikan yang ditujukan kepada kelabnya baru-baru ini dicetuskan oleh rasa tidak sabar.

Klopp juga menyebut dunia ini sebagai tempat yang benar-benar gila, kerana banyak orang cepat hilang sabar dan melemparkan pelbagai kritikan.

Liverpool kini telah mengharungi empat perlawanan terakhir mereka tanpa meraih sebarang kemenangan dan kini berada ditangga keempat liga.

Sejak berpesta gol menewaskan Crystal Palace 7-0 pada 19 Disember 2020 lalu, The Reds hanya mencatatkan keputusan tiga seri, satu kalah dan hanya mampu mencetak satu gol sahaja.

Dalam sesi sidang media pada hari Rabu lepas, Klopp ditanya apakah pasukan lawan telah bekerja keras untuk mengetahui cara menghentikan Liverpool.

Jurulatih Jerman itu memberikan jawapan dengan sedikit keluhan mengenai bagaimana orang-orang sekeliling pada hari ini tidak sabar dalam menunggu sesuatu proses itu berjalan.

“Pasukan lain tahu apa yang kami lakukan tahun lalu. Terdapat beberapa peluang di mana mereka bertahan dengan baik dan  dimana hantaran terakhir kami [misalnya] perlu dilakukan dengan cara yang lebih baik,” kata Klopp.

“Saya dengar ada orang mengatakan bahawa saya harus membina pasukan ini. Jadi tajuk utama seterusnya adalah seperti semua orang tahu bagaimana mengendalikan permainan kami. Perkara seperti itu sangat normal dalam fasa seperti ini.”

“Begitulah keadaan kita, semuanya berubah dengan cepat dalam sekelip mata. Dunia adalah tempat yang gila dan bukan hanya kerana wabak. Tidak ada lagi waktu (sabar),” tambah Jurgen Klopp.

Namun, Klopp mengakui pasukannya tidak menunjukkan kemajuan berbanding musim lalu, ketika itu the Reds tampil sangat dominan dan berjaya meraih gelaran liga.

“Saya tahu dalam bola sepak anda tidak akan mendapat banyak masa. Anda hanya akan mendapat masa jika anda melangkah maju, dan orang akan mengatakan mereka dapat melihatnya,” kata Klopp.

“Saat ini jelas setelah musim lalu kami belum membuat langkah kedepan. Kami harus berubah dengan permainan, bukan dengan berbicara,” tambah Klopp.

Keputusan tiga perlawanan terakhir tanpa sebarang gol merupakan antara rekod terburuk the Reds sejak 2005. Namun Klopp mempunyai pandangannya sendiri mengenai perkara tersebut.

“Ini mengenai keseluruhan pasukan. Gol tidak datang begitu shaja, kami harus mengusahakannya.

“Kami akan menjaringkan gol nanti. Kami harus tetap tenang dan membuat keputusan yang tepat dan keadaan pasti akan berubah,” tegas Klopp.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Published

on

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.

Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar £20 juta.

Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.

Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.

Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.

Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.

“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.

“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”

Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.

“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.

Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Published

on

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.

Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.

Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.

“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.

Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.

Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.

Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.

“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.

“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.

Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.

Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.

Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.

Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.

“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.

Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.

Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.

“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.

Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.

Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola