BOLA SEPAK

Jimmy Floyd Hasselbaink Puji Tindakan Berani Lampard Mengetengahkan Ramai Pemain Muda

Mantan pemain Chelsea Jimmy Floyd Hasselbaink menyokong tindakan berani Frank Lampard yang menggunakan ramai pemain muda dalam skuad utamanya. Hasselbaink juga yakin pemain muda ini bakal menjadi kerangka pasukan Chelsea tiga tahun mendatang.

Musim ini the Blues mengalami sedikit kesukaran apabila kehilangan beberapa pemain utama mereka seperti Eden Hazard, David Luiz dan Gonzalo Higuian dan disulitkan lagi dengan tindakan embargo perpindahan.

Bagi mengatasi situasi tersebut, Frank Lampard mengambil keputusan yang cukup berani. Ia mengetengahkan beberapa pemain muda Chelsea seperti Fikayo Tomori, Mason Mount, Tammy Abraham dan Callum Hudson-Odoi sebagai pemain utama.

Keputusan Lampard itu mendapat pujian Hasselbaink dan menganggapnya sebagai tindakan tepat. “Gembira melihat ia percaya kepada pemain muda,” ujar Hasselbaink kepada Sky Sports.

Hasselbaink turut mengakui bahawa Chelsea bukanlah pasukan yang memiliki tradisi dalam menonjolkan dan menggunakan pemain muda secara konsisten dalam pasukan utama mereka.

Namun beliau yakini apa yang dilakukan Lampard itu adalah sesuatu yang baik dan mampu mengubah wajah skuad the Blues. “Sejak dahulu lagi, Chelsea tidak memiliki identiti untuk memberikan kepercayaan kepada pemain muda.

Namun jika mereka ingin mengembangkan pasukan ini, mereka memiliki sejumlah pemain muda berbakat seperti Callum [Hudson-Odoi], RUben [Loftus-Cheek] dan Reece James.” Jelas Hasselbaink lagi.

Hasselbaink percaya apa yang dilakukan Lampard ini merupakan satu pelaburan yang bakal membuahkan hasil yang lumayan buat Chelsea.

Leave a Comment