BOLA SEPAK

Ansu Fati “wonderkid” Barcelona Yang Menakjubkan: [Video :Ansumane Fati ]

Ansu Fati mencetak satu gol dan melakukan satu assist ketika Barcelona membelasah Valencia.

“wonderkid” Barcelona kelahiran Guinea-Bissau itu melakukannya di usia 16 tahun 318 hari dan berjaya mencipta beberapa rekod baru.

Barcelona yang menerima kujungan Valencia di Camp Nou menang 5-2 pada perlawanan ke-4 La Liga 2019/20.

Ansu Fati menghadiahkan Barcelona gol pertama pada minit ke-2, sebelum melakukan assist untuk gol kedua pada minit ke-7 yang dijaringkan oleh Frenkie de Jong.

Dua minggu lalu, ketika menentang Osasuna, Ansu Fati menjadi pemain termuda yang pernah mencetak gol untuk Barcelona. Dia melakukannya di usia 16 tahun 304 hari.

Ansu Fati bahkan lebih muda dari Lionel Messi saat mencetak gol pertamanya. Messi berusia 17 tahun dan 331 hari saat mencetak gol pertama untuk pasukan senior Barcelona.

Ansu Fati juga lebih muda dari Bojan Krkic yang mencetak gol untuk pasukan senior Barcelona pada usia 17 tahun 53 hari.

Ansu Fati juga menjadi pemain termuda yang tersenarai dalam kesebelasan utama Barcelona untuk sebuah pertandingan di Camp Nou. Dia mematahkan rekor Marc Muniesa pada tahun 2009.

Ketika perlawanan menentang Valencia, Ansu Fati berjaya mencetak satu gol dan satu assist sekaligus menjadikannya pemain termuda yang pernah mengukir gol dan assist dalam sebuah pertandingan La Liga.

Menurut Opta, Ansu Fati adalah pemain termuda yang melakukannya di abad 21. Walaupun baru tampil 3 kali dalam perlawanan La Liga, Ansu Fati telah menjadi bualan dikalangan peminat La Liga.

Leave a Comment