PREMIER LEAGUE
Mikel Arteta: Dua Perlawanan Seterusnya Akan Menentukan Nasib Arsenal

Perlawanan menentang Crystal Palace pada hari Jumaat ini bukan hanya sekadar untuk meraih tiga mata penuh tetapi ia jauh lebih penting bagi pasukan Mikel Arteta untuk perlu mengekalkan momentum.
Arsenal mula bangkit dengan empat kemenangan berturut-turut sejak Disember 2020. Keadaan pasukan mula bertambah baik dan meyakinkan, tetapi keadaan boleh menjadi buruk jika mereka menelan kekalahan semula.
Arteta menekankan bahawa perlawanan menentang Crystal Palace dan Newcastle United akan sangat penting bagi pasukannya, ia akan menentukan rentak Arsenal di Liga Perdana musim ini.
Arteta tahu momentum yang diraih pasukannya kini masih rapuh dan perlu diperkuatkan dengan kemenangan seterusnya.
Mikel Arteta wasn’t born when Roy Hodgson started his management career 𤯠pic.twitter.com/TJPhtRHD0t
ā Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) January 11, 2021
Ini kerana dua lawan berikutnya adalah pasukan yang mampu ditewaskan oleh Arsenal, tidak ada alasan untuk tergelincir semula.
“Saya fikir dua perlawanan berikutnya sangat penting untuk melihat ke mana kita akan pergi dan untuk memperkuatkan semua perkara yang telah kita perbaiki dan hasil yang hebat yang kita dapat baru-baru ini,” ujar Arteta.
“Kami akan tahu lebih banyak lagi setelah dua perlawanan berikutnya, saya rasa begitu. Kami ingin mengekalkan konsistensi dan percaya bahawa kami dapat memasuki setiap perlawanan dengan keyakinan untuk menang.”
"They are having conversations on the near future and long term future"
Mikel Arteta says there has been no change on Mesut Ozil's Arsenal futurepic.twitter.com/iIpfJVZ5If
— Sky Sports (@SkySports) January 11, 2021
“Semakin banyak permainan yang kami menang, keyakinan akan bertambah,” tambahnya.
Walaupun begitu, Arteta tidak menafikan potensi Crystal Palace sebagai pasukan yang mampu menyukarkan dan mengecewakan pasukan besar seperti Arsenal.
“Crystal Palace adalah pasukan yang sangat berbahaya dan mereka telah membuktikannya melawan pasukan besar. Mereka sangat kukuh, kemas, dan anda tahu apa yang akan anda hadapi,” sambung Arteta.
“Mereka mempunyai pemain dengan bakat individu yang dapat menjadi penentu, membuat gerakan yang dapat mengganggu keseimbangan pertandingan.”
“Kami harus berhati-hati dengan itu, dan kami harus bermain dominan lagi dalam pertandingan ini,” ujar Arteta lagi.
PREMIER LEAGUE
Fisio the Reds Balas Kritikan di Media Sosial Selepas Dikaitkan Dengan Kecederaan Pemain

Fisioterapis pasukan pertama, Chris Morgan telah membalas kritikan di media sosial yang menyalahkannya kerana beberapa siri kecederaan yang melibatkan pemain utama kelab.
Krisis kecederaan yang dialami the Reds musim ini benar-benar memberi impak yang besar kepada prestasi mereka.
Tonggak bek tengah the Reds,Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa diketepikan untuk jangka masa yang lama akibat kecederaan yang dialami tahun lepas.
Liverpool first-team physio Chris Morgan on injury problems this season: “Itās complex and multi-factorial. “The injuries we canāt prevent [and weāve had lots] then impact the ability to try to prevent others.” #awlfc [mirror] pic.twitter.com/1xiqIm6fh0
ā Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 23, 2021
Sementara itu Joel Matip, Diogo Jota, Naby Keita antara pemain yang masih menjalani proses pemulihan.
Manakala kapten the Reds, Jordan Henderson masih menanti hasil imbasan mengenai masalah pangkal paha yang mungkin akan mengetepikannya selama berminggu-minggu, sementara Fabinho, James Milner dan Caoimhin Kelleher tidak dapat diturunkan ketika the Reds tewas ke atas Everton di Anfield Ahad lalu kerana kecederaan.
Beberapa penyokong Liverpool di media sosial telah memaparkan senarai kecederaan pemain dan mengaitkannya dengan perlantikan semula Morgan sebagai fisioterapi.
Morgan sebelumnya pernah berkhidmat di Anfield telah kembali semula pada musim panas lalu setelah berkelana ke Crystal Palace dan Arsenal selama empat tahun.
Morgan telah menggunakan akaun Twitter untuk menafikan dakwaan yang mengaitkan isu kecederaan pemain dengan kedatangannya semula ke Anfield.
“Jangan bersangka buruk. Jangan tweet karut. Jangan keliru berhubung dengan penyebabnya,” tweet Morgan.
Morgan turut menegaskan bahawa isu kecergasaan pemain bukan terletak pada seorang pegawai perubataan sahaja tetapi melibatkan pasukan perubatan dengan pegawai yang ramai.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu kecederaan adalah sesuatu isu yang kompleks dengan pelbagai penyebab.
“Ia kompleks dan pelbagai faktorā¦..Kami masih harus meletakkan 11 pemain di padang setiap 3-4 hari sekali.”
sumber: liverpoolecho
PREMIER LEAGUE
Liverpool Perlukan āIdea Baharuā Bukan Melakukan Perkara Yang Sama Dan Mengharapkan Hasil Yang Berbeza

Keadaan Liverpool menjadi semakin membimbangkan dalam beberapa minggu terakhir ini. The Reds terus menelan kekalahan dalam saingan Liga Perdana dan tersingkir dari kedudukan empat pasukan teratas liga.
Mantan pemain Man United, Gary Neville mengakui masalah yang membelenggu the Reds musim ini, namum beliau berpendapat keadaan yang berlaku sekarang semakin tidak terkawal.
Gary Neville urges Jurgen Klopp to make change after #LFC‘s ‘zombie’ performance https://t.co/ICyaboOwPq
ā Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 22, 2021
Malah menurut Neville, Liverpool kini bermain seperti zombi di atas padang, melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan kurang bertenaga.
Musim ini juga bakal menjadi musim ‘menyedihkan’ buat the Reds jika Klopp gagal menghidupkan mereka dengan ‘idea baru’ dan menyelamatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Keadaan ini mulai membimbangkan kerana kami tahu mereka mengalami masalah kecederaan, kami tahu mereka tidak mendapat sokongan peminat di stadium,” kata Neville kepada Sky Sports.
“Kami tahu ada masalah COVID dan terlalu banyak perlawanan, tetapi ini berlaku untuk semua pasukan.”
“Kurang perubahan, idea yang berbeza membuat mereka hampir seperti zombi di padang. Hanya berjalan berpusing dan memikirkan perkara yang sama,” tambahnya.
Neville turut menyatakan Klopp harus melakukan sesuatu yang berbeza untuk Liverpool. The Reds tidak dapat terus melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.
“Mungkin Liverpool memerlukan sesuatu yang berbeza dari Klopp? Dia sukar ditandingi dan masih melatih Liverpool, tetapi mungkin dia sekarang berfikir: ‘perlukah saya melakukan sesuatu yang berbeza?’,” Sambung Neville.
“Tetapi menurut saya mereka memerlukan idea baru untuk memberi mereka percikan atau ini mungkin musim yang sangat menyedihkan bagi mereka jika mereka tidak layak ke Liga Juara-Juara, walaupun saya masih berpendapat mereka akan melakukannya.
“Ini lebih membimbangkan daripada dua atau tiga minggu yang lalu jika anda penyokong Liverpool.”
PREMIER LEAGUE
Klopp: Jangan āKambing Hitamkanā Thiago Kerana Penampilan Buruk Liverpool

Jurgen Klopp mengatakan Thiago Alcantara telah di ‘kambing hitamkan’ untuk penampilan buruk Liverpool kebelakangan ini dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas.
Thiago hanya melakukan beberapa penampilan diawal kemunculan di Anfield akibat isu kecederaan dan jangkitan Covid-19.
Thiago joined Liverpool back in September 2020…
It’s now coming to the end of February in 2021 and he STILL hasn’t won a match at Anfield. š³š³š³ pic.twitter.com/cFsKOyNPJy
ā Footy Accumulators (@FootyAccums) February 21, 2021
Malangnya semenjak menjadi pilihan utama untuk mengemudi bahagian tengah musim ini, Liverpool mengalami kemerosotan dramatik.
“Dia datang lewat, itu biasa dalam perpindahan, kemudian dia mendapat Covid, cedera, dan masih harus menyesuaikan diri dengan pasukan,” kata Klopp.
“Kami harus membina semula pasukan hampir setiap tiga hari kerana mengubah barisan terakhir dan mengubah banyak perkara, jadi itu sangat tidak beruntung bagi Thiago.
“Tetapi dia telah bermain beberapa permainan yang luar biasa dan mengalami saat yang luar biasa di padang, dan dia sangat dihormati dalam skuad.
“Ini hanya persepsi awam. “Oh, Thiago sudah masuk dan kami tidak menunjukkan prestasi yang baik lagi.”
“Perkara semacam ini hanya b*******, izinkan saya mengatakannya seperti itu! Mereka tidak betul. ”
āSemua orang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
“Bayern bermain dengan gaya yang berbeza, di liga yang berbeda, dan jauh lebih dominan di Bundesliga daripada pasukan mana pun di Liga Perdana.
“Jadi, itu semua berbeza. Tetapi syukur, kita semua cukup pintar untuk menilai keadaan dengan betul di sini.
“Thiago boleh bermain bola sepak dengan lebih baik, tentu saja, tapi kami semua boleh bermain bola sepak dengan lebih baik. Tidak diragukan lagi,” jelas Klopp.
sumber: football365.com
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Andy Robertson Mengecam Rakan Sepasukanya Atas ‘Kesilapan’ Seri Bertemu West Brom
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Mikel Arteta Sahkan Beberapa Pemain Arsenal Akan Dilepaskan Pada Jendela Perpindahan Januari
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Gini Wijnaldum Mahu Kekal Di Anfield
-
PREMIER LEAGUE2 months ago
Liverpool Miliki Kelebihan Besar Berbanding Real Madrid Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe