PREMIER LEAGUE
Sir Alex Ferguson Beri Penghormatan Khas Buat Marcus Rashford

Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson, menyampaikan penghormatan khas kepada penyerang Manchester United, Marcus Rashford.
Ucapan penghargaan ini disampaikan oleh Ferguson atas tindakan sosial yang dilakukan oleh Rashford semasa pandemik Covid-19, iaitu dengan memberikan makanan percuma untuk anak-anak yang kurang mampu.
Pihak kerajaan hampir menghentikan program tersebut. Namun, berkat kempen luar biasa Rashford, program makanan percuma itu tetap diteruskan.
Berkat tindakan sosial yang terpuji ini, Rashford juga mendapat anugerah khas dari Persatuan Penulis Bola Sepak Britain (FWA). Sebagai sebahagian daripada pemberian penghargaan ini, Fergie turut menyampaikan penghargaannya khas.
By applying public pressure, UK footballer @MarcusRashford started a campaign forcing the Tory govt to reverse its policy of cancelling free school meals, given kids from to low income families during the summer holidays.
Pressure works. Good luck !https://t.co/bPjV54Y5SG
β Rule .303 π#NHS πͺπΊπ¬π§π±π°π©πͺπΊ (@303Rule) January 14, 2021
βSaya mengucapkan tahniah kepada Marcus atas pencapaiannya malam ini.
Saya mengenalnya sejak saya masih kecil berusia tujuh tahun, dan melihatnya berkembang melalui Manchester United untuk menjadi orang yang benar-benar luar biasa, “kata Ferguson.
“Terlepas dari kehidupan bola sepaknya, apa yang dia capai dalam beberapa bulan terakhir cukup mengejutkan, bagaimana dia telah menolong orang yang memerlukan adalah pencapaian yang sungguh luar biasa,” tambahnya.
I appreciate this, thank you @theofficialfwa and thank you @WayneRooney for the message. Loved that β₯οΈ https://t.co/i69aNN2ERW
β Marcus Rashford MBE (@MarcusRashford) January 14, 2021
Selanjutnya, Ferguson juga memberikan pujian tinggi kepada Rashford atas tindakan kemanusiaan yang dimulakannya, terutama pada masa-masa sukar seperti hari ini.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya. Dia telah menunjukkan kepada orang-orang muda khususnya bahawa ada cara yang berbeza untuk menangani kehidupan,” kata Ferguson.
“Dia telah menunjukkan kerendahan hati, dia telah menunjukkan keberanian untuk melakukan apa yang dia lakukan, jadi pencapaian ini wajar dan harus diakui atas apa yang telah dia lakukan,” sambungnya.
“Jadi Marcus, kerja baik – pencapaian hebat,” ujar Ferguson
PREMIER LEAGUE
Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.
Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar Β£20 juta.
Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.
Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.
Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.
Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.
“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.
“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”
Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.
“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.
Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.
PREMIER LEAGUE
Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.
The football world has come together to show their support for Alisson Becker, whose father drowned in a lake near his holiday home on Wednesday.
YNWA β€οΈ pic.twitter.com/m4YP9cc8x5
β ESPN FC (@ESPNFC) February 25, 2021
Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.
Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.
“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.
Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.
Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.
Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.
“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.
“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.
PREMIER LEAGUE
Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.
Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.
BREAKING: Jordan Henderson is set to miss 12 weeks of action because of injury. He will discover today if his groin requires surgery. If he does, his season will be over and his EURO 21 hopes will be at risk. pic.twitter.com/zxugrsuXUv
β Football Tweet (@Football__Tweet) February 24, 2021
Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.
Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.
Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.
“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.
Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.
Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.
“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.
Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.
Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe