BOLA SEPAK

Frank Lampard Mahu Hudson-Odoi Mencontohi Raheem Sterling [ Video: Callum Hudson-Odoi 2019: The Future ]

Frank Lampard menyatakan keyakinan Callum Hudson-Odoi mampu menjadi pemain hebat jika menunjukkan perkembangan seperti Raheem Sterling.

Hudson-Odoi yang pernah digelar wonderkid sama seperti Sterling memiliki masa depan yang cerah.

Sterling berkembang menjadi pemain bertaraf bintang dan pemain sayap terbaik di Premier League setelah berpindah dari Liverpool ke Manchester City.

Hudson-Odoi kembali memperkuatkan the Bules setelah lama mengalami kecederaan. Pemain berusia 18 tahun itu juga telah menandatangani kontrak baharu bersama the Bules.

“Saya tahu Callum memiliki bakat yang besar. Dan mengapa kelab sangat ingin mendapatakan tandatangannya dan kami gembira,” ujar Lampard.

Lampard mahu Hudson-Odoi mencontohi Sterling jika ingin menjadi pemain hebat pada suatu hari nanti.

“Saya tidak gemar berbicara mengenai pemain lain, tapi Raheem Sterling contoh pemain yang luar biasa dengan bakat yang hebat dan menunjukkan perkembangan yang pantas melalui dedikasi menjadikannya pemain yang lengkap dan membuatkan kita kagum,” tambah Lampard lagi.

“Saya mahukan dia [Hudson-Odoi] menjadi pemain hebat kerana potensi yang dimilikinya dan jika ianya berlaku ia akan menjadi berita baik untuk semua,” tegas Lampard.

Leave a Comment