Connect with us

PREMIER LEAGUE

Pemilik Chelsea Roman Abramovich Menganggap Andriy Shevchenko Sebagai Pengganti Berpotensi Frank Lampard

Published

on

Mantan penyerang Chelsea, Andriy Shevchenko berada dalam senarai pendek pilihan Roman Abramovich menggantikan Frank Lampard.

Kelab Barat London itu telah tewas empat daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan merosot ke tangga ke-8, terakhir mereka tewas 3-1 keatasa Manchester City di halaman sendiri.

Chelsea dilaporkan telah merancang kemungkinan memecat Lampard dan masa depannya di kelab itu ‘berada di bawah ancaman serius’ kecuali dia berjaya mengubah nasib The Blues pada perlawanan setersusnya.


Menurut laporan media Perancis, salah satu nama untuk menggantikan Lampard adalah seseorang yang sangat dia kenali dan bekas rakan sepasukan Lampar sendiri di Chelsea, iaitu Shevchenko.

Pemain berusia 44 tahun itu tiba di Stamford Bridge pada tahun 2006 dan menghabiskan satu setengah musim sebelum kemudiannya dipinjamkan kembali ke AC Milan pada pertengahan musim 2007/08.

Sejak menggantung butnya, Shevchenko menceburi bidang kejurulatihan dengan memimpin pasukan kebangsaan Ukraine sejak 2016 dan berjaya memimpin pasukannya ke peringkat kelayakan Euro 2020.

Walaupun telah lama meninggalkan Stamford Bridge, Shevchenko kekal bersahabat baik dengan Abramovich dan sering dilihat bersama menyaksikan perlawanan di Stamford Bridge.

Abramovich dikatakan sangat prihatin dengan kemajuan Shevchenko sebagai pengurus dan amat meminatinya.

Bercakap mengenai spekulasi mengenai masa depannya setelah tewas kepada City, Lampard berkata: “Saya akan selalu merasa bahangnya. Saya merasa bahangnya ketika dalam keadaan baik kerana saya tahu sudut yang betul boleh menjadi negatif,”

“Saya tidak akan bercakap bagi pihak atasan atau board kerana saya tidak boleh melakukannya. Seperti bagaimana saya tidak dapat menjawab sebulan yang lalu jika saya ingin mendapatkan kontrak baharu, bukan [kuasa] saya, saya tidak memulakan perbualan,” tambah Lampard.

“Walaupun saya tidak dapat menjawab sekarang apa yang mereka fikirkan, keputusan yang sukar. Inilah yang terkandung dalam istilah itu. Saya hanya dapat membicarakannya selaku sebagai pengurus kelab sahaja.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Scholes : Thiago Lebih Sesuai Di Manchester United

Published

on

Setelah bersinar di awal musim, karier Thiago Alcantara di Liverpool mula dihiasi dengan pelbagai rintangan. Banyak pihak mula mengkritik, bahkan mendakwa bahawa pemain tengah Sepanyol itu tidak sesuai dengan gaya permainan The Reds.

Liverpool merekrut Thiago dari Bayern Munich pada pasaran perpindahan musim panas lalu. Kosnya cukup berpatutan jika dibandingkan dengan penilaian semasa harga pemain tersebut, iaitu sekitar £20 juta.

Penyokong The Reds meletakkan harapan tinggi terhadap pemain berusia 29 tahun itu lebih-lebih lagi, setelah ia berjaya meraih gelaran Liga Juara-Juara bersama Munich pada musim sebelumnya.

Penampilan awal Thiago berjaya memikat hati penyokong-penyokong The Reds termasuk Jurgen Klopp sendiri. Namun, setelah menghadapi beberapa kecederaan dan Covid-19, penampilannya mengalami penurunan yang drastik.

Ramai pihak mulai meragui peranan Thiago yang dianggap tidak sesuai dengan gaya permainan Klopp. Salah satunya adalah legenda Manchester United yang pada zamannya sering beroperasi di bahagian tengah, iaitu Paul Scholes.

Scholes mendedahkan bahawa Thiago tidak sesuai untuk Liverpool namun beliau tidak meragui kualiti yang dimilikinya. Scholes percaya bahawa Thiago dapat bersinar dengan baik jika dia memperkuat Manchester United.

“Dia tidak seperti jenis pemain yang disukai Jurgen Klopp, bukan? Anda pikirkan pemain tengah yang dia miliki dan para penyerang. Semuanya mempunyai kepantasan tinggi,” ujar Scholes.

“Saya rasa dia lebih sesuai dengan pasukan Manchester United. Dalam dua format pemain tengah bertahan yang sangat kuat, di mana dia boleh berehat dan mengawal permainan.”

Menurut Scholes, gegenpressing Klopp tidak sesuai untuk pemain seperti Thiago kerana ia tidak mementingkan kawalan permainan tetapi mengutamakan aliran serangan yang cepat untuk memaksa lawan lemah ketika bertahan.

“Jurgen Klopp dan Liverpool, saya tidak melihat mereka mengawal permainan. Saya melihat mereka membidik teka lawan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai bahagian tengah,”ujar Scholes.

Pendapat ini muncul setelah Liverpool berjaya menewaskan Sheffield United 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Thiago bermain selama 76 minit sebelum digantikan oleh James Milner.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Jota Sudah Bersedia, Namun Tidak Yang Lainnya

Published

on

Jurgen Klopp memberikan berita terkini mengenai beberapa pemain Liverpool menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Sheffield United, Isnin ini. Antaranya berkaitan dengan Alisson Becker, Diogo Jota dan Fabinho.

Alisson telah diberi keizinan untuk terbang ke Brazil menghadiri pengkebumian ayahnya dan berkemungkinan tidak dapat diturunkan bertemu Sheffield memandangkan beliau perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari sejurus ketibaannya nanti.

Klopp sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada Alisson dapat diturunkan atau tidak menentang Sheffield nanti.

“Kami tidak berpikir sejauh itu, sungguh. Saya tidak tahu,” ujar Klopp.

Pada kesempatan itu, Klopp turut mendedahkan keadaan semasa beberapa pemain yang sedang menjalani proses pemulihan seperti Diogo Jota, Fabinho dan James Milner.

Jota, yang telah lama tersisih akibat kecederaan, berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlawanan menentang Sheffield nanti.

Namun bagi Fabinho dan Milner, Klopp mengesahkan bahawa mereka tidak akan diturunkan kerana dirasakan belum cukup bersedia.

“Diogo telah berlatih dua kali bersama pasukan , terlihat sangat baik. Tapi dia sudah lama tidak bermain, jadi kami harus melihat apa yang dapat kami lakukan dengannya lagi. Tetapi dia kelihatan sangat bagus,” kata Klopp.

“Fab belum bersedia. Saya rasa dia akan menjalani sesi latihan pertamanya bersama pasukan dan sama seperti James Milner. Itu sahaja, sementara pemain lain mengalami kecederaan panjang,” ujar Klopp.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Klopp Berharap Henderson Cepat Pulih Dan Dapat Bermain Dalam Baki Perlawanan Musim Ini

Published

on

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson cepat pulih dan dapat bermain dalam baki perlawanan musim ini.

Kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika bertemu Everton di Anfield minggu lepas.

Henderson dilaporkan mengalami masalah pangkal paha dan perlu menjalani pembedahan untuk pulih dari kecederaannya.

Henderson dijangka akan menjalani proses pemulihan sehingga rehat antarabangsa pada bulan Mac.

Namun Klopp sangat berharap agar kaptennya cepat pulih dan dapat diturunkan dalam beberapa baki perlawanan pada akhir musim.

“Senario kes terbaik, saya tidak tahu. Ia bukan kecederaan yang pulih dengan cepat, tetapi kita semua berharap mungkin dia bermain beberapa perlawanan musim ini. Kita akan lihat kemudian,” ujar Klopp.

Henderson turut berkongsi kekecewaan dengan penyokong Liverpool di media sosial kerana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya.

Namun Henderson menegaskan akan berusaha untuk pulih secepat mungkin dari kecederaan itu.

“Jelas sekali sedih kerana cedera tetapi akan melakukan semua yang saya mampu untuk menyokong pasukan semasa menjalani pemulihan,” ujar Henderson.

Kecederaan Henderson membuat Klopp kini cukup bimbang dengan barisan pertahanan Liverpool.

Klopp hanya mempunyai beberapa pilihan pemain sahaja untuk digandingkan bersama Ozan Kabak iaitu Nat Phillips atau Ben Davies.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright © 2020 SkillBola