BOLA SEPAK

Willian Tolak Tawaran Barcelona Kerana Selesa Bersama The Blues

Winger Chelsea, Willian mengakui menolak tawaran Barcelona pada musim panas lepas kerana berasa selesa untuk bermain di Stamford Bridge.

Willian adalah antara pemain senior di Chelsea dan telah bersama The Blues sejak tahun 2013 lagi.

Namun beberapa bulan belakangan ini, banyak khabar angin mengenai masa depan Willian tersebar.

Ini memandangkan kontrak Willian bersama Chelsea bakal berakhir pada musim panas 2020 dan setakat ini beliau masih belum memperbaharui kontrak tersebut.

Barcelona dilaporkan telah mengajukan beberapa tawaran kepada Chelsea untuk mendapatakan khidmat Willian namun ditolak.

William menegaskan ia ingin bertahan dan berasa selesa bermain di Chelsea.

“Dari sisi saya, saya ingin tetap di sini. Saya tahu saya hanya punya satu tahun lagi tetapi saya merasa senang bermain untuk Chelsea,” tegasnya William.

“Saya suka bermain untuk Chelsea. Saya memiliki kasih sayang dengan semua orang, para penggemar, orang-orang yang bekerja di kelab ini,” ujarnya.

“Mungkin ini akan menjadi akhir musim. Sekarang bukan saatnya untuk memikirkannya. Saya hanya ingin bermain dan membantu pasukan musim ini,” tambah Willian.

Pada musim ini, Willian sempat mengalami kecederaan hamstring dan tidak dapat diturunkan ketika Chelsea menentang Manchester United pada perlawanan pertama Premier League.

Leave a Comment