BOLA SEPAK

Zidane Tidak Terkesan Desakan Untuk Berundur Dan Digantikan Dengan Mourinho

Prestasi Los Blancos pada musim ini agak tidak konsisten. Mereka hanya mampu meraih dua kemenangan dari empat perlawanan La Liga dan terbaru mereka tewas 0-3 kepada PSG dalam kempen Liga Juara-Juara.

Rentetan itu maka muncul gerakan-gerakan yang didukung oleh penyokong Madrid sendiri yang meminta Zinedine Zidane berundur.

Mereka juga menuntut agar Jose Mourinho kembali menangani Los Blancos mengantikan Zidane.

Zidane bagaimanapun mengaku tidak terkesan dengan khabar angin tersebut. “Saya membaca apa yang beredar di media, dan mereka menulis bahawa saya akan dipecat,” ujar Zidane.

Zidane mengesahkan kedudukannya di Madrid masih kukuh dan masih mampu mengembalikan prestasi sebenar Los Blancos.

“Saat ini saya merasa sangat kuat. Saya sudah belajar untuk tidak pernah menyerah dan terus bekerja keras hingga saat akhir.”

“Saya tidak berfikir untuk berundur tetapi saya berfikir untuk menang di pertandingan esok [ menentang Sevilla]. Saya rasa kami tidak mampu mengawal apa yang diperkatankan orang lain mengenai kami.”

Zidane turut menegaskan kedatangannya kembali ke Madrid kerana tertarik dengan projek yang ditawarkan dan akan bertahan sehingga misi yang ditetatpkan tercapai.

“Saya membuat keputusan kembali ke kelab ini kerana saya suka projek yang ditawarkan  dan sekarang saya di sini dan saya akan berusaha. Kami harus bersatu untuk mencapai sasaran kami.”

“Saya tidak merasa terganggu dengan khabar angin mengenai Mourinho. Di sini, ketika anda kalah di satu pertandingan, maka ada tuntutan untuk mengubah segalanya.” Jelas Zidane.

Leave a Comment