BOLA SEPAK

England Gagal Mengesahkan Slot Ke Euro 2020 Lebih Awal

Pasukan England gagal mengesahkan slot ke Ke kejohanan Euro 2020 lebih awal apabila tewas kepada Repbulik Czech 2-1 dalam kempen kelayakan kumpulan A. England mengungguli kumpulan A terpaksa berkongsi mata bersama Repbulik Czech yang menduduki tangga ke-2. Pengendali The Three Lions, Gareth Southgate mengakui pasukan kendaliannya gagal memanfaat peluang dengan baik.

“…Kami sepatutannya boleh meraih sekurang-kurangnya seri tetapi melepaskan gol yang tidak sepatutnya…kami perlu memperbaiki kelemahan sebelum perlawanan akan datang,”ujar Southgate.

Dalam perlawanan tersebut, England membukai tirai jaringan melalui ketua pasukannya Harry Kane menerusi sepakan penalti. Pada minit ke-9 perlawanan, Jakub Brabec berjaya menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran bola dari sepakan sudut.

Zdenek Ondrasek menjadi wira Repbulik Czech apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 perlawanan. Kekalahan tersebut menyaksikan rekod tanpa kalah England dalam 43 perlawanan dalam kempen kelayakan Euro dan Piala Dunia lebur setelah bertahan selama 10 tahun.

Gareth Southgate berharap agar pasukannya segera bangkit dan tidak mengulangi aksi sama bagi memastikan kemenangan menentang Bulgaria untuk mengesakan tempat ke Euro 2020.

Leave a Comment