BOLA SEPAK

Zlatan Ibrahimovic Tidak Menolak Kemungkinan Untuk Kembali Ke Old Trafford

Kelab Gergasi Liga Perdana, Manchester United dilaporkan sedang mencari jalan penyelesaian untuk mengukuhkan barisan serangan mereka.

MU mengalami kekurangan barisan pemain serang setelah kepergian Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez ke Inter Milan.

Bagi mengatasi perkara tersebut, Manchester United mula mempertimbangkan untuk merekrut penyerang baharu.

Red Devils dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mendatangkan Zlatan Ibrahimovic kembali ke Old Trafford.

Menurut beberapa laporan, salah satu pertimbangan utama MU untuk mendatangkan semula Zlatan adalah kerana keupayaannya dan prestasinya yang  konsisten.

Sejak berpindah dari United pada 2018 yang lalu, Zlatan telah bermain dengan baik bersama LA Galaxy. Zlatan berjaya mencatatkan 44 gol dan sembilan assist daripada 49 penampilan untuk La Galaxy.

Melihat prestasi penyerang berusia 37 tahun itu, MU merasakan penyerang Sweden itu sesuai sebagai tambahan untuk menguatkan barisan serangan.

Di samping prestasi yang mengkagumkan, dengan adanya Zlatan di Old Trafford, beliau diyakini mampu menjadi mentor kepada penyerang muda Manchester United.

Seperti yang diketahui, Solskjaer kini sedang merancang untuk mengukuhkan barisan pemain muda dalam pasukannya.

Solskjaer mahu membina pasukannya dengan rangka pemain seperti Anthony Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood.

Selain itu, penyerang muda MU ini masih dianggap memerlukan bimbingan agar cepat matang dan kehadiran Ibra dipercayai sangat membantu perkembangan penyerang  muda mereka.

Menurut beberapa laporan, Zlatan tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Old Trafford setelah kontraknya bersama LA Galaxy tamat pada bulan Disember ini.

Leave a Comment