PREMIER LEAGUE
Meskipun Dilabel ‘too selfish’ Oleh Michael Owen, Mo Salah Mahu Kekal Di Anfield Selama Mungkin

Bekas penyerang Liverpool, Michael Owen mengakui merasa bimbang melihat Mohamed Salah yang menurutnya mulai menjadi sangat mementingkan diri ketika diatas padang.
Liverpool kini mencatatkan tiga perlawanan terakhir mereka tanpa sebarang kemenangan dan tanpa mencetak sebarang gol dan yang terburuk sejak 2005.
Kemarau gol dari trio penyerang hebat the Reds Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino dalam tiga perlawanan terakhir telah menyebabkan prestasi the Reds turut merudum dan kini menghuni tangga kempat liga.
One year ago today, Alisson ran the length of the pitch to celebrate with Mohamed Salah as Liverpool beat Manchester United 2-0 🔴
United haven’t lost a Premier League away game since 👀pic.twitter.com/x01Sg3cMrN
— Goal (@goal) January 19, 2021
Kemerosotan prestasi trio penyerang the Reds ini telah menerima sorotan dan pelbagai kritikan pedas dikalangan penyokong the Reds.
Mo Salah sebelumnya pernah menjadi sorotan dan dilabel sebagai pemain yang mementingkan diri sendiri.
Mo Salah malah pernah membuat Sadio Mane marah kerana tidak memberikan bola kepadanya walaupun dia berada dalam posisi yang baik untuk menjaringkan gol.
Meskipun sorotan tersebut telah reda, namun kini Mo Salah sekali lagi menerima kritikan dari Michael Owen kerana ia merasa Mo Salah tidak cukup sering memberikan bola kepada rakannya.
“Ada banyak rasa mementingkan diri sendiri, saya melihatnya lagi,” ujar Owen.
Mohamed Salah’s ‘selfishness is creeping in’ and is becoming a problem for Liverpool, says Michael Owen https://t.co/WLrEqldmB8
— MailOnline Sport (@MailSport) January 19, 2021
“Mo Salah kurang menghantar bola. Ia tidak banyak memberikan hantaran, tetapi ada [tahap] yang melampau. Dalam beberapa perlawanan terakhir saya berkata “come on”,” tambah Owen.
Disebalik pelbagai kritikan terhadap prestasinya musim ini, Mo Salah mendedahkan dia menolak untuk berhijrah ke La Liga, sambil menegaskan dia mahu kekal bersama Liverpool, namun ia terpulang kepada keputusan kelab.
“Saya tidak tahu (apabila dikaitkan ingin berpindah). Jika ditanya, saya ingin berada di sini selama mungkin, namun seperti saya katakan sebelum ini, keputusan di tangan kelab.
“Saya akan memberikan 100 peratus biarpun pada minit terakhir bersama Liverpool. Saya juga mahu memenangi trofi sebanyak mungkin.
“Saya mahu memberikan 100 peratus kepada semua orang yang sentiasa menyayangi saya,” ujar Salah.
PREMIER LEAGUE
Fisio the Reds Balas Kritikan di Media Sosial Selepas Dikaitkan Dengan Kecederaan Pemain

Fisioterapis pasukan pertama, Chris Morgan telah membalas kritikan di media sosial yang menyalahkannya kerana beberapa siri kecederaan yang melibatkan pemain utama kelab.
Krisis kecederaan yang dialami the Reds musim ini benar-benar memberi impak yang besar kepada prestasi mereka.
Tonggak bek tengah the Reds,Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa diketepikan untuk jangka masa yang lama akibat kecederaan yang dialami tahun lepas.
Liverpool first-team physio Chris Morgan on injury problems this season: “It’s complex and multi-factorial. “The injuries we can’t prevent [and we’ve had lots] then impact the ability to try to prevent others.” #awlfc [mirror] pic.twitter.com/1xiqIm6fh0
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 23, 2021
Sementara itu Joel Matip, Diogo Jota, Naby Keita antara pemain yang masih menjalani proses pemulihan.
Manakala kapten the Reds, Jordan Henderson masih menanti hasil imbasan mengenai masalah pangkal paha yang mungkin akan mengetepikannya selama berminggu-minggu, sementara Fabinho, James Milner dan Caoimhin Kelleher tidak dapat diturunkan ketika the Reds tewas ke atas Everton di Anfield Ahad lalu kerana kecederaan.
Beberapa penyokong Liverpool di media sosial telah memaparkan senarai kecederaan pemain dan mengaitkannya dengan perlantikan semula Morgan sebagai fisioterapi.
Morgan sebelumnya pernah berkhidmat di Anfield telah kembali semula pada musim panas lalu setelah berkelana ke Crystal Palace dan Arsenal selama empat tahun.
Morgan telah menggunakan akaun Twitter untuk menafikan dakwaan yang mengaitkan isu kecederaan pemain dengan kedatangannya semula ke Anfield.
“Jangan bersangka buruk. Jangan tweet karut. Jangan keliru berhubung dengan penyebabnya,” tweet Morgan.
Morgan turut menegaskan bahawa isu kecergasaan pemain bukan terletak pada seorang pegawai perubataan sahaja tetapi melibatkan pasukan perubatan dengan pegawai yang ramai.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu kecederaan adalah sesuatu isu yang kompleks dengan pelbagai penyebab.
“Ia kompleks dan pelbagai faktor…..Kami masih harus meletakkan 11 pemain di padang setiap 3-4 hari sekali.”
sumber: liverpoolecho
PREMIER LEAGUE
Liverpool Perlukan “Idea Baharu” Bukan Melakukan Perkara Yang Sama Dan Mengharapkan Hasil Yang Berbeza

Keadaan Liverpool menjadi semakin membimbangkan dalam beberapa minggu terakhir ini. The Reds terus menelan kekalahan dalam saingan Liga Perdana dan tersingkir dari kedudukan empat pasukan teratas liga.
Mantan pemain Man United, Gary Neville mengakui masalah yang membelenggu the Reds musim ini, namum beliau berpendapat keadaan yang berlaku sekarang semakin tidak terkawal.
Gary Neville urges Jurgen Klopp to make change after #LFC‘s ‘zombie’ performance https://t.co/ICyaboOwPq
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 22, 2021
Malah menurut Neville, Liverpool kini bermain seperti zombi di atas padang, melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan kurang bertenaga.
Musim ini juga bakal menjadi musim ‘menyedihkan’ buat the Reds jika Klopp gagal menghidupkan mereka dengan ‘idea baru’ dan menyelamatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Keadaan ini mulai membimbangkan kerana kami tahu mereka mengalami masalah kecederaan, kami tahu mereka tidak mendapat sokongan peminat di stadium,” kata Neville kepada Sky Sports.
“Kami tahu ada masalah COVID dan terlalu banyak perlawanan, tetapi ini berlaku untuk semua pasukan.”
“Kurang perubahan, idea yang berbeza membuat mereka hampir seperti zombi di padang. Hanya berjalan berpusing dan memikirkan perkara yang sama,” tambahnya.
Neville turut menyatakan Klopp harus melakukan sesuatu yang berbeza untuk Liverpool. The Reds tidak dapat terus melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.
“Mungkin Liverpool memerlukan sesuatu yang berbeza dari Klopp? Dia sukar ditandingi dan masih melatih Liverpool, tetapi mungkin dia sekarang berfikir: ‘perlukah saya melakukan sesuatu yang berbeza?’,” Sambung Neville.
“Tetapi menurut saya mereka memerlukan idea baru untuk memberi mereka percikan atau ini mungkin musim yang sangat menyedihkan bagi mereka jika mereka tidak layak ke Liga Juara-Juara, walaupun saya masih berpendapat mereka akan melakukannya.
“Ini lebih membimbangkan daripada dua atau tiga minggu yang lalu jika anda penyokong Liverpool.”
PREMIER LEAGUE
Klopp: Jangan ‘Kambing Hitamkan’ Thiago Kerana Penampilan Buruk Liverpool

Jurgen Klopp mengatakan Thiago Alcantara telah di ‘kambing hitamkan’ untuk penampilan buruk Liverpool kebelakangan ini dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas.
Thiago hanya melakukan beberapa penampilan diawal kemunculan di Anfield akibat isu kecederaan dan jangkitan Covid-19.
Thiago joined Liverpool back in September 2020…
It’s now coming to the end of February in 2021 and he STILL hasn’t won a match at Anfield. 😳😳😳 pic.twitter.com/cFsKOyNPJy
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 21, 2021
Malangnya semenjak menjadi pilihan utama untuk mengemudi bahagian tengah musim ini, Liverpool mengalami kemerosotan dramatik.
“Dia datang lewat, itu biasa dalam perpindahan, kemudian dia mendapat Covid, cedera, dan masih harus menyesuaikan diri dengan pasukan,” kata Klopp.
“Kami harus membina semula pasukan hampir setiap tiga hari kerana mengubah barisan terakhir dan mengubah banyak perkara, jadi itu sangat tidak beruntung bagi Thiago.
“Tetapi dia telah bermain beberapa permainan yang luar biasa dan mengalami saat yang luar biasa di padang, dan dia sangat dihormati dalam skuad.
“Ini hanya persepsi awam. “Oh, Thiago sudah masuk dan kami tidak menunjukkan prestasi yang baik lagi.”
“Perkara semacam ini hanya b*******, izinkan saya mengatakannya seperti itu! Mereka tidak betul. ”
“Semua orang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
“Bayern bermain dengan gaya yang berbeza, di liga yang berbeda, dan jauh lebih dominan di Bundesliga daripada pasukan mana pun di Liga Perdana.
“Jadi, itu semua berbeza. Tetapi syukur, kita semua cukup pintar untuk menilai keadaan dengan betul di sini.
“Thiago boleh bermain bola sepak dengan lebih baik, tentu saja, tapi kami semua boleh bermain bola sepak dengan lebih baik. Tidak diragukan lagi,” jelas Klopp.
sumber: football365.com
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe