PREMIER LEAGUE
Jason McAteer : “Dia Tampak Keletihan Mental Dan Fizikal,”

Trent Alexander-Arnold adalah salah seorang pemain Liverpool yang dilihat sedikit menurun dan penampilan jauh di bawah standardnya musim ini.
Alexander-Arnold dikenali sebagai salah satu bek kanan terbaik di dunia. Dia tampil luar biasa sejak pertama kali mendapat peluang di Liverpool, malah memecah masuk pasukan kebangsaan England.
Dia juga menjadi bahagian penting dalam pasukan Liverpool yang menjuarai Liga Juara-Juara dan Liga Perdana dalam dua musim terakhir. Prestasi melambung tinggi, standardnya sangat tinggi.
Menurut bekas pemain Liverpool, Jason McAteer, prestasi Alexander-Arnold musim ini kelihatan sangat berbeza.
π Most Premier League assists fr. 2018/19 (DEFENDERS):
28π °: Andy Robertson
27π °: Trent Alexander-Arnold
16π °: π@LucasDigne*π
12π °: CΓ©sar Azpilicueta
11π °: Ben Chilwell* Involved in 20 #PL goals (4G, 16A) since joining @Everton. #EFC pic.twitter.com/7UvaknCRM7
β playmakerstats (@playmaker_EN) January 13, 2021
McAteer menyatakan keadaan Trent sekarang sama dengan kes Mohamed Salah beberapa tahun lalu.
Oleh kerana standard yang tinggi, Trent menjadi lebih terserlah apabila prestasi menurun dan kelihatan sukar untuk keluar dari keadaan itu.
“Ada beberapa permainan musim ini di mana kualiti permainannya kurang, itu mengejutkan, mengingat betapa tingginya standard prestasinya sendiri,” kata McAteer
“Namun, ketika anda menjadi sorotan media sebagai pemain Liverpool dan gagal mencapai tahap prestasi seperti sebelumnya, anda akan dikritik.”
“Kes ini sama dengan Mohamed Salah, pada musim pertamanya dia menjaringkan begitu banyak gol, tetapi pada musim kedua dia tidak begitu produktif dan orang mengatakan dia sudah selesai,” tambahnya.
Jurgen Klopp warned Trent Alexander-Arnold is “fried” as Mo Salah issue strikes again https://t.co/U1CJviaOYQ
β Mirror Football (@MirrorFootball) January 14, 2021
McAteer turut mengakui potensi dan presatsi yang dimiliki Alexander-Arnold sangat luar biasa, namun diusia yang masih muda, Arnold memerlukan sedikit ruang dan peluang untuk berkembang.
“Ketika pemain itu sedikit lebih tua dan mempunyai karier yang lebih panjang, dia dapat mengatasinya dengan lebih baik.
“Namun, seperti Trent, dia masih muda, dia telah bermain bola sepak di peringkat tertinggi setiap minggu,” sambung McAteer.
“Itu tekanan mental yang luar biasa bagi pemain muda. Dia tampak keletihan mental dan fizikal,”
Walaupun prestasi Alexander-Arnold kurang memuaskan, McAteer tidak melihat ia sebagai alasan untuk meletakan pemain pertahanan England itu dibangku simpanan.
“Meski begitu, anda harus memainkannya dalam pertarungan menentang MU. Ini adalah perlawanan terbesar musim ini di Liga Perdana, jadi pemain tidak akan merasa lelah,” tegas McAteer.
PREMIER LEAGUE
Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.
Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar Β£20 juta.
Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.
Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.
Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.
Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.
“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.
“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”
Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.
“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.
Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.
PREMIER LEAGUE
Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.
The football world has come together to show their support for Alisson Becker, whose father drowned in a lake near his holiday home on Wednesday.
YNWA β€οΈ pic.twitter.com/m4YP9cc8x5
β ESPN FC (@ESPNFC) February 25, 2021
Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.
Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.
“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.
Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.
Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.
Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.
“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.
“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.
PREMIER LEAGUE
Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.
Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.
BREAKING: Jordan Henderson is set to miss 12 weeks of action because of injury. He will discover today if his groin requires surgery. If he does, his season will be over and his EURO 21 hopes will be at risk. pic.twitter.com/zxugrsuXUv
β Football Tweet (@Football__Tweet) February 24, 2021
Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.
Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.
Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.
“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.
Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.
Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.
“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.
Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.
Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe