Connect with us

PREMIER LEAGUE

Diego Costa Bakal Kembali Ke England Memperkuatkan Arsenal

Published

on

Bekas penyerang Atletico Madrid, Diego Costa dilaporkan akan kembali ke England untuk memperkuatkan Arsenal.

Costa sebelumnya telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan banyak pihak. Dia secara rasmi menamatkan kontraknya dengan Atletico Madrid setelah bersama selama tiga tahun.

Costa kemudian telah dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka di Eropah termasuk kelab dari China dan Timur Tengah.

Terbaharu, beberapa media eropah mendedahkan bahawa Costa berpotensi untuk kembali ke England dan Arsenal antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk menandatanganinya.

Menurut laporan tersebut , Arsenal sangat memerlukan seorang penyerang baharu memandang Pierre-Emerick Aubameyang menghadapi masalah menjaringkan gol.

Costa yang kini menganggur dilihat antara calon sesuai untuk menambah ketajaman barisan serangan The Gunners.

Arteta dikatakan memilih Costa berdasarkan pengalamanya yang pernah bermain bersama Chelsea dan membantu The Blues memenangi gelaran EPL.

Oleh itu, Arteta berpendapat Costa boleh menjadi penyelesaian kepada kemarau gol Arsenal musim ini.

Walau bagaimanapun, Costa dilaporkan menuntut gaji yang tinggi jika mahukannya beraksi di Emirates Stadium.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PREMIER LEAGUE

Klopp Mahu Kekal Di Anfield Meskipun Gagal Ke Liga Juara-Juara Musim Depan

Published

on

Marc Kosicke menyatakan Jurgen Klopp akan kekal sebagai pengurus Liverpool walaupun pasukannya gagal ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kontrak Klopp bersama Liverpool masih berbaki sehingga 2024, namun pengurus asal Jerman itu sebelumnya pernah menyatakan tidak akan memperbaharui kontraknya lagi.

Bahkan desas-desus mengenai Klopp bakal meninggalkan Liverpool telah mula kedengaran kebelakangan ini berikutan penurunan prestasi The Reds musim ini. Klopp turut dikaitkan dengan posisi sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Jerman.

Dengan hanya berbaki empat perlawanan, peluang Liverpool untuk menamatkan saingan dikedudukan empat pasukan teratas liga dilihat amat tipis.

Kosicke memberikan jawaban pendek dan ringkas ketika ditanya apakah Klopp akan tetap bertahan di Anfield jika Liverpool gagal tampil di Liga Juara-Juara musim depan.

“Sudah tentu! Tidak ada perbincangan,” kata Kosicke kepada Sky Sports Jerman.
Namun Kosicke enggan menjawab ketika ditanya apakah Klopp mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Tunggu Musim Depan, Aksi Cemerlang Werner dan Havertz

Published

on

Timo Werner dilihat masih gagal memenuhi harapan penyokong Chelsea, sementara Kai Havertz masih goyah.

Namun penjaga gol The Blues, Edouard Mendy percaya bahawa mereka berdua akan tampil lebih cemerlang musim depan.

Werner dan Havertz adalah dua pemain paling mahal The Blues di pasaran perpindahan musim panas lalu.

Sebanyak 135 juta euro dibelanjakan oleh Chelsea hanya untuk merekrut kedua-duanya dari kelab lama mereka, RB Leipzig dan Bayer Leverkusen.

Werner setakat ini belum memberikan sumbangan maksimum dari 32 perlawanan Liga Perdana, Werner hanya mampu mencetak enam gol sahaja.

Manakala Havertz pula terkadang tersisih dari kesebelasan utama The Blues ketika era Frank Lampard. Tetapi akhir-akhir ini, di bawah asuhan Thomas Tuchel, penampilannya nampaknya bertambah baik.

Mendy, yang juga dibawa masuk dalam pasaran perpindahan musim panas lalu, percaya bahawa kedua-dua rakan sepasukan itu masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Mendy akui sedar akan kualiti yang dimiliki Havertz dan Werner kerana sering melihat mereka beraksi ketika sesi latihan.

“Mereka adalah pemain yang sangat bagus. Mereka adalah pemain muda dan ini adalah kali pertama mereka berpindah ke negara lain,” kata Mendy di laman web rasmi kelab.

“Saya rasa mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan memahami Liga Perdana Inggeris, tetapi saya dapat melihat mereka setiap hari dan mengetahui betapa bagusnya mereka. Saya juga gembira dengan mereka. Mereka menunjukkan kualiti mereka di atas padang,” sambungnya.

Mungkin, apa yang Havertz dan Werner perlukan hanyalah masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Perdana. Mendy sendiri yakin bahawa mereka berdua akan tampil cemerlang pada musim berikutnya.

“Musim depan, 100 peratus, kami akan melihat yang terbaik dari Timo dan Kai. Bahkan tahun ini, kami menikmati prestasi yang baik dan mereka adalah individu penting bagi kami,” jelas Mendy.

Havertz dan Werner menyumbang kemenangan Blues 2-0 ke atas Fulham dalam Liga Perdana hujung minggu lalu.

Havertz menyumbang dua gol, sementara Werner membantu dalam bentuk assist.

Continue Reading

PREMIER LEAGUE

Tindakan Beberapa Penyokong United Berlebihan

Published

on

Jamie Carragher menyokong tunjuk perasaan penyokong Manchester United berhubung keadaan di kelab itu.

Namun, legenda Liverpool itu menyatakan tindakan penyokong The Red Devils berlebihan dan ada yang bertindak bodoh.

Kira-kira 5,000 penyokong Manchester United turun ke jalan menjelang perlawanan Liga Perdana ke-34, menentang Liverpool.Mereka menyatakan membantah dengan tuntutan utama mereka #GlazerOut.


Aksi pada mulanya berlaku di sekitar Old Trafford. Namun, aksi besar-besaran itu kemudian menembusi kawasan stadium dan memasuki padang.

Akibatnya perlawanan Manchester United vs Liverpool terpaksa ditangguhkan kerana keadaan yang tidak kondusif.
Carragher umumnya menyokong tunjuk perasaan yang dilakukan penyokong United.

Mereka faham bahawa penyokong tidak berpuas hati dengan kepimpinan kelab. Namun, sesetengah tindakan yang berlaku dianggap melampaui batas.

“Adakah anda ingin melihat penyokong menyerbu stadium di kiri, kanan dan tengah dan membatalkan perlawanan? Tidak, kami tidak,” kata Carragher kepada Sky Sports.

“Selalu ada orang bodoh yang terlibat dalam hal ini, perkara yang dilakukan oleh penyokong United hari ini, saya rasa itu adalah perkara baik dari segi memprotes dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di kelab.”

“Selalu akan ada satu atau dua orang yang pergi terlalu jauh dan itu bukan sekadar tunjuk perasaan, ia adalah malam bersama rakan anda. Selalu ada orang yang melakukan sesuatu yang bodoh,” katanya.

Carragher melihat banyak perkara yang membuat penyokong United marah dan melakukan demonstrasi anti-Glazer.

Jauh sebelum isu hangat Liga Super Eropah, dia melihat peminat tidak berpuas hati dengan prestasi kelab itu di pasaran perpindahan.

“Kekecewaan datang dari sana dan ia pasti meningkat dengan apa yang berlaku dengan Liga Super,” kata Carragher.

“Ya, kita semua ingin melihat pertandingan bola sepak, kita tidak ingin melihat masalah, tetapi saya tidak dapat berdiri di sini dan pergi bersama penyokong United,” kata Carragher.

Continue Reading
Advertisement Enter a d code here

Trending

Copyright Β© 2020 SkillBola