BOLA SEPAK

Manchester United Bakal Merekrut Klon Andrea Pirlo

Manchester United bakal memperkuatkan barisan tengahnya dengan mendatangkan seorang pemain muda berbakat besar berasal dari Itali iaitu Sandro Tonali dari kelab Brescia.

Berdasarkan beberapa perlawanan kebelakangan ini, kurangnya kreativiti barisan tengah dilihat sebagai punca utama kurang jumlah jaringan gol dihasilkan. Ini ditambah lagi dengan prestasi Pogba yang agak menurun dan kehilangan Ander Herrera yang berhijrah ke PSG. Sandro Tonali yang digelar klon Andrea Pirlo di Itali dilihat sebagai solusi terbaik bagi meningkatkan kreativiti barisan tengah United.

United juga dilaporkan bersedia mengeluarkan dana yang besar iaitu sekitar 35 juta Euro untuk membawanya Sandro Tonali ke Old Trafford. Selain Tonali, Ole Gunnar Solskjaer  dilaporkan bakal merekrut seorang pemain penyerang bagi mengukuhkan barisan serangan mereka.

Semenjak ketiadaan Romelu Lukaku, barisan serangan United agak rapuh dan kurang produktif dalam menghasilkan gol. Dengan prestasi United yang terumbang-ambing diawal musim ini, Ole perlu segera mencari ramuan dan solusi terbaik bagi mengembalikan prestasi United ke tahap sebenar selaku kelab gergasi liga Inggeris.

Leave a Comment